Monday 6 October 2014

Kejohanan Futsal Tertutup KOD 2.0



Pada 28 September 2014 telah berlangsung satu Kejohanan Futsal Tertutup Kulliyyah of Dentistry 2014 anjuran staff KOD. Sebanyak  enam pasukan terdiri daripada staff dan pelajar KOD sendiri mendaftar sebagai pesaing untuk merebut kejohanan tahun ini. Dengan azam untuk mengekalkan title sebagai juara tahun lepas, kami telah mempersiapkan tujuh orang brothers Eximius untuk masuk ke gelanggang dan bertanding.


Nama pasukan : Emma Maembong FC

Pemain :  
  Nasrul Shahmi
       Syahmi
     Afif Naufal
       Fakhrul Aziz
       Amnan
       Amin
      Mujahid

Abam abam jaguh...berkasut ada, berkaki ayam ada, yang berstokin je pun ada?


Posing maut la semua...awatnya Amnan nmpk kekok
            
Snap gambar, masuk dalam instagram eximius...

  Untuk pengetahuan semua, format kejohanan futsal tahun ini ada sedikit perbezaan berbanding tahun lepas. Keenam- enam pasukan akan bertanding sesama sendiri mengikut format perlawanan liga. Tempat pertama dan kedua akan terus ke pusingan separuh akhir manakala tempat ketiga hingga keenam akan bertarung  di pusingan  suku akhir.

                Pertandingan telah dijalankan seawal 8.30 pagi mengikut jadual yang telah dirancang. Setelah bertungkus – lumus untuk lima perlawanan liga menentang pasukan – pasukan lain, pasukan Emma Maembong FC telah berjaya memenangi kesemua perlawanan tanpa bolos seterusnya menempah tiket untuk perlawanan separuh akhir.
               

Makan Pagi  sebelum beraksi..serius nmpk muka aziz tu...


Tak lupa pada penyokong penyokong setia....walaupun tak main,kene turun gelanggang juga kan...
                Di peringkat separuh akhir, Emma Maembong FC ditakdirkan untuk bertemu dengan Checkmate FC yang terdiri daripada staff KOD dan pensyarah kami sendiri, Dr. Haikal. Setelah berhempas pulas selama 14 minit perlawanan, akhirnya kami berjaya menewaskan Checkmate FC dengan skor 4-3. Sengit bukan?

                Untuk perlawanan final, Emma Maembong FC telah  menentang pasukan staff yang digeruni ramai; Al- Qassam FC. Tepat pukul 3.45pm, wisel permulaan permainan pun ditiupkan. Ibarat buku bertemu ruas, kedua-dua pasukan bermain dengan begitu bersemangat dan kompetitif. Akhirnya, setelah habis 14 minit perlawanan berlangsung, kemenangan berpihak kepada Al-Qassam FC dengan skor 2-0. Dengan itu, pasukan Emma Maembong FC gagal menuntut title juara tahun lepas dan menduduki tempat kedua.

Perlawanan akhir...


Tu dia abam abam kita tengah beraksi


Kalah menang kan adat permainan... Walaupun kami gagal menjadi juara tahun ni, apa yang lagi penting ialah kami dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, staff dan pensyarah KOD sendiri. Itu lebih bagus sudah tentu! Walaubagaimanapun, Brother Amnan kami selagi lagi telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik sekali gus telah mempertahankan gelaran tersebut buat kali yang kedua.


Penat kitaorang si penyokong ni menunggu...



Pidot dah usap usap perut tu....lapar le tu....

Sempat juga nak berselfie, selfie ke ??ke welfie?

Muka plastik semua..haha...bersih cerah melepak muka..kamera sapa la ni...


Hadiah kemenangan...oklah tu Naib Johan,...Tahun depan rampas balik kejuaraan yea...


Keputusan akhir..





5 comments:

  1. Congrats semua...interbatch pastikan menang tahun ni !! lol~~~

    ReplyDelete
  2. Emma maembong??? isyh2....

    ReplyDelete
  3. Mana mungkin emma maembong nak lawan al qassam.....

    ReplyDelete
  4. Al qassam terbaik

    ReplyDelete
  5. haha. x rasa kreatif ke nama team emma maembong?? bak kata Dr Widya, better la drpd nama korea..

    ReplyDelete