Pada
hari Sabtu pagi bertarikh 28 September 2013 yang lalu, telah diadakan Kejohanan Futsal Tertutup Liga Kulliyyah of Dentistry. Kejohanan ini dianjurkan oleh
staff-staff Kulliyah of Dentistry sendiri dengan kerjasama para pelajar KOD
dari setiap tahun. Ini juga merupakan penglibatan pertama batch Eximius di Uia. Untuk memudahkan semua para pelajar dan juga staff,
kejohanan ini telah diadakan di Dewan Futsal Taman Polo yang berhampiran dengan
UIA sendiri. Apa yang menarik, bermacam-macam hadiah telah disediakan termasuklah hadiah hamper
untuk pemenang dan piala untuk semua para peserta.
Secara
keseluruhan, hanya lima pasukan sahaja yang telah mendaftar untuk menyertai kejohanan ini. Antaranya
ialah pasukan:
Perlawanan bermula seawal jam 9 pagi dan pengadil untuk setiap perlawanan telah ditugaskan dan dilatih terlebih dahulu. Kejohanan ini menggunakan sistem liga, kemudian setiap pasukan yang menduduki tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat dalam liga akan memasuki pusingan separuh akhir.
- Hungry Crocs (staff)
- Poney FC (staff)
- Year 5
- Year 4
- (EXIMIUS VII) Year 1.
Perlawanan bermula seawal jam 9 pagi dan pengadil untuk setiap perlawanan telah ditugaskan dan dilatih terlebih dahulu. Kejohanan ini menggunakan sistem liga, kemudian setiap pasukan yang menduduki tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat dalam liga akan memasuki pusingan separuh akhir.
Kejohanan
bermula dan setiap perlawanan begitu sengit dan menarik untuk ditonton. Semua
pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam pertandingan ini dan akhirnya
tempat di dalam liga telah ditentukan. Tempat pertama liga telah didominasi
oleh pasukan kami sendiri, manakala tempat kedua, ketiga dan keempat liga telah
diduduki oleh pasukan Poney FC, Year 4, dan Year 5.
Usai
perlawanan liga, perlawanan separuh akhir pun bermula. Kami telah berjaya
memenangi perlawanan dengan Year 4 dan melangkah ke perlawanan akhir dengan
penuh bergaya. Di samping itu, pasukan Year 5 pula berjaya merobek gawang
pasukan Poney FC dan terus menuju ke perlawanan akhir menentang Year 1. Inilah
perlawanan yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Juara perlawanan separuh
akhir yang pertama bakal berentap bersama juara perlawanan separuh akhir yang
kedua.
PERLAWANAN AKHIR
EXIMIUS VII VS YEAR 5
Setelah
berehat seketika, perlawanan yang bersejarah ini pun bermula. Bagaikan buku
bertemu ruas, masing masing tidak mahu mengalah dan mahu membawa pulang hadiah
dan kemenangan untuk dikongsi bersama. Akhirnya, seorang pemain pasukan Year 5
berjaya menghukum kesilapan benteng pertahanan pasukan Year 1 dengan
menjaringkan gol cantik sebelum tamat wisel separuh masa pertama. Setelah wisel
kedua ditiupkan, perlawanan kembali sengit dengan kedua-dua pasukan berusaha
mempertahankan gol sendiri dan merobek gawang lawan. Berkat usaha yang gigih
dan hasil daripada serangan yang bertubi-tubi, pasukan Year 1 berjaya
memperoleh gol daripada pemain bernama Nasrul Syahmi. Wisel penamat dibunyikan
dan perlawanan diheret ke sepakan penalti. Setelah berhempas pulas penjaga gol
Year 1 menyelamatkan bola daripada menembusi gawang sendiri dari sepakan penalti,
pasukan Year 1 telah memenangi kejohanan ini. Penyampaian hadiah dan
cenderamata diteruskan dan semua pihak kelihatan berpuas hati dengan kejayaan
masing masing.
KEPUTUSAN PENUH
JOHAN : EXIMIUS VII (YEAR 1)
NAIB JOHAN : YEAR 5
KETIGA: YEAR 4
PENJAGA GOL TERBAIK : AHMAD AMNAN (EXIMIUS VII)
Sebagai
penutup, kejohanan ini sebenarnya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan
antara pelajar KOD yang berlainan tahun dan staff-staff KOD yang setiap hari
bertungkus lumus berkerja. Seusai habis perlawanan, apa yang boleh dilihat
ialah objektif kejohanan ini telah tercapai dengan setiap pemain ataupun
pegawai perlawanan dapat mengenali sesama sendiri dan merapatkan lagi hubungan
antara mereka.
Senyuman bangga pemain-pemain futsal dari Eximius. Tahniah atas kemenangan mereka! |
Anugerah best keeper turut dibolot oleh pemain futsal dari batch Eximius |
Barisan supporters dan players. Siapa kata pelajar dentist tak pandai berfutsal! |
Akhir kata, Eximius ingin menyampaikan penghargaan kepada saudara Mujahid kerana telah menyumbangkan ideanya untuk menulis laporan tentang kejohanan futsal ini. Semoga mahasiswa yang membaca, terutamanya mahasiswa pergigian Eximius sendiri dapat mengambil semangat dari kejayaan yang dikecapi oleh mereka yang terlibat.
Sesungguhnya, seorang mahasiswa bitara bukan sahaja perlu mempunyai kecerdikan serta intelektual yang tinggi dalam aspek akademik, namun kita juga perlu meraih keseimbangan dalam tiga 'item', iaitu: jasad, rohani, dan 'aql.
Whoa, dh rse mcm bce surat kabo pn ade.. Neway, thumbs up!!
ReplyDelete