Saturday 2 November 2013

End Of Block 1 Year 1 Exam


-No pain No gain-
Strive for the Best

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
        
         Alhamdulillah selesai sudah perjuangan kami menempuh peperiksaan pertama kami untuk block pertama tahun pertama berbekalkan ilmu selama 7 minggu sahaja  . Untuk pengetahuan anda, Kulliyyah Pergigian Uia menggunakan sistem `BLOCK',mungkin agak berbeza dengan universiti lain di Malaysia.


        Dalam 1 tahun akan dibahagikan kepada 4 Block, dan setiap penghujung block akan ada peperiksaan yang akan menilai tahap pemahaman kami. Biasanya dalam satu Block, masa pembelajaran dalam lingkungan 7-9 minggu.Untuk Block 1 ini, masa pembelajaran kami hanya selama 7 minggu sahaja. Lepas itu , terus kepada peperiksaan akhir block.

        Pastinya setiap peperiksaan yang kita lalui tak sah kalau tak ada soalan yang susah kan ! Biasalah tu, jika tidak susah maka bukan Exam lah nama nya... Apa yang penting kita kena tahu bagaimana kita belajar & menguruskan masa untuk menghadapi setiap peperiksaan yang bakal menjelang. Sejujurnya, dalam bidang pergigian ini, kita kenalah sentiasa mengamalkan sistem untuk belajar secara berterusan, mungkin tabiat belajar 'last minute' akan memakan diri sendiri jika di universiti ini. Bukannya apa, dalam masa 2 bulan,terlalu banyak benda yang kami harus belajar dan faham dalam masa yang singkat, maka belajar secara berterusan adalah cara terbaik jika anda ingin menceburi bidang ini. Memang tidak dinafikan, pada mulanya kita akan rasakan tekanan untuk mengingat dan memahami segala ilmu yang dipelajari, namun percaya lah, ketika mana kita sudah faham sesuatu topik itu, InsyAllah kita akan mula merasai keseronokan dalam mencari ilmu Allah yang luas. 

       Exam untuk Block 1 kali ini telah berjalan dari 28/10/2013(Monday) - 30/10/2013(Thursday) .Masanya pula bermula jam 2 petang hingga 3.10 petang. Kami diberikan masa selama 1 jam 10 minit untuk menjawab soalan

28/10/2013 : Anatomy
29/10/2013: Physiology
30/10/2013: Biochemistry
31/10/2013:Oral Biology

Format ini hanya untuk Final Block 1,2 dan 3 sahaja


  • 15 soalan True & False (Setiap satu soalan akan dipecahkan kepada lima soalan, maka 15 x 5 = 75 soalan)
  • 1 soalan Short Notes (Akan dipecahkan lagi kepada beberapa soalan lain)
  • 1 soalan Modified Essay


             Menarik bukan, dalam masa yang singkat, kami wajib untuk menjawab kesemua soalan ini, dan yang paling penting, mungkin anda akan berfikir mudah untuk menjawab soalan true & false sebab hanya akan dua jawapan sahaja(betul / salah). Akan tetapi ,ia tidak semudah yang disangka kerana jika anda salah menjawab satu soalan , ia akan membawa markah sebanyak -1 dan jika betul 1 markah akan diberikan. Sistem ini dinamakan sistem 'minus marking'. Maka jika anda tidak tahu jawapan untuk soalan itu, lebih baik anda tinggalkan soalan itu atau berkemungkinan markah anda akan di tolak

         This is one of the sample:
Regarding Collagen :

  1. There is 4 types of collagen
  2. Collagen I composed of fibril
  3. Collagen III can be found at urinary bladder
  4. Collagen I is the most least in body
  5. Collagen  V can be found at skin
Therefore, if you answer:

  • 5 correct = 5 marks
  • 4 correct & 1 wrong = 4 marks - 1 marks = 3 marks
  • 3 correct & 2 wrong = 3 marks - 2 marks = 1 mark
  • 2 correct & 3 wrong = 2 marks - 3 marks = 0 mark
Therefore it is more safe if you just answer what you really know rather than you just guess the answer. Once you get wrong your mark will be deduce.Lets see which one is better:

  • Answer 4 question correctly and leave 1 question =  4 marks
  • Answer 3 question correctly and leave 2 question = 3 marks
  • Answer 5 question (4 question correctly and 1 question wrongly)= 4-1= 3 marks
  • Answer 4 question (2 question correctly and 2 question wrongly)= 2-2= 0 mark
So, i think that you will know already which is better to choose... leave the question or just guessing the answer? I think you will know which one is better right..

       Baiklah, rasanya sudah jelas tentang salah satu sistem pemarkahan di sini.. Apa yang penting di sini, kita harus faham apa yang kita pelajari dan tidak hanya sekadar menghafal , mengingat dan lepas itu terus hilang dari ingatan kita. Hidup sebagai dentist student akan mengajar anda untuk belajar lebih konsisten . Untuk pengetahuan anda, Topik topik block 1 ini akan ditanya kembali pada penghujung Block ke-4. Pada Block ke-4 iaitu block terakhir untuk Tahun pertama ini, soalan akan merangkumi daripada topik Block 1,2,3 dan 4. Makanya, jelas di sini, kita tidak boleh lupa apa yang kita telah belajar dan harus sentiasa mengigati apa yang kita belajar sepanjang setahun agar kita dapat gunakan ilmu itu di masa hadapan.

Examination Hall Year 1 2013
Examination Schedule Block 1 Year 1

Anda nak tahu apa yang kami telah pelajari selama 7 minggu??? Mari kita lihat, walaupun hanya 4 subjek untuk tahun pertama ini, tetapi banyak benda yang kami pelajari:

ANATOMY

  1. Introduction to anatomy
  2. Introduction to histology and cell
  3. Musculoskeletal system
  4. Histology connective tissue
  5. Histology cartilage and bone
  6. Histology epithelial tissue
  7. Histology cardiovascular system
  8. Histology muscle
  9. Histology skin
  10. Joints
  11. Nervous system
  12. Circulatory system
PHYSIOLOGY
  1. Introduction to physiology
  2. Physiology of cell
  3. Membrane transport
  4. Homeostasis
  5. Red blood cell
  6. White blood cell
  7. Platelets
  8. Blood group
  9. Autonomic nervous system
  10. Excitable tissue
BIOCHEMISTRY
  1. Introduction to biochemistry
  2. Amino acid structure and properties
  3. Amino acid biosynthesis and catabolism
  4. Amino acid metabolism
  5. Protein structure and function
  6. Protein Metabolism
  7. Inborn errors in amino acid metabolism
  8. Alteration in protein level
  9. Enzymology
  10. Glycolysis
ORAL BIOLOGY
  1. Introduction to oral biology
  2. Dentition dental formula
  3. Dental anatomy
  4. Pharygeal arches/neural crest cells
  5. Early tooth formation
  6. Structure and composition connective tissue
  7. Structure and compositionnon collagen organic matrix component
  8. Permanent maxillary central incisor
  9. Permanent maxillary lateral incisor
  10. Permanent maxillary canine
  11. Permanent mandibular central incisor
  12. Permanent mandibular lateral incisor
  13. Permanent mandibular canine



Alhamdullilah, 6 /11/2013 akan bermula kembali Block 2 untuk kami. Moga Block ini lebih baik daripada block sebelum ini. InysAllah, jika kita ikhlas melakukan sesuatu perkara, Allah akan sentiasa membantu kita dalam mencapai apa yang kita hasratkan. Jangan mudah untuk berputus asa dan ingat bahawa setiap orang akan mempelajari sesuatu daripada kesalahan mereka. Jika kita gagal dalam sesuatu perkara, ia adalah satu titik permulaan kepada kebangkitan kita. Jika kita lihat orang- orang yang berjaya sekarang, mereka adalah orang yang menjadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan kepada diri mereka untuk lebih berjaya. 
      -Allah sentiasa bersama kita-Berdoalah kepadaNya-


6 comments:

  1. Assalamualaikum..boleh bagi tips utk interview KOD tak? 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. lek jee.soalan basic dia tanya knp ambil dent, financial, bg situation patient,..islamic point sikit. btw, dpt lepas x iv kod? so first year rexilient?

      Delete