Assalamualaikum,ayuh kita
mendalami satu episod pengajian yang sangat unik di UIAM;
UNGS di UIAM Gombak
Credit to: Yong Rahimah Saharul
Rahman
Saya yakin skrip UNGS ini pastinya berulang untuk generasi
yang seterusnya,
bedanya hanya pada watak.
APAKAH ITU UNGS?
UNGS (baca: unggas) maksudnya Universal General Studies yang merupakan university required course IIUM . Nama lagi university required course,
maksudnya semua pelajar UIAM wajib mengkhatamkan silibus ini sebelum mereka grad. Yang seronoknya,
subjeknya hanyalah tiga
Walaubagaimana pun, masa pengajian ini berbeza mengikut kalendar akademik kuliyyah
masing-masing di peringkat degree.
Bagi kuliyyah yang mempunyai kalendar akademik yang normal diperingkat degree seperti KAHS, KOS dan KOP, silibus
UNGS masih muat dimasukkan di dalam jadual mereka.
Namun ia berbeza untuk KOD ,KOM
dan KON yang mempunyai kalendar akademik yang agak sendat, sehingga tak
mampu dimasukkan lagi.
Dan akhirnya jalan penyelesaiannya
ialah : short sem di UIAM
Gombak selepas habis tempoh
Asasi.
Oleh kerana jadualnya yang
tersangat lapang, ramai pelajar lepasan Asasi yang belum berkesempatan untuk
mengambil MUET, mereka melaksanakannya pada musim UNGS bagi sesi bulan Julai di
sekolah sekitar Gombak seperti : SMK Taman Melawati.
KAMI BERKELANA KE UIAM GOMBAK
Dengan hanya berbekalkan notis di
Portal IIUM, kami mendaftakan diri di UIAM Gombak pada
23 Jun 2013. Membawa hati yang
prejudis berbaur gembira, kami memulakan hembusan
nafas pertama di sana
sebagai pelajar UIAM Gombak. Mana tidaknya, hilai tawa sanak saudara, kokokan
ayam di kampung dan liuk lentuk flora di rumah sudah cukup menghambat
keiltizaman untuk berUNGS.
Jiwa masih di rumah, namun jasad
sudah menyahut seruan menuntut ilmu.
“....Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.”(1)
UNGS HANYA KHABAR, BUKANNYA KHUBR
Dahlah result UNGS tak masuk dalam pointer,
malahan subjeknya berbentuk Khabar sahaja.
Khabar adalah
maklumat yang diperolehi hasil daripada pengajaran dan pembelajaran manusia (2).
Seperti UNGS, semua isinya sudah
disilibuskan. Punyai learing outcome yang
jelas hujung dan pangkalnya. Dalam erti kata yang mudah, UNGS ini tidak perlu
orang yang terlalu bijak untuk memahami, cukup sekadar minat, insyaAllah Allah
mudahkan.
Tetapi, Nabi Musa as sanggup
berkelana bersama dengan Nabi Khidir semata-mata untuk mempelajari subjek yang
berbentuk Khubr, jauh lebih mencabar daripda UNGS.
Kerana hakikat Khubr itu daripada
Allah, sama ada melalui wahyu, atau proses memahami hikmah
yang jauh dan tersembunyi. Persis
menyusun 1000
keping jigsaw puzzle tanpa gambar rujukan. dan Al-Rush
hanya akan muncul apabila kita berjaya menyiapkan jigsaw puzzle tersebut. Mencabar bukan?
Tapi itulah mahar kepada sebuah
ilmu.
LAIN LUBUK, LAIN IKANNYA: APA
YANG LAIN PASAL IKANNYA?
- Masjid menjadi pusat tumpuan
Keluasan
700 ekar ini berpusat kepada sebuah masjid bernama Masjid Sultan Haji Ahmad
Shah.!!
Untungnya kami kerana Mahallah Safiyyah yang kami diami itu lokasinya hampir dengan masjid UIAM
Gombak. Setiap hari dapat mendengar siaran radio semulajadi, masjidlive.fm.
Azan
yang berkumandang lima waktu sehari semalam sudah cukup memberi satu rasa
seperti berada di Tanah Suci (walaupun aku tidak pernah ke sana). Pendek kata,
apa yang diungkapkan dalam masjid ( bacaan Al-Quran, Bacaan solat, tazkirah
mahupun khutbah ) mampu didengari sehingga ke Mahallah Safiyyah. Paling osem, dengar
khutbah dalam bahasa Inggeris sambil berehat dalam bilik (bagi yang sisters
sahaja tau).
Masjid
itu dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang menyumbang kepada pembangunan
iqtisad umat Islam; kafetaria yang bertingkat-tingkat, kedai runcit yang
pelbagai jenis, booth jualan, pusat perbankan, Students Mall dan pelbagai lagi.
Selain
itu, ia juga dikelilingi dengan bangunan yang menempatkan kelas, pejabat-pejabat
dan library. Dan semua ini merupakan faktor, mengapa masjid ini menjadi sangat imarah dan
menjadi pusat tumpuan dunia Gombak.
2. Syurga
makanan di UIAM Gombak
Mudah, murah dan sedap!
Itulah
tagline yang paling sesuai untuk mengambarkan juadah di IIUM Gombak.
- Mudah : Variasi kafetaria membuatkan diri ini rambang mata untuk membuat pilihan. Selain kafe di mahallah, terdapat juga kafe di bangunan akademik yang menyajikan pelbagai menu. Ada yang ala-ala Arab, Western food, Tradisional Melayu, Indonesia, Bangladesh dan macam-macam lagi. Malahan, ada sebuah kedai bernama Suqq Al-‘Arabi menjual produk-produk dari Timur Tengah, bagi memenuhi permintaan foreigner yang kangan dengan makanan ruji mereka.
Sumber : http://crizzfood.com/shawarma-makanan-khas-uni-emirate-arab/
Antara makanan kegilaan dalam kalangan pelajar UNGS
:Syawarma Mahallah Zubair
- Murah : Harga mampu milik la. Sepinggan penuh nasi goreng boleh didapati dengan harga serendah RM3.00! Kedai 1 Malaysia pun ada bagi siapa-siapa yang mahu berjimat cermat. Hehe
- Sedap: Walaupun sedap itu subjektif, tapi ia tetap ade skema jawapan kepada istilah "sedap" itu. InsyaAllah memuaskan nafsu oesophagus setiap orang.
3. UNGS
bukan kelas tetapi kuliyyah agama
Walaupun pada hakikatnya
kami masih belajar di dalam kelas yang berair-cond, menggunakan kerusi
dan meja, namun pengisian UNGS menyebabkan aku dapat merasakan lantai dan daun
pelepah tamar ketika belajar (hiperbola la makcik ni). Mendalami apakah itu
Islam, apakah itu pengetahuan di sisi Islam dan sejarah-sejarah perkembangan
ilmu, dan tokoh-tokoh Islam yang terdahulu serta abad moden telah mencipta satu kemanisan dalam
belajar. Belajar untuk
mengerti, bukan belajar sebab nak score macam zaman di CFS dulu.
Tambahan pula, inilah
kali pertama bagi aku dan beberapa sahabat dapat menutut ilmu daripada doktor Falsafah dari pelbagai
negara; seperti Pakistan, India, dan pelbagai lagi.
Pastinya dengan
kepelbagaian latar belakang, mereka membawa mentaliti mengenai Islam dari bacaan sudut yang agak berbeza kepada
rakyat Melayu yang asli macam kami ini . Mungkin beza 180 darjah.
Sebagai contoh, Dr Adil
Khan, salah seorang pensyarah kami yang mengajar Ethics and Fiqh in Everday
Life, beliau adalah antara ilmuwan Islam moden yang cukup saya kagumi.
Tokoh yang telah merantau
ke banyak negara untuk menuntut ilmu dan akhirnya menetap di Malaysia. Sudah
pasti bersamanya sejuta butiran hikmah daripada setiap negara.
Beliau menjelaskan
situasi sebenar warga Islam yang hidup dalam komuniti majoriti non Muslim di sana. Katanya rakyat Amerika sangat
menghormati orang Islam di sana, menyimpang sekali dengan apa yang dimomokkan
dalam media massa mengenai Islamophobia. Tidak dinafikan tragedi 11/9 cukup
memberi impak yang mendalam kepada masyarakat Islam di sana, tetapi berkat
kesungguhan dan strategi dakwah Muslim di sana mampu memadamkan contengan arang
mengenai Islam.
4. Aku
berUNGS di Ramadhan
Pengalaman BerUNGS di
musim Ramadahan merupakan satu
hadiah yang tidak ternilai kepada kami. Cahaya Ramadahan sangat
terang di UIAM Gombak
dengan Iftar Jamaie, Moreh, Solat Terawih dan Qiamullai.
Bagi sesiapa yang belum
pernah berbuka puasa di masjid dengan meriahnya,
di UIAM Gombak kalian
boleh menikmatinya dengan free,
Bagi siapa yang belum
pernah mendirikan solat Terawih 20 rakaat,
di UIAM Gombak juga
kalian pasti gagah untuk mengerjakannya
dan
Bagi siapa yang belum
pernah beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadahan,
di sini juga kalian mampu
merasainya dengan penuh keseronokan.
Tidak hairanlah kalau
kalian bersolat di sebelah Ustazah Fatimah Syarha atau mana-mana selebriti.
Sebab mereka turut tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.
Pendek kata, pesta ibadah
di UIAM Gombak memang terbaik selepas pesta beli belah Syawal.
5. UNGS
Eid Gathering itu konvokesyen UNGS
Antara barisan committe yang banyak berjaya dalam
menjayakan UNGS Eid Gathering 2013
Rasanya tidak terlalu
melampau saya mengatakan UNGS Eid Gathering seperti konvokesyen “buatan” untuk
pelajar UNGS. Kerana jamuan hari raya ini turut menjadi indikator berakhirnya
sesi pengajian kami di UIAM Gombak selepas peperiksaan.
Cetusan idea salah
seorang pelajar Medik ini telah menyebabkan saya menyenaraikan UNGS Eid
Gathering sebagai perkara yang tidak dapat dilupakan dan wajar diambil iktibar.
Kenapa? Kerana...
1. Lambang
kepada mahasiswa yang kreatif dan inovatif.
Bukan hanya menerima silibus institusi pendidikan bulat, tetapi mampu
mengubahnya menjadi petak, bujur mahupun bintang untuk kemaslahatan bersama.
2. Fitrah
manusia itu suka diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudannya. Melalui award yang telah dijalankan. Hasilnya??
3. Sinergi
mampu mengelakkan tragedy
4. Kadang-kadang gerak kerja melahirkan ukhuwwah,
ia bukan sekadar lafaz “ukhuwwah fillah” ataupun berbalas comment di Facebook sahaja, ia lebih kepada praktikal.
5. Semua
orang punyai idea, dan idea itu kekal idea jika ia tidak diaplikasikan. Keep wishing, without doing makes
nothing.
KEMANISAN MASIH DIRASAI SAMPAI
SEKARANG
Kenangan itu pasti kami bawa
bersama sampai kapan pun.
Tidak percaya? Inilah buktinya:-
PESANAN: BELAJAR UNGS
ITU PASTI, MEMANFAATNYA ITU PILIHAN.
“ Fakta dan dalil akan
hanya tinggal sebagai maklumat, jika tidak ada akal yang tajam mengadunkannya kepada
ilmu dan hati yang bersih mensintesiskannya menjadi hikmah yang mendidik..”(3)
Barangsiapa yang belum
pernah merasa kurma, dia tidak akan pernah merasa hakikat manisnya kurma...So,
kalau sapa nak merasainya, tak guna hanya berfikir, tetapi mencapainya,
mengunyah dan menikmatinya. Baru tahu manisnya macamna bukan??
Eh,ada lagi pesanan,
Sekian sahaja saya akhiri
coretan ini dengan sedikit pantun:
Subjek UNGS hanyalah tiga,
Terlalu lapang,beratlah mata,
Kalau bijak,manfaatlah ke Syurga,
kalau tersalah, ke nerakalah kita.
Waallahualam
Selamat maju jaya!!
Sumber:
1. Al Quran Tajwid dan Terjemahan beserta Asbabun Nuzul,
Hadith Sahih dan Indeks Tematik,
Humaira Bookstore Enterprise.
2. “Gertakan
Khidir kepada Muda: Dua Kali Sabar demi Ilmu” daripada
http://saifulislam.com/2014/04/menyabarkan-diri-untuk-bersabar/
3. Pahrol
Mohamad Juoi, Husna Hassan, Durian yang Sudah Dimamah, Angguk Geleng, m/s 104,
Telaga Biru
Oh, shawarma zubair jd kegilaan sister juga rupanya. Baru tau, haha. :-D
ReplyDeletewah, korang semua tahu tak result UNGS?
ReplyDeletealhamdulillah, batch kitorang boleh tgk gred setiap subjek dalam portal. batch2 sebelum2 ni diorang x tau pun. sampai nak grad degree pun diorang sekarang ni,, still xtau gak
Deletejap,korang kena dapatkan lulus je ek? dengar cerita, kiranya minimum C- la kan? senang la mcm tu kan.... boleh makan angin la kat gombak maksudnya
DeleteApa pun keadaannya, study elok2 ye dik.. org mukmin ni, bila lakukan sesuatu, dia akan lakukan dgn sungguh2. InsyaAllah x rugi ape pun klau kita study betul2 time ungs ni.. =)
Deletewah,saya pun nk ber UNGS juga la, terbaik!!!
ReplyDeletepost yang mantop !
ReplyDeletesiapa la yg menang awards2 tu,nak tgk muka betul2
ReplyDeleteBoleh la singgah kod dan kom klau nk tgk muka sorang2.. XD
DeleteAssalamualaikum,boleh saya tahu kenapa ckap baina jannah wal jahanamm? menakutkanlah bila baca tajuk tu=.=`
ReplyDeleteOh. Tu sebenarnya ayat salah seorg lecturer kami masa di gombak dulu. Dy cakap,kami yg ambik UNGS di Gombak ni ibarat dipertengahan antara syurga n neraka..status tak diketahui, sama ada kami student cfs atau di kuantan. Kalau nak kata student cfs, dah graduate cfs dah. Kalau nak kata student kuantan, belum daftar lg. Camtu la asal usul tajuk artikel ni.. =)
DeleteKAI7EN +EXIMIUS = Bergabung Meletop !
ReplyDelete#budakmedic#budakdentist#forever
yup. manfaatkan betul-betul masa di Gombak. Itu je masa yang betul2 boleh hadam ilmu, tak terkejar-kejar nak menghafal ilmu. =) =) =)
ReplyDeletesetujusetuju,masani je yang belajar tanpa tekanan, belajar bukansemata-mata untuk pointer....
ReplyDeleterasanya kan... apa bnda yg x best kat sana
ReplyDeleteBnde yg x best..?? Tahla..cam xde je. Hehe. Harap boleh fikir positif ye..kita fokus kpd yg best2 je. Yg buruk2 bosan2 tu buang jauh2
DeleteBetol3x eximius.
ReplyDeleteBaik atau buruk tangan kita yang mengadunnya..
Orang yg terbaik ialah orang yang mampu menghasilkan jus limau yang manis daripada buah limau yang masam.. kan3?
Assalamualaikum
ReplyDeletenak tanya beberapa soalan.
ReplyDelete1)Berapa gap cuti antara final exam asasi dan sebelum sambung ungs?
2)berapa lama ungs?
3)boleh ker nak stay kat rumah bagi yg tinggal berdekatan uia gombak?
4) Surat twrn utk sambung degree akan kita dapat sewaktu ber-ungs @ lama lagi?
terima kasih
Kali ni memang skrip ungs yang sangatlah berbeza. Kami akan jadi batch pertama ungs di Kuantan bukan di gombak. Kesedihan tu memang takyah kata la. Bukan main baca blog2 senior. Last2 minit baru bgtau ungs kat Kuantan. Sedeyy~~
ReplyDelete