Sunday, 4 October 2015

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rawatan Di Klinik Pergigian UIAM

oleh Otesudesu

Kaunter Pendaftaran di Polyclinic Kulliyyah of Dentistry (KOD)
Assalamua'alaikum kepada semua pembaca blog ini. Harap semua masih bernyawa disaat debu jerebu mengelabu awan yang tak berapa biru.

Alhamdulillah, pertamanya kami panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah masih menrezekikan semua ahli-ahli eximius yang re-sit exam pro haritu semuanya PASS!

Terima kasih kepada para pensyarah yang memberi sokongan tidak putus-putus buat mereka terutamanya Dr Haikal yang tak mengira apa musim pun (re-sit yang lalu sejurus selepas hari raya aidilfitr) untuk membantu kami.

Makanya, telahpun menjejaki sang tunic-tunic hijau ini ke dalam polyclinic sejak bulan september yang lalu, walaupun belum lagi bermula episod memanggil, melayan, merapport dan sebagainya dengan pesakit. Dalam fasa 2 bulan pertama ini, kami praktis dengan kawan-kawan je dulu.

Ok, nak masuk tujuan asal menulis.



Sebab #1
Set-up dan kemudahan di Klinik Pergigian UIAM merupakan salah satu yang tercanggih di Malaysia. Jenama kerusi yang agak mahal. Planmeca. Anda boleh google berapa harga seuinit. Amatlah rugi kalau anda pernah/masih menetap di Kuantan, tapi tak pernah menikmatinya. Kalau anda pelajar UIAM kos lain, tapi tak pernah datang KoD, kami jemput datanglah sekali; untuk elakkan anda menyesal seumur hidup lepas graduate nanti sebab tak pernah ziarah ke KoD... nampak tak hiperbola kat situ. Heee
Tempat pelajar berentap menyulam composite amalgam
- Klinik Pergigian Kulliyyah of Dentistry


Sebab #2 
Setiap pemeriksaan dan diagnosis akan disemak sekurang-kurangnya oleh 4 pihak! Re-confirm banyak kali tu sebelum buat apa-apa keputusan. Kebiasannya, hanya seorang saja yang buat pemeriksaan, tetapi 4x di kulliyyah. 4 pihak tersebut adalah:
1) Dentist (Dental officer) di outpatient semasa screening
2) Pelajar / Student (Operator) di polyclinic semasa sesi khas examination & diagnosis
3) Pelajar / Student (Assistant) di polyclinic, membantu partner untuk buat keputusan
4) Doktor pakar / Specialist (Supervisor & lecturer) semasa pembentangan kes oleh operator

Bukan itu saja, prosedur asas untuk mendapatkan konfirmasi sesuatu keputusan akan dibuat lengkap dengan bantuan imej x-ray. Perkhidmatan x-ray yang ada di KoD adalah bitewing, periapical, OPG, lateral ceph dan CBCT. 
Bilik X-Ray di tingkat bawah - OPG, CBCT & Lateral Ceph

Sebab #3
Pengawasan kawalan jangkitan (infection control) yang mantap setelah diperkemas sistem oleh team Infection Control Dr Adilah. Kami, pelajar-pelajar di sini membayar yuran tambahan untuk tujuan ini berjumlah RM699 setahun manakala kos selebihnya ditanggung oleh kulliyyah. Kalau sebelum ini, pelajar klinikal (di UIA, kalau universiti lain tak pasti) perlu beli semua kelengkapan seperti glove, mask, wipes, tisu, disinfectant dll sendiri, kali ini dengan sistem baru, semua produk kawalan jangkitan ini dibekalkan oleh kulliyyah untuk mencapai tahap standard yang bersesuaian.

Nampak tak kat situ? Pelajar-pelajar sanggup bayar lebih untuk keselamatan pesakit juga. Di sini juga kawalan jangkitan diimplementasi dengan ketat untuk mengelakkan jangkitan nosocomial. Anda boleh datang sendiri ke polyclinic dan nilaikan sendiri.

Sebab #4
Bagi anda yang belum tahu, pergigian juga ada cabang-cabang kepakaran; macam perubatan lah juga. Kalau medic ada pakar jantung, pakar kulit, pakar tulang, pakar kanser dll, pergigian ada pakar endodontik (akar gigi), pakar orthodontik (susun gigi), pakar OMFS (bedah), pakar kanak-kanak, pakar prosthetik (gigi palsu) dan pelbagai lagi.

Jika anda mengalami sesuatu yang diluar jangkaan semasa rawatan atau kes yang tidak dapat dihandle oleh pelajar, anda akan segera mendapat perhatian daripada doktor pakar dibidang yang berkaitan.
Klinik Pakar di Kulliyyah of Dentistry


Sebab #5
Semua kos rawatan yang dibuat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah ditanggung oleh pihak kulliyyah, kecuali rawatan-rawatan tertentu.

Sebab #6
Mulai sesi akademik 2015/2016, para pelajar tidak dibenarkan untuk membawa pesakit sendiri ke klinik. Kami hanya boleh dapatkan pesakit dari senarai menunggu. Jika anda tidak mengenali mana-mana pelajar pergigian di sini, anda tak perlu risau tiada yang memanggil untuk rawatan lagi. InshaAllah giliran anda akan tiba. Senarai menunggu akan bergerak dengan pantas :-)


Akhir kata dari kami, jemputlah dapatkan rawatan di klinik pergigian UIAM Kuantan. Ajak semua kawan-kawan, adik-beradik, anak, ibu, ayah, nenek, datuk, pakcik, makcik dan semua yang anda kenal memeriahkan klinik KoD! Tanpa pesakit di klinik, maka siapalah kami.

*p/s: Kami sangat-sangat-sangat-sangat-sangat menghargai kehadiran dan kesanggupan pesakit yang mahukan gigi palsu di polyclinic.

13 comments:

  1. Salam, sy nak tanya, klau sy nak buat retainer, lama x kene menunggu utk smpai ke turn sy?

    ReplyDelete
  2. Adakah ianya percuma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, student year 5 ada buat kes utk retainer. Tapi xsure sama ada only accept certain case atau tak kisah mana2 case. Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di kaunter klinik pergigian UIA.

      InshaAllah free. (senior lebih tahu kot ^^'')

      Delete
  3. NAk tanya, biasanyerr 1 rawatan ambik masa brp lame?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak buat braces how much eh dia punya cost?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaiku..kalau nak daptkan rawatan braces ambil mase lame ke ?

    ReplyDelete
  6. Assalamaualaikum..sy pkai gigi plsu...di uia boleh buat ke...bape rate hrge ye...boleh buat mcm2 rawatn mcm klinik diluar ke...cuci, tmpal n cbut gigi...ingt mmg nk buat gigi baru...bape rate hrge..tq

    ReplyDelete
  7. salam..klu pakai braces brpa kos rawatan??

    ReplyDelete
  8. Sy kerap datang ke fakulti pergigian ne wpn xde mslh gigi Sb sy jatuh hati dgn student yg merawat sy bernama Nor Shafiqah BT Mohd Noh . Sopan dia mencairkan hati sy

    ReplyDelete
  9. Mcm kanak2 oku autisme ade bayaran untuk cabut gigi tak?

    ReplyDelete
  10. Dan kalau ada bayaran berapa kos nye...

    ReplyDelete
  11. Macam mana nak dapat kan no fon klinik pergigian berkenaan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..klu nak cabut gigi kena buat appointment ke?atau boleh pergi n terus buat rawatan

    ReplyDelete