24 Mei 2015,Sabtu: ‘Kalau adik nak tahu,
muka abang ni pernah masuk surat khabar . Sinar Harian, Metro , Berita Harian
semua ada. Ada siap kata abang ni mati hidup semula.’ Ujar seorang penjaga zoo
kepada kami. Perjalanan yang mengambil masa selama 15 minit dari Uia Kuantan
telah membawa kami seramai 25 orang komiti bagi program khidmat masyarakat di
mini zoo Teruntum. Zoo ini sangat hampir dengan salah satu pusat tarikan di
Pahang iaitu Teluk Cempedak. Kedudukannya yang bersebelahan padang golf serta dikelilingi
hutan menjadikan ia salah satu tempat yang menarik untuk dituju sebelum ke
pantai teluk cempedak. Yang paling penting, tiada bayaran dikenakan kepada para
pengunjung di sini.
Aktiviti khidmat masyarakat ini telah
memberi satu pengalaman yang baru kepada kami, melihat zoo dari perspektif yang
berbeza dari sebelum ini. Jika sebelum ini hanya melihat haiwan dari jauh, kali
ni dapat juga kami masuk ke dalam sangkar/kandang merekauntuk melihat lebih dekat. Setibanya kami di sini, kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan dan
setiap kumpulan telah ditugas untuk membersihkan kawasan kandang dan sangkar
haiwan yang berbeza-beza.
|
Sebelum bermula Program |
Kumpulan 1 : Sangkar Ular & Buaya
Kumpulan 2: Kandang Banting, Angsa ,
Pelanduk & Banir
Kumpulan 3: Sangkar Burung Helang
Kumpulan 4: Sangkar memerang , Kura-kura
& Landak
Kumpulan 5: Sangkar Burung
Kerja-kerja menyapu, memotong ,membasuh,
memberus, memberi makan merupakan antara rutin harian penjaga zoo di sini.
Makanya, kehadiran kami sudah semestinya untuk membantu mereka dalam menjalankan tugasan tersebut.
Jujur kami katakan, kerja sebagai penjaga zoo ini amat mencabar kerana setiap hari
mereka akan sentiasa berhadapan dengan risiko yang besar. Pelbagai cerita serta
pengalaman mereka telah kami dengari. Penjaga zoo disini sangat peramah dan
mesra. Tidak kering gusi kami dibuatnya. Ada sahaja benda untuk dikongsikan
bersama. Namun apa yang membuatkan kami sedikit tersentuh tatkala mendengar kisah pahit mereka disini. Boleh
dikatakan hampir kesemua penjaga zoo di sini pernah tercedera disebabkan
haiwan-haiwan ini.
|
Kerajinan terserlah |
|
Berada di Sangkar masing-masing... |
|
Bergembira sambil bekerja |
|
Jom bagi mereka makan.... |
Salah seorang daripada penjaga zoo, Bro. Jamil
merupakan antara mangsa serangan ular berbisa. Bro. Jamil telah menceritakan
kepada kami kisahnya yang telah dipatuk ular sebanyak 5 kali sepanjang bekerja
disini. Apa yang lebih memeranjatkan kami, patukan ular yang kali kelima
merupakan patukan yang paling teruk pernah dialami kerana hampir mengundang
ajalnya. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang sibuk menjalankan rutin
kerja beliau membersihkan sangkar ular . Khabarnya, beliau telah koma selama 16
hari dan tangan kiri beliau telah cacat sepenuhnya. Pada mulanya, sangkaan kami
apabila melihat tangan kirinya yang berbalut adalah disebabkan kemalangan atau
kebakaran memandangkan kulitnya kelihatan seperti melecur, rupa-rupanya ia
merupakan kesan patukan ular berbisa. Balutan itu sudah hampir 2 tahun melilit di tangannya.
Namun begitu, ia tidak mematahkan
semangat beliau untuk meneruskan minat beraksi dan berjinak-jinak dengan ular.
Selepas kejadian itu, wajahnya telah tersiar di dada-dada akhbar. Pelbagai nama
, gelaran dan tajuk berita telah dibuat oleh pihak media. Ada yang mengatakan
beliau ‘Penjinak Ular Bertangan Satu’, ‘ Manusia Yang Mati Hidup Semula’ dan
bermacam-macam lagi. Walaubagaimanapun, beliau berpesan kepada kami agar
sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah. Jika kita rasa sakit, ingatlah ada
orang yang lebih sakit dari kita, dan jika kita rasa kita susah, ada orang yang
lagi susah daripada kita.
|
Saat menarik bersama ular.....Siapa ada pertunjukan dari Bro Jamil lagi... |
|
Masa ni la nak tengok siapa yang berani,haha |
Kisahnya yang menyentuh hati telah
membuka mata serta meletakkan penjaga zoo ke suatu tahap yang lebih tinggi di
mata kami. Walaupun berbahaya , mereka tetap komited menjalankan tugas menjaga
dan memelihara haiwan-haiwan ini
daripada ancaman manusia dan haiwan lain. Meskipun kerja ini amat berisiko tinggi,
kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap haiwan-haiwan ini telah mengubah
segalanya. Kami mendoakan agar semua
penjaga zoo sentiasa diberikan kekuatan utuk mengharungi cabaran dan mendapat
ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka selama ini.
|
Brother-brother yang kacak ! |
|
Ahli-ahli kumpulan... |
|
Welfieeee..... |
|
Ahli Leadership Group 20 |
Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini
terutamanya kepada coordinator kumpulan
kami iaitu Kak Ju yang telah banyak membantu kami menguruskan program ini.
Tidak dilupakan juga kepada beberapa pihak penaja iaitu:
- Nasi Kukus Mama
- Eyra Creative Media & Event
- Keluarga Syazana
Terima kasih atas sumbangan nasi kukus yang
sangat SEDAP & LAZAT untuk makanan tengahari kami. Tak lupa juga sumbangan
button badge yang sangat
COMEL dari Eyra Creative Media & Event. Moga perniagaan pihak tuan/puan akan lebih berkembang dan maju di
masa hadapan.Tidak ketinggalan salah seorang ahli komiti kami iaitu Syazana yang telah menyediakan sarapan pagi nasi goreng telur mata untuk permulaan hari kami. Sekian sahaja untuk coretan kali ini. Sayangilah haiwan, jika
bukan anda siapa lagi? Katakan ‘TIDAK’ kepada KEPUPUSAN !
|
Ni lah dia Program Manager bersama Bro Jamil, tengoklah tangan beliau..masih berbalut..:( |
|
Penaja Rasmi : Nasi kukus mama murah & marvellous |
|
Penaja rasmi: Eyra Creative Media & Event |
What a great experience ! 👍
ReplyDeleteHopefully the other group also will have a good journey and experience :)
ReplyDeleteLain kali boleh buat lagi~
ReplyDeletetak kan lupa pengalaman ni:D thanks k ju, k zana&family n nasi kukus mama
ReplyDeletetde kak amni ke?
ReplyDeletekak amni group lain, dia ada komuniti servis yang lain, nnti akan di update tentang komuniti servis yang lagi satu...nantikan
Deletetakleh nak blah blog post ni LOL
ReplyDeleteNICE ONE! one of the best experiences~
Abang jamil hensem :-)
ReplyDeleteTerima kasih la menerima tetamu yg x diundang ni~siap dpt button lagi ^_^
ReplyDeleteBest owh community service ni!! Dpt nasi kukus mama, dpt msk kandang haiwan. Siap jmpa Messi lagi ♥♥♥
ReplyDeleteXpuas lagi pegang ularrr...
ReplyDeleteTp serius berat betul ular tu.
Mcmana la adlin kuat letak kat bahu...
Best2! Seronok :-D
ReplyDeletebagus aktiviti ni.keep it up.from bro nasri (medical radiographer) at k.o.d
ReplyDeleteterima kasih bro nasri,tak sangka pula staff K.O.D pun baca blog kami ni....=]
Deletecatering mantap...hariz mantap... semua kenyang kan...haha!
ReplyDeleteHaiwan2 pn kenyang kan...hehehe
Mcm mana bro jamil tu kena patuk ular? Dia main2 ke dgn ular tu
ReplyDeleteSelalunya masa dia tengah bersihkan sangkar....mungkin masa tengah alihkan ular...mungkin...
DeleteBro mna ntah yg x pegang ular langsung... Ngeh3~
ReplyDeleteBlog eximius memang kuat main ke? Macam x professional ja. Ini ke kulliyah of Dentistry yang dipandang tinggi?
ReplyDeleteApa maksud awak kuat main? Kami buat program ni sbg projek utk subjek leadership. Dan lagi satu, kalau professional yg awak maksudkan adalah hanya belajar dalam kelas, tu bukanlah professional pada pndgn kami. Kami taknak jadi mahasiswa yg lemah dan tak menyumbang kpd masyarakat. Harap dapat betulkan persepsi awak tu ye :)
DeleteTerima kasih anon (17.21) sebab sudi baca dan komen dkt blog ni. Mungkin boleh kongsi apa yg anda maksudkan dgn professional. Kalau ada cadangan penambah baikan sangat2 kami alu-alukan. Terima kasih.
ReplyDeleteP/s: Oh, sekadar peringatan, ini blog ya, bukan website rasmi Kulliyah of Dentistry IIUM ;-)
Maaf, saya tidak menyebelah mana2 pihak,saya faham apa yang cuba disampaikan oleh anon tu, tapi apa yang para pembaca perlu tahu, blog ini bukan lah blog rasmi kulliyyah of dentistry, ini adalah blog batch kami..kami hanya berkongsi aktiviti2 yang berkaitan dengan bactch kami... Apa yang orang luar harus tahu adalah kami baru pelajar tahun pertama, kami masih tidak lagi didedahkan kepada dunia pergigian secara menyeluruh... Kami lebih kepada pembelajaran secara teori,masih lagi tiada kerja amali, oleh itu itu kami mempunyai banyak masa yang terluang lagi .Saya faham ramai yang kata pelajar dentist ni sibuk..Tetapi di sini kesibukan itu biasanya akan kami alami ketika di tahun 2 dan ke atas. Tahun pertama ni kami lebihkan kepada aktiviti2 luar untuk meningkatkan softskill kami sebelum ke alam klinikal bersama pesakit2... Moga masyarakat luar faham akan tujuan blog ini dan tidak hanya melihat course dentistry ini hanya adalah course yang serius...
ReplyDeleteTerima kasih la kepada Nasi kukus mama@En Azman , mmg terbaik la
Delete