Saturday 17 May 2014

UNGS: “Bainal Jannah wal Jahannam” (Antara Syurga dan Neraka)

Assalamualaikum,ayuh kita mendalami satu episod pengajian yang sangat unik di UIAM; 
UNGS di UIAM Gombak



Credit to: Yong Rahimah Saharul Rahman
Saya yakin skrip UNGS ini pastinya berulang untuk generasi yang seterusnya,
 bedanya hanya pada watak.

APAKAH ITU UNGS?

UNGS (baca: unggas) maksudnya Universal General Studies yang merupakan university required course IIUM . Nama lagi university required course, maksudnya semua pelajar UIAM wajib mengkhatamkan silibus ini sebelum mereka grad. Yang seronoknya, subjeknya hanyalah tiga




Walaubagaimana pun, masa pengajian ini berbeza mengikut kalendar akademik kuliyyah masing-masing di peringkat degree. Bagi kuliyyah yang mempunyai kalendar akademik yang normal diperingkat degree seperti KAHS, KOS dan KOP, silibus UNGS masih muat dimasukkan di dalam jadual mereka.

Namun ia berbeza untuk KOD ,KOM dan KON yang mempunyai kalendar akademik yang agak  sendat, sehingga tak mampu dimasukkan lagi. 
Dan akhirnya jalan penyelesaiannya ialah : short sem di UIAM Gombak selepas habis tempoh Asasi.

Oleh kerana jadualnya yang tersangat lapang, ramai pelajar lepasan Asasi yang belum berkesempatan untuk mengambil MUET, mereka melaksanakannya pada musim UNGS bagi sesi bulan Julai di sekolah sekitar Gombak seperti : SMK Taman Melawati.

KAMI BERKELANA KE UIAM GOMBAK

Dengan hanya berbekalkan notis di Portal IIUM, kami mendaftakan diri di UIAM Gombak pada 
23 Jun 2013. Membawa hati yang prejudis berbaur gembira, kami memulakan hembusan
 nafas pertama di sana sebagai pelajar UIAM Gombak. Mana tidaknya, hilai tawa sanak saudara, kokokan ayam di kampung dan liuk lentuk flora di rumah sudah cukup menghambat keiltizaman untuk berUNGS.
Jiwa masih di rumah, namun jasad sudah menyahut seruan menuntut ilmu.

 “....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(1)

UNGS HANYA KHABAR, BUKANNYA KHUBR

Dahlah result UNGS tak masuk dalam pointer, malahan subjeknya berbentuk Khabar sahaja.
Khabar adalah maklumat yang diperolehi hasil daripada pengajaran dan pembelajaran manusia (2).
Seperti UNGS, semua isinya sudah disilibuskan. Punyai learing outcome yang jelas hujung dan pangkalnya. Dalam erti kata yang mudah, UNGS ini tidak perlu orang yang terlalu bijak untuk memahami, cukup sekadar minat, insyaAllah Allah mudahkan.

Tetapi, Nabi Musa as sanggup berkelana bersama dengan Nabi Khidir semata-mata untuk mempelajari subjek yang berbentuk Khubr, jauh lebih mencabar daripda UNGS.

Kerana hakikat Khubr itu daripada Allah, sama ada melalui wahyu, atau proses memahami hikmah 
yang jauh dan tersembunyi. Persis menyusun 1000 keping jigsaw puzzle tanpa gambar rujukan. dan Al-Rush hanya akan muncul apabila kita berjaya menyiapkan jigsaw puzzle tersebut. Mencabar bukan?
Tapi itulah mahar kepada sebuah ilmu.

Kalau kamu punyai cita-cita menjadi doctor, jangan berangan la silibusnya hanya satu meter, Prosesnya membuntukan komitmen yang tinggi, walaupun kadang-kadang speednya  mengalahkan connection IIUM Community!!


LAIN LUBUK, LAIN IKANNYA: APA YANG LAIN PASAL IKANNYA?
  1.  Masjid menjadi pusat tumpuan


Keluasan 700 ekar ini berpusat kepada sebuah masjid bernama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.!!
Untungnya kami kerana Mahallah Safiyyah yang kami diami itu lokasinya hampir dengan masjid UIAM Gombak. Setiap hari dapat mendengar siaran radio semulajadi, masjidlive.fm.

Azan yang berkumandang lima waktu sehari semalam sudah cukup memberi satu rasa seperti berada di Tanah Suci (walaupun aku tidak pernah ke sana). Pendek kata, apa yang diungkapkan dalam masjid ( bacaan Al-Quran, Bacaan solat, tazkirah mahupun khutbah ) mampu didengari sehingga ke Mahallah Safiyyah. Paling osem, dengar khutbah dalam bahasa Inggeris sambil berehat dalam bilik (bagi yang sisters sahaja tau).

Masjid itu dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang menyumbang kepada pembangunan iqtisad umat Islam; kafetaria yang bertingkat-tingkat, kedai runcit yang pelbagai jenis, booth jualan, pusat perbankan, Students Mall dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga dikelilingi dengan bangunan yang menempatkan kelas, pejabat-pejabat dan library. Dan semua ini merupakan faktor, mengapa masjid ini menjadi sangat imarah dan menjadi pusat tumpuan dunia Gombak.

2. Syurga makanan di UIAM Gombak

Mudah, murah dan sedap!

Itulah tagline yang paling sesuai untuk mengambarkan juadah di IIUM Gombak.

  • Mudah : Variasi kafetaria membuatkan diri ini rambang mata untuk membuat pilihan. Selain kafe di mahallah, terdapat juga kafe di bangunan akademik yang menyajikan pelbagai menu. Ada yang ala-ala Arab, Western food, Tradisional Melayu, Indonesia, Bangladesh dan macam-macam lagi. Malahan, ada sebuah kedai bernama Suqq Al-‘Arabi menjual produk-produk dari Timur Tengah, bagi memenuhi permintaan foreigner yang kangan dengan makanan ruji mereka.



Sumber : http://crizzfood.com/shawarma-makanan-khas-uni-emirate-arab/
Antara makanan kegilaan dalam kalangan pelajar UNGS :Syawarma Mahallah Zubair
  • Murah : Harga mampu milik la. Sepinggan penuh nasi goreng boleh didapati dengan harga serendah RM3.00! Kedai 1 Malaysia pun ada bagi siapa-siapa yang mahu berjimat cermat. Hehe
  • Sedap: Walaupun sedap itu subjektif, tapi ia tetap ade skema jawapan kepada istilah "sedap" itu. InsyaAllah memuaskan nafsu oesophagus setiap orang.


3.       UNGS bukan kelas tetapi kuliyyah agama

Walaupun pada hakikatnya kami masih belajar di dalam kelas yang berair-cond, menggunakan kerusi dan meja, namun pengisian UNGS menyebabkan aku dapat merasakan lantai dan daun pelepah tamar ketika belajar (hiperbola la makcik ni). Mendalami apakah itu Islam, apakah itu pengetahuan di sisi Islam dan sejarah-sejarah perkembangan ilmu, dan tokoh-tokoh Islam yang terdahulu serta abad moden telah mencipta satu kemanisan dalam belajar. Belajar untuk mengerti, bukan belajar sebab nak score macam zaman di CFS dulu.

Tambahan pula, inilah kali pertama bagi aku dan beberapa sahabat dapat menutut ilmu daripada doktor Falsafah dari pelbagai negara; seperti Pakistan, India, dan pelbagai lagi.

Pastinya dengan kepelbagaian latar belakang, mereka membawa mentaliti mengenai Islam dari bacaan sudut yang agak berbeza kepada rakyat Melayu yang asli macam kami ini . Mungkin beza 180 darjah.

Sebagai contoh, Dr Adil Khan, salah seorang pensyarah kami yang mengajar Ethics and Fiqh in Everday Life, beliau adalah antara ilmuwan Islam moden yang cukup saya kagumi.
Tokoh yang telah merantau ke banyak negara untuk menuntut ilmu dan akhirnya menetap di Malaysia. Sudah pasti bersamanya sejuta butiran hikmah daripada setiap negara.

Beliau menjelaskan situasi sebenar warga Islam yang hidup dalam komuniti majoriti non Muslim di sana. Katanya rakyat Amerika sangat menghormati orang Islam di sana, menyimpang sekali dengan apa yang dimomokkan dalam media massa mengenai Islamophobia. Tidak dinafikan tragedi 11/9 cukup memberi impak yang mendalam kepada masyarakat Islam di sana, tetapi berkat kesungguhan dan strategi dakwah Muslim di sana mampu memadamkan contengan arang mengenai Islam.

Bersyukurlah kita dapat berguru dengan seorang alim ulama.Kerananya, kita mampu membaca puluhan kitab dan merantau ke seluruh dunia dengan hanya 1 jam pengajiannya.

4.      Aku berUNGS di Ramadhan

Pengalaman BerUNGS di musim Ramadahan merupakan satu hadiah yang tidak ternilai kepada kami. Cahaya Ramadahan sangat terang  di UIAM Gombak dengan Iftar Jamaie, Moreh, Solat Terawih dan Qiamullai.

Bagi sesiapa yang belum pernah berbuka puasa di masjid dengan meriahnya, 
di UIAM Gombak kalian boleh menikmatinya dengan free,
Bagi siapa yang belum pernah mendirikan solat Terawih 20 rakaat, 
di UIAM Gombak juga kalian pasti gagah untuk mengerjakannya
dan
Bagi siapa yang belum pernah beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadahan, 
di sini juga kalian mampu merasainya dengan penuh keseronokan. 
Tidak hairanlah kalau kalian bersolat di sebelah Ustazah Fatimah Syarha atau mana-mana selebriti. Sebab mereka turut tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Pendek kata, pesta ibadah di UIAM Gombak memang terbaik selepas pesta beli belah Syawal.

5.      UNGS Eid Gathering itu konvokesyen UNGS



Antara barisan committe yang banyak berjaya dalam menjayakan UNGS Eid Gathering 2013

Rasanya tidak terlalu melampau saya mengatakan UNGS Eid Gathering seperti konvokesyen “buatan” untuk pelajar UNGS. Kerana jamuan hari raya ini turut menjadi indikator berakhirnya sesi pengajian kami di UIAM Gombak selepas peperiksaan.
Cetusan idea salah seorang pelajar Medik ini telah menyebabkan saya menyenaraikan UNGS Eid Gathering sebagai perkara yang tidak dapat dilupakan dan wajar diambil iktibar. Kenapa? Kerana...

1.      Lambang kepada mahasiswa yang kreatif dan inovatif. Bukan hanya menerima silibus institusi pendidikan bulat, tetapi mampu mengubahnya menjadi petak, bujur mahupun bintang untuk kemaslahatan bersama.
2.      Fitrah manusia itu suka diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudannya. Melalui award yang telah dijalankan. Hasilnya??




3.      Sinergi mampu mengelakkan tragedy
4.      Kadang-kadang gerak kerja melahirkan ukhuwwah, ia bukan sekadar lafaz “ukhuwwah fillah” ataupun berbalas comment di Facebook sahaja, ia lebih kepada praktikal.
5.      Semua orang punyai idea, dan idea itu kekal idea jika ia tidak diaplikasikan. Keep wishing, without doing makes nothing.






KEMANISAN MASIH DIRASAI SAMPAI SEKARANG

Kenangan itu pasti kami bawa bersama sampai kapan pun.
Tidak percaya? Inilah buktinya:-






PESANAN: BELAJAR UNGS ITU PASTI, MEMANFAATNYA ITU PILIHAN.

“ Fakta dan dalil akan hanya tinggal sebagai maklumat, jika tidak ada akal yang tajam mengadunkannya kepada ilmu dan hati yang bersih mensintesiskannya menjadi hikmah yang mendidik..”(3)

Barangsiapa yang belum pernah merasa kurma, dia tidak akan pernah merasa hakikat manisnya kurma...So, kalau sapa nak merasainya, tak guna hanya berfikir, tetapi mencapainya, mengunyah dan menikmatinya. Baru tahu manisnya macamna bukan??

Eh,ada lagi pesanan,




Sekian sahaja saya akhiri coretan ini dengan sedikit pantun:

Subjek UNGS hanyalah tiga,
Terlalu lapang,beratlah mata,
Kalau bijak,manfaatlah ke Syurga,
kalau tersalah, ke nerakalah kita.
 


Waallahualam
Selamat maju jaya!!

Sumber:
1.       Al Quran Tajwid dan Terjemahan beserta Asbabun Nuzul, Hadith Sahih dan Indeks  Tematik, Humaira Bookstore Enterprise.
2.      “Gertakan Khidir kepada Muda: Dua Kali Sabar demi Ilmu” daripada http://saifulislam.com/2014/04/menyabarkan-diri-untuk-bersabar/
3.      Pahrol Mohamad Juoi, Husna Hassan, Durian yang Sudah Dimamah, Angguk Geleng, m/s 104, Telaga Biru


20 comments:

  1. Oh, shawarma zubair jd kegilaan sister juga rupanya. Baru tau, haha. :-D

    ReplyDelete
  2. wah, korang semua tahu tak result UNGS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, batch kitorang boleh tgk gred setiap subjek dalam portal. batch2 sebelum2 ni diorang x tau pun. sampai nak grad degree pun diorang sekarang ni,, still xtau gak

      Delete
    2. jap,korang kena dapatkan lulus je ek? dengar cerita, kiranya minimum C- la kan? senang la mcm tu kan.... boleh makan angin la kat gombak maksudnya

      Delete
    3. Apa pun keadaannya, study elok2 ye dik.. org mukmin ni, bila lakukan sesuatu, dia akan lakukan dgn sungguh2. InsyaAllah x rugi ape pun klau kita study betul2 time ungs ni.. =)

      Delete
  3. wah,saya pun nk ber UNGS juga la, terbaik!!!

    ReplyDelete
  4. post yang mantop !

    ReplyDelete
  5. siapa la yg menang awards2 tu,nak tgk muka betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la singgah kod dan kom klau nk tgk muka sorang2.. XD

      Delete
  6. Assalamualaikum,boleh saya tahu kenapa ckap baina jannah wal jahanamm? menakutkanlah bila baca tajuk tu=.=`

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Tu sebenarnya ayat salah seorg lecturer kami masa di gombak dulu. Dy cakap,kami yg ambik UNGS di Gombak ni ibarat dipertengahan antara syurga n neraka..status tak diketahui, sama ada kami student cfs atau di kuantan. Kalau nak kata student cfs, dah graduate cfs dah. Kalau nak kata student kuantan, belum daftar lg. Camtu la asal usul tajuk artikel ni.. =)

      Delete
  7. KAI7EN +EXIMIUS = Bergabung Meletop !
    #budakmedic#budakdentist#forever

    ReplyDelete
  8. yup. manfaatkan betul-betul masa di Gombak. Itu je masa yang betul2 boleh hadam ilmu, tak terkejar-kejar nak menghafal ilmu. =) =) =)

    ReplyDelete
  9. setujusetuju,masani je yang belajar tanpa tekanan, belajar bukansemata-mata untuk pointer....

    ReplyDelete
  10. rasanya kan... apa bnda yg x best kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnde yg x best..?? Tahla..cam xde je. Hehe. Harap boleh fikir positif ye..kita fokus kpd yg best2 je. Yg buruk2 bosan2 tu buang jauh2

      Delete
  11. Betol3x eximius.
    Baik atau buruk tangan kita yang mengadunnya..
    Orang yg terbaik ialah orang yang mampu menghasilkan jus limau yang manis daripada buah limau yang masam.. kan3?

    ReplyDelete
  12. nak tanya beberapa soalan.
    1)Berapa gap cuti antara final exam asasi dan sebelum sambung ungs?
    2)berapa lama ungs?
    3)boleh ker nak stay kat rumah bagi yg tinggal berdekatan uia gombak?
    4) Surat twrn utk sambung degree akan kita dapat sewaktu ber-ungs @ lama lagi?

    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Kali ni memang skrip ungs yang sangatlah berbeza. Kami akan jadi batch pertama ungs di Kuantan bukan di gombak. Kesedihan tu memang takyah kata la. Bukan main baca blog2 senior. Last2 minit baru bgtau ungs kat Kuantan. Sedeyy~~

    ReplyDelete