Monday 8 August 2016

[Part III] General Medicine & General Surgery

Suasana IIUM Teaching Hospital yang sungguh selesa

Disebabkan GM & GS ini adalah nadi untuk tahun 3, makanya, diadakan satu pos khas untuk kongsikan suka duka pengalaman kami dengan adik-adik semua. GMGS dikatakan denyut nadi kami kerana jika tidak lulus, maka tiadalah year 4 -- year 3 dan year 3 lah lagi alamatnya. Bahkan, peperiksaaan teori GMGS ini hanya dibenarkan 1 kali percubaan sahaja. Keputusannya muktamad. PASS atau FAIL. Stay in year 3 or proceed to year 4. Tak ada tengah-tengah okay.

Antara komponen GMGS ini ialah clerking - bedside teaching - PE - seminar - tutorial - quiz.

Buat pengetahuan anda, apa yang diceritakan di sini dilaksanakan semasa sesi kami (2015/2016), kemungkinan akan/bakal dipinda untuk tahun adik-adik nanti.


Antara sesi bedside special yang kami dapat, di unit A&E

FAQ 1: Apakah perbezaan antara subjek GM & GS?
     Adik-adik akan dapat bezakan keduanya setelah menyertai kelas-kelas dan menghadiri patient di ward. Secara kasarnya, boleh dikatakan GM biasanya melibatkan kes-kes penyakit kronik (kronik istilah medical ye, bukan laymen term; penyakit yang progress dalam tempoh masa yang lama seperti kencing manis, darah tinggi dll), hampir mustahil untuk kembali normal. Manakala GS pula kes-kes yang biasanya memerlukan pembedahan dalam managementnya. Tetapi ada juga kes GS yang tak perlu buat pembedahan, atau ada kes yang GM akhirnya bertukar menjadi GS (contoh: CKD yang progress sampai jadi ESRF, lalu perlu kidney transplant). Ada yang nampak macam kes GS, tapi sebenarnya kes GM (contoh: UGIB vs Esophageal varices). Ianya berkait rapat dan saling memerlukan. 

FAQ 2: Mengapa pelajar dental perlu belajar juga subjek ni?
     Sepanjang tahun 3 ni, memang inilah yang menjadi tanda tanya kami semua. Bukan tu je, kadang-kadang lecturer KOM pun persoalankan juga. Sampai sekarang kami pun tak tahu jawapan sebenarnya. Kalau precautions medical problem yang berkait dengan rawatan pergigian, sebenarnya dah banyak belajar dalam subject oral surgery juga. Cuma adalah beberapa kaitan kenapa penting dental tahu kes-kes medikal & surgikal ni. Antara sebabnya, patient yang datang dengan tanda-tanda awal kes medikal  (seperti diabetes mellitus type 2) dapat dikesan oleh dentist nanti. Pesakit pada peringkat awal biasanya belum jumpa dengan doktor medikal tetapi berkemungkinan dia akan datang jumpa dentist untuk rawatan gigi. Dentist perlu memainkan peranan ketika ini dengan memberi nasihat yang betul dan referal letter kepada team yang betul jika diperlukan.

Keadaan ward di IIUM Teaching Hospital

CLERKING PATIENT
     Part ni paling best dalam GMGS ni. Dapat peluang untuk terus berkomunikasi dengan pesakit di ward. Tujuan clerking ni lebih kurang macam kita nak tahu kenapa patient masuk hospital dan apa diagnosis yang kita nak bagi. Dari diagnosis tu, kita akan dapat idea macam mana nak manage nanti. Akak-akak dan abang-abang nak berpesan disini, rajin-rajinkanlah diri pergi clerk patient, sebab benda ni macam seni. Kadang-kadang tu memang kita tahu teori, tapi sebab tak tahu nak terjemah ke ayat laymen yang mudah patient faham, maka soalan kita pun mengarut dan syok sendiri je. Tapi, janganlah asyik gi ward je, tapi tak study teori langsung. Ke laut la semua soalan-soalan korang kalau tak tahu langsung pasal ciri ciri penyakit tu.

Contoh kes la akak-akak nak bagi ni:
"52 y.o. malay lady, presented to HTAA 2 days ago with complain of abdominal pain which is the most on right upper quadrant (RUQ). It is radiate to the back and intermittent in nature, associated with fever and vomiting and relieve by leaning forward."
Kalau korang tak banyak praktis, cara nak tanya tu nanti krik krik. Dalam otak fikir nak tanya, "oh, sakit tu ada radiate tak?" Kalau patient tak faham, dia akan jawab mengarut nanti. So korang lagi lah clueless nak buat diagnosis nanti. Haha

Contoh kes patient macam ni:
"Makcik kenapa ye datang disini?"
"Sakit perut"
"Oh, sakit bahagian mana?"
"Semua bahagian perut sakit, nak"

Sudah. Kalau tak biasa, terus catat dalam notes, patient ni ada "generalized tenderness on abdomen". Kalau yang banyak pengalaman clerking, dia akan tanya lagi:

"Ada tak mana-mana tempat, yang palingggg sakit?'
"Ada, bahagian kanan atas" sambil tunjuk kat RUQ.

Ahhh. So nampak tak perbezaan kat situ. Differential diagnosis (ddx) untuk generalized tenderness on abdomen dengan ddx untuk RUQ pain on abdomen, seriusly bagai langit dan bumi. Boleh tersasar. Hehe, kesimpulannya, kena banyak praktislah. Cuba cakap dengan strangers. Cari patient dalam ward tu dan bercakap dengan mereka. Walaupun korang akan alami episod-episod sedih direject dan tak hendak dilayan, jangan putus asa. Bercakaplah dan praktis terjemah medical jargon canggih-canggih tu kepada laymen term supaya orang faham. Ni penting bukan untuk dekat ward je, tapi kat dental clinic juga. Terutamanya masa korang nak bagi OHI & OHE tu. Kena tukar terms calculus - plaque - caries - gingivitis kepada karang gigi - tahi gigi - lubang - gusi bengkak.

     Apa yang penting, adik-adik kena ada perancangan. Rancangan tu penting. Jangan serbu tak tentu hala, masa rugi, badan penat -- tapi tak capai apa-apa. Kan rugi macam tu  je. Kena ingat, apa yang penting adalah kualiti, bukannya kuantiti dan kekerapan korang ziarah hospital tu. Kena seimbang antara praktis dan telaah teori. Kalau boleh, lagi cantik letakkan matlamat/target setiap kali datang hospital. Contoh: harini aku kena clerk at least 2 patient dan 1 patient kena buat PE on abdomen, baru dapat balik mahallah. Next time target pulak PE on respi ke. Then next PE on neuro. Buat je kat normal patient pun tak mengapa, terutamanya kalau tak ada kawan yang sanggup jadi "mangsa" untuk praktis PE. Asalkan korang jumpa patient yang dapat beri kerjasama, then apa tunggu lagi, buat lah.

Dalam lif pun boleh Wefie :P

BEDSIDE TEACHING
     Bedside teaching ni adalah pembelajaran ditepi katil. Katil pesakit di hospital, bukan katil korang kat mahallah ye. Pembelajaran ni akan dilaksanakan dalam kumpulan kecil. Sebelum sesi bedside teaching berlangsung, biasanya salah seorang ahli kena cari kes. Lepas dah buat case write up lengkap (untuk long case), maka kami akan bentang kepada lecturer. Tapi itu semua sebelum diperkenalkan format exam modified long case tu. Lepas dah ada format modified long case, dah tak ada dah presentation case write up. Lecture akan cari seorang patient, lepas tu secara rawak pilih salah seorang dari ahli kumpulan untuk clerk depan dr dan present.

     Kemudian akan diteruskan sesi perbincangan. Apa-apa kekeliruan, masa inilah korang berpeluang untuk tanya direct dengan dr. Peluang keemasan untuk dapat free consultation dengan doktor doktor pakar yang teramat sibut ni. Jadi, lebih baik malam sebelum ada bedside tu, korang study betul-betul teori, esoknya boleh tanya dr kalau ada yang keliru atau tak faham.

Tema untuk internal medicine di IIUM Teaching Hospital -pink coded

GS SEMINAR
     GS biasanya tak akan ada lecture direct dari lecturer GS. Sebaliknya korang akan ditugaskan untuk sediakan bahan untuk present dalam kelas di JHC setiap hari Rabu, jam 8am. Nama-nama akan dibahagikan dan diberi tajuk serta giliran untuk pembentangan.


*****

Ada pelbagai asam garam dalam GM & GS ni. Namun, kami rasakan cukup untuk dikongsi setakat ini. Insya Allah adik-adik mampu laluinya dengan cemerlang dan tabah ;-) .

1 comment: