Dewan Peperiksaan Yang Tenang dan Damai |
Tadika ada 'ujian' akhir tahun.
Sekolah rendah ada UPSR.
Sekolah menengah rendah ada PMR; walaupun kini telah pun dimansuhkan.
Sekolah menengah atas ada SPM.
Kemudian kita menginjak fasa hidup ke menara gading, juga ada peperiksaan. Begitulah hakikat kehidupan ini. Kita sentiasa ada sistem yang sentiasa menganalisa pencapaian. Bahkan, seluruh hidup kita ini adalah sistem peperiksaan yang dikendalikan oleh Allah. Resultnya menanti setelah kita meninggalkan dunia ini.
Ehemm.. boring pula muqaddimah ni kan. Err. Ok, bagi anda yang tidak cukup kuat untuk tahu apakah peperiksaan yang bakal dilalui sepanjang di KoD tahun pertama, maka boleh lah menghentikan pembacaan di sini. Zzzz. Bagi yang eager sangat nak tahu... hah. Andalah calon distinction yang kami cari! :-)
**"Anda" dalam post ini merujuk kepada bakal 1st year tahun depan.
SISTEM PENILAIAN
Sepertimana di CFS, di KoD juga ada sistem carry marks. Bezanya, anda tak akan pernah tahu nilai sebenar carry marks, kerana ianya menjadi rahsia pensyarah, admin dan juga Allah. Jadi, selagi mana result belum diumumkan, anda boleh bergantung harap pada Allah banyak-banyak kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kadang-kadang membuatkan anda tachycardia, terkadang anda memerlukan placebo atau endorphin untuk menenangkan jantung anda.
Secara umumnya, exam sebenar bagi para KoD-ians adalah Professional Exam yang diadakan SATU kali setiap tahun, di akhir blok 4. Namun begitu, exam itu bukanlah 100% seperti mana SPM, tetapi hanya diambil kira-kira 70% sahaja. Selebihnya 30% daripada penilaian berterusan, iaitulah
- Peperiksaan akhir Blok 1, 2 & 3
- Laporan makmal
- Lukisan (Untuk subjek oral biologi)
- Ukiran gigi (Untuk subjek oral biologi)
PEPERIKSAAN BLOK 1 & 2
Pada penghujung Blok 1, anda akan berhadapan dengan satu peperiksaan. Begitu halnya dengan penghujung Blok 2. Formatnya sama sebiji seketul, ibarat menjalani proses replication sahaja. Topik peperiksaan pada Blok 1 hanya daripada apa yang belajar dari Blok 1, begitu juga Blok 2. Tempat peperiksaan biasanya akan diadakan di Dewan Auditorium KoD tercanggih di dunia. Oleh itu, anda dinasihatkan tidak membuang masa semasa peperiksaan dengan menghayati kecanggihan itu kerana masa diperuntukkan untuk menentukan 15 soalan ( x 5 statement) Betul atau Salah sesuatu statement, mengarang 1 esei dan 2 nota pendek hanya 1 jam 10 minit.
Tiada study week disediakan. Oleh itu anda dinasihatkan tidak mengamalkan study last minute. Jika tidak, subjek yang dipelajari selama 2 bulan perlulah difaham, dihadamkan, dihafal dalam masa 3 hari sahaja!
Makmal cadaver di Kulliyyah of Medicine |
PEPERIKSAAN BLOK 3
Sepertimana peperiksaan Blok 1 & 2, begitulah peperiksaan Blok 3. Tetapi ada sedikit kelainan, iaitu peperiksaan Blok 3 ditambah dengan peperiksaan OSPE. Definisi peperiksaan OSPE:
"Peperiksaan yang diadakan di dalam makmal, soalannya berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan semasa berada di makmal."Subjek yang terlibat dengan OSPE di Blok 3 adalah Anatomy, Physiology dan Oral Biology sahaja. Anatomy dan Physiology disekalikan dalam satu sesi, manakala OSPE Oral Biology diadakan pada hari yang berbeza.
Soalan OSPE Oral Biology sama seperti definisi di atas, cuma kaedahnya sedikit berbeza. Terdapat 15 stesen yang perlu anda singgah, di mana setiap stesen itu akan disediakan soalan seperti spesimen gigi, slides menggunakan microscope dan pelbagai lagi - masa diperuntukkan adalah 2 minit setiap stesen.
Walau bagimanapun, soalan OSPE untuk Anatomy dan Physiology lebih relaks dan santai. Anda hanya perlu duduk di kerusi masing-masing dan menunggu slide (dipancar menggunakan LCD) keluar di papan hadapan makmal, kemudian menulis jawapan di dalam buku jawapan yang disediakan. Setiap slide akan ditayangkan selama 2 minit.
PEPERIKSAAN PROFESSIONAL
Peperiksaan ini amat penting untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak ke Tahun 2. Format soalannya lebih kurang sama seperti peperiksaan di Blok 3 (ada tambahan OSPE); tetapi bilangan soalan berganda dua. Contohnya MTFQ (multiple-true-false-question) pada asalnya ada 15 soalan, tetapi untuk peperiksaan ini ada 30 soalan. Tajuk soalan yang ditanya adalah berkaitan keseluruhan apa yang dipelajari sepanjang Tahun 1. Oleh sebab itu, peperiksaan ini berlangsung setelah tamatnya cuti study week selama 2 minggu.
Setelah berlalu subjek yang terakhir, sesiapa yang mendapat markah borderline/distinction akan dipanggil untuk diuji melalui ujian lisan dan temuduga yang dipanggil sebagai viva.
VIVA [sebut vahy-vuh bukan vee-vuh]
Merujuk kepada perenggan di atas, viva diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan subjek yang terakhir. Panggilan viva akan diumumkan di pejabat admin atau melalui panggilan telefon masing-masing.
Terdapat hanya 2 golongan yang terlibat dalam peperiksaan ini iaitu:
1) Borderline viva - Markah berada antara PASS atau FAIL.
2) Distinction viva - Markah berada antara clear-PASS atau gred A (distinction)
Manakala golongan yang tersangat hebat dan bagus, iaitu memang berada di tahap distinction, tidak terlibat dengan viva ini. Juga, golongan yang clear-FAIL juga tidak terlibat dalam peperiksaan ini. Dan juga, yang clear-PASS tidak terlibat dalam viva ini. Maka, anda dinasihatkan tidak terlalu hoyeaah kalau tidak mendapat apa-apa call untuk viva.
Mengenalpasti spesimen gigi adalah antara soalan wajib dalam OSPE |
PEPERIKSAAN RE-SIT PROFESSIONAL
Sekiranya markah anda berada di borderline dan juga anda fail dalam viva, maka anda masih lagi berpeluang untuk exam lagi sekali. Juga, bagi mereka yang clear-FAIL, peperiksaan ini membuka ruang dan harapan untuk anda. Peperiksaan ini kebiasaannya diadakan lebih kurang satu bulan selepas peperiksaan viva.
SEJARAH....
Sebenarnya alkisah, sistem peperiksaan yang diceritakan di atas mungkin tidak lagi dijalankan; bakal menjadi sejarah. Sengaja post ini ditulis panjang lebar, mungkin dapat menjadi tatapan para arkeologi yang mahukan artifak untuk bukti rekod sejarah.
Hal ini kerana pada tahun depan (sekiranya tiada surprise lagi), peperiksaan hanya akan dijalankan 2 kali setahun, iaitu di akhir Blok 2 dan Blok 4. Sama-sama kita harungi bagaimana, kerana yang menulis pun tidak tahu bagaimana.
PERKONGSIAN
Di sini ingin kami kongsikan bersama anda bilangan ahli batch kami yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.Moga ia akan menjadi pembakar semangat kepada junior-junior baru nanti... Tidak mustahil untuk cemerlang kiranya kalian berusaha dari awal lagi. Di sini, setiap pelajar yang mendapat markah yang tinggi akan dianugerahkan gred 'Distinction' atau boleh disamakan seperti A+....
Wahhh, bijak bestari betul abg2 kakak2 seventh batch ni. Semoga mnjadi dentist yang berjaya kelak :)
ReplyDeletesiapa yang lagi banyak score..abam2 ke kakak2..haha
ReplyDeleteYg score straight distinction tu akak2.. Tp abam2 pun hebat jgk ;)
ReplyDeleteabam2 mana yang hebat tu?
DeleteAbam yang tembam bam bam tu
DeleteDefinisi OSPE yg ditulis tu comel kot hehe. Tersenyum saya mmbacanya.
ReplyDeletetu merupakan ijtihad pengarang sendiri. harap faham la ye :)
DeleteMana tahu next year exam 2 kali je ?? Tak pernah dgr pulak psl benda ni -___-"
ReplyDeleteada la wani...dr sola cakap.....
ReplyDeleteTapi mmg dah confirm ke?
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat..
DeleteSusah ke nk bezakan setiap satu gigi? Nampak macam sama atau lebih kurang je semua hehe
ReplyDeleteHanya jauhari mengenal manikam... Nampak lebih kurang sama sebab belum belajar lagi. Nanti dah belajar senang je nak beza insyaAllah
Deletemule2 susah la,lama2 ok la kot....tapi bila dia bagi satu gigi je..susah nak tahu gigi mana ...berfikir juga la nak tentukan...nak tentukan kiri kanan mencabar betul
DeleteCorrection : Professional Exam bukan setiap tahun. (Tahun 4 takde. but, they have Promotional Exam)
ReplyDeleteSo, total pro exam ada 4 je ;)
Buat pengetahuan, sebenarnya catatan pos ni khas untuk exam first year. Sebab tu tajuknya penamat episod 1. Episod 1 = year 1.
DeleteYear 3 pun dah lain sikit kan, year 4 tak ada pro exam dan year 5 lagi lain..
Year 3: Study week 1 minggu - exam - Study week 1 minggu - exam
Year 4: Exam blok 4 & promotional exam
Year 5: Study week 3 minggu - exam - Study week 2 minggu - exam
hahaha... year 3 study days je... 3 hari untuk gmgs... all the best semua time 2nd year...
Deleteboleh cerita macam mana nak apply biasiswa jpa tak? :)
ReplyDeleterasanya nanti akan ada notis kalau offer da kluar. pastu isi je la. kalau pointer atas 3.75 insyaallah tak ada masalah. just keep updated dgn eSILA :D
DeleteBetul tu..tapi pastikan dapat 3.75 masa dkt asasi Uia tu,kalau tak cepat2 la cari biasiswa lain.....
Deletetahniah kepada yang dapat distinction tu. teruskan usaha anda untuk kekal kan reputasi itu. harap anda semua dapat sampai ke final year kelak. laluan dan cabaran dalam KOD ni amat berliku. sudah pasti ia bukan sesuatu mudah. ia memerlukan komitmen,kesungguhan dan kerajinan. terutama apabila anda memasuki tahun tahun clinical (year 3,4 and 5). banyak perkara yang anda kena buat. all the best and good luck.
ReplyDelete