Friday 9 May 2014

Jamuan Batch Eximius 1.0

           Jamuan batch semestinya sudah sinonim dalam kalangan pelajar. Alhamdulillah, kami juga berjaya mengadakan jamuan batch Eximius VII yang pertama pada bulan April yang lalu.Semestinya jamuan ini bertujuan untuk mengukuhkan kembali ikatan yang telah terbina hampir setahun ini disamping untuk memberi penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus lumus dalam membantu rakan-rakan seangkatan yang lain.
Antara Santapan Kami


            Walaupun jamuan ini tidak segah jamuan-jamuan yang lain, namun pengisian dan objektifnya berjaya dicapai. Alhamdullilah, rata-rata pada malam tersebut sudah kekenyangan dengan limpahan makanan.  Ada antara makanan yang terhidang telah disediakan sendiri oleh ahli-ahli eximius tidak kira sister mahupun brother.

Suasana sebelum majlis makan bermula


           Nasi goreng, keropok ikan, roti pita,puding triffle, sosej, koktail dan kek batik adalah antara juadah yang telah disediakan pada malam tersebut. Tidak dapat dinafikan, ahli-ahli Eximius ni memang pandai memasak kerana beberapa hidangan pencuci mulut telah disediakan sendiri oleh brothers dan sisters. Tidak hairanlah ada antara mereka yang telah menjadi juara masakan antara universiti.
Selain daripada makanan, aktiviti pada malam tersebut turut dihiasi dengan sesi pertukaran hadiah.  Setiap hadiah mestilah berharga minimum RM 5. Berbagai – bagai hadiah telah tersedia pada malam tersebut, ada antara mereka yang dapat tuala,teddy bear, botol air, coklat, dan ada juga yang dapat bola keranjang yang hampir bernilai rm 100 . Wah ! beruntungla orang yang dapat hadiah yang mahal tu. Siapalah tuan pemberinya agaknya..? Takpa, mungkin tahun depan boleh naikkan harga minimum untuk hadiah, hehe.
Sesi bertukar-tukar hadiah


Hadiah-hadiah dan anugerah

Tidak dilupakan juga, kami telah dihiburkan dengan video aktiviti-aktiviti batch disamping mengimbau kembali memori yang telah tercipta sepanjang kami berada di bumi UIAMK ini. Pelbagai kisah telah terlakar disini walaupun hampir setahun kami disini.
 Sejurus itu, MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH merupakan sesi kemuncak pada malam tersebut.  Sebanyak 5 anugerah telah dipertandingkan dan setiap pemenang ditentukan melalui hasil undian. Walau bagaimanapun, sebelum pemenang-pemenang anugerah tersebut diumumkan, sesi penyampaian hadiah kepada semua ketua biro dan penolong ketua biro telah dijalankan terlebih dahulu sebagai tanda penghargaan atas tugas dan kerja yang telah mereka jalankan. Tidak dilupa kepada semua note masters yang diumpamakan sebagai jantung batch kami kerana sentiasa berusaha memastikan semua nota tersedia untuk ahli batch kami.
Pemberian hadiah kepada Ketua Biro
Pemberian hadiah kepada Penolong Ketua Biro


Baiklah,setelah selesai penyampaian hadiah kepada mereka semua, majlis diteruskan dengan lima anugerah yang dipertandingkan. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah
  • ·         ANUGERAH UPIN & IPIN
  • ·         ANUGERAH WONDERPETS
  • ·         ANUGERAH HUMBLE PUMPKIN
  • ·         ANUGERAH AIMAN AZLAN
  • ·         ANUGERAH PROF MUHAYA


        Sukar bagi kami untuk memilih pemenang untuk setiap anugerah ini. Bukan nya calang-calang orang yang tercalon untuk anugerah ini. Walau apa—apa pun, menang kalah bukan penentu segala, kemenangan itu hanya sebagai bonus atau rezeki daripadaNya supaya kita lebih berusaha untuk memberikan yang terbaik. Kepada yang kurang berjaya, mungkin ini akan menjadi satu batu loncatan untuk anda agar lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada masa hadapan. Kepada yang tidak tercalon, mungkin belum rezeki anda lagi, jangan gusar insyaAllah tahun depan masih ada lagi.
Tanpa berlengah lagi ini adalah keputusan untuk pemenang anugerah tersebut.

Pemenang malam Anugerah, maaf tiada gambar ,haha!


           Sebelum majlis bersurai, ada satu lagi anugerah khas daripada majlis tertinggi batch iaitu anugerah biro terbaik. Anugerah ini diberikan kepada biro yang paling aktif dan telah memberikan sumbangan serta impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan batch. Saya pasti pihak majlis tertinggi sukar untuk membuat pilihan mereka memandangkan setiap biro mempunyai kekuatan masing-masing. Namun begitu, keputusan telah dibuat dan mereka sebulat suara menobatkan Biro Akademik sebagai biro terbaik tahun ini.Walaupun biro ini sering dilanda kontroversi serta gosip-gosip yang hangat, namun hasil kerja meraka tetap mantap. Biro ini telah dipimpin oleh Bro Hafiz Izzudin dan telah dibantu oleh Sis Hasnin di mana kedua-dua mereka ini antara pelajar-pelajar yang termuda dalam batch kami. Kecil- kecil cili padi !

Gabungan mantap ! Biro Terbaik !



         Sekian sahaja coretan untuk kali ini, kepada seluruh warga Eximius ,walaupun kita sering diuji dengan pelbagai dugaan, moga hubungan kita tidak akan pernah putus dan akan terus kekal hingga ke syurga. Kepada semua pembaca, doakan kejayaan kami sebagai doktor-doktor gigi yang beriman dan dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat pada masa hadapan. Doakan kejayaan kami dalam pro-exam (final exam) yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Trend sekarang, SELFIE !


Sekitar majlis


One big Family



One Word about Eximius ....









2 comments:

  1. Waaa, terbaik la korang. Nampak keeratan antara korang kat situ. Btw, nampak mcm ada sorang org Arab kat gambar. Ke dia malaysian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HaahhH....beliau arabian..sbb tu kami universiti antarabangsa...hehehe

      Delete