Tuesday, 8 April 2014

Lawatan Belajar ke Zoo Negara


17 March 2014


           Kringggg,,Tingtong,TwitTwit,Domm..... bunyi penggera telefon dari pelbagai arah telah memecahkan lenaku, haa, baru jam 4.15 pagi, kenapa cerah semacam je pagi ni... itu lah yang berlaku di bilik jejaka-jejaka eximius, seawal 4 pagi kami telah bangun untuk bersiap ke lawatan sambil belajar di zoo negara. Setelah selesai bersiap, kami menaiki kenderaan berpacu empat roda ke UIA untuk berkumpul disana bersama puteri-puteri eximius. Kelihatan ada bas yang sedang menunggu kami di mahallah maimunah bersama staff-staff serta Dr Bobo & Dr Widya sebagai pengiring. Memandangkan ada dua bas yang akan membawa kami kesana, kami dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Bas pertama dinaiki kumpulan 1,2,3 manakala bas kedua untuk kumpulan 4,5,6. Secara rasminya, kami telah meninggalkan Uia kuantan sekitar 5.15 pagi.

            Sebelum lawatan ini diadakan, kami telah diberikan tugasan untuk mencari maklumat tentang ciri-ciri umum gigi haiwan mengikut kumpulan mereka sepert karnivor, ikan, serangga dan lain-lain. Jadi tidaklah kami ke zoo ini hanya untuk bersuka ria sahaja. Program ini adalah program tahunan kepada semua pelajar tahun satu. Pulang sahaja ke Uia nanti , kami akan diberikan masa untuk membuat pembentangan mengenai tugasan yang telah diberikan. Doktor kata akan ada markah untuk pembentangan ni dan mungkin akan ada hadiah juga, tapi saya tak pasti lagi kesahihannya lagi.


           Berbalik kepada cerita tadi, perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam setengah rata-rata telah melelapkan mata kami semua memandangkan masa awal pagi lagi. Bas pertama telah sampai di zoo sekitar jan 8.30 pagi diikuti bas kedua dalam jam 8.50 pagi.

           Sejurus itu, kami telah diberi seutas gelung untuk dipakai sebagai tanda tiket masuk. Mungkin bukan rezeki kami untuk tahun ni, sebahagian besar kawasan zoo negara masih berada di dalam proses penyelenggaraan dan pengubahsuaian. Katanya, Zoo negara akan berwajah baru dalam sekitar bulan lima dengan kehadiran satu lagi spesis panda gergasi yang mungkin akan menjadi mercu tanda untuk zoo negara.

Notis penyelengaraan


        Pada sesi pagi, kami telah diberikan sedikit maklumat tentang beberapa ciri-ciri umum gigi haiwan oleh Dr Felix, salah seorang doktor gigi disitu. Setelah itu kami dipecahkan kepada dua kumpulan sekali lagi. Kumpulan pertama diberi peluang untuk meronda sekitar zoo negara menaiki keretapi mini atau namanya tram dengan beberapa staf zoo sebagai penunjuk arah untuk memberikan sedikit maklumat tentang haiwan-haiwan yang berada di situ. Manakala kumpulan kedua diberi peluang untuk membersihkan gigi kucing dan berkunjung ke muzium mini disitu. Muzium mini tersebut telah menempatkan pelbagai rangka-rangka dan tulang-tulang haiwan yang unik dan menarik.

Dr Felix memberikan ceramahnya




Tram Tram, Vroomm..

Panasnya hari ni..

Guna buku la nak lindung matahari

Wah, ternganga mulut masing-masing


          Selesai slot pagi, kami telah diberikan masa dan ruang sendiri untuk menerokai zoo negara tersebut. Malangnya, secara tiba-tiba hujan pula datang menyinggah di zoo ni setelah beberapa hari kawasan ini mengalami masalah kemarau. Rahmat dari Allah nampaknya. Akan tetapi, itu tidak mematahkan semangat kami untuk mengelilingi kawasan zoo negara.

           Pada sekitar jam 3 petang, kami telah dihiburkan dengan pertunjukan sarkas mini oleh beberapa ekor haiwan seperti anjing laut, burung kakak tua, flamingo ,dan beruang kucing. Kesemua persembahan tersebut amat mencuit hati dan perhatian kami. Aku berfikir sejenak, sedangkan haiwan yang tidak berakal itu pun boleh mendengar kata tuannya, tapi kenapa manusia yang telah dikurniakan akal ini degil dan malas mengikut perintah Penciptanya, tepuk dada tanya iman.


Ce cuba imbang bola guna hidung macam saya

Masuk dalam gelung boleh?

Makan makan makan ikan tu semua

Panjangnya ekor dia, katanya boleh bergayut guna ekor


       Tidak dilupakan juga disini terdapat kedai pameran sarang lebah dan madu lebah. Kami telah diberikan sample madu percuma tatkala mengunjungi ke kedai pameran tersebut. Rasa madu asli itu masih melekat diingatanku. Madu tersebut juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Pameran sarang lebah

Macam nak berperang pula


          Selesai pertunjukan sarkas mini, kami telah dihidangkan dengan makan petang iaitu potongan buah-buahan tempatan dicampurkan yogurt. Boleh dikatakan rata-rata dari kami kali pertama merasa benda tersebut. Rasanya telah meninggalkan satu kenangan manis sebelum kami meninggalkan zoo negara.

           Sebelum kami meninggalkan zoo negara, sekali lagi pelbagai perkara yang bermain di fikiranku tatkala melihat haiwan-haiwan disini. Betapa uniknya ciptaan Allah itu, menciptakan mereka dengan pelbagai rupa dan fungsi. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain untuk menstabilkan ekosistem di bumi ini. Jika salah satu mempunyai masalah, pasti ia akan memberi kesan kepada yang lain. Begitulah juga dengan kehidupan kita di dunia ini, kita diciptakan berbeza-beza untuk melengkapi kekurangan dan kelemahan yang lain. Gunakanlah kelebihan yang kita ada di jalanyang betul ,bukannya hanya untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kerana segalanya adalah hak Allah dan kepadaNya jugalah kita akan kembali nanti.


Jejaka-jejaka Eximius

Puteri-puteri eximius



           Moga coretan kali ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk merenung kembali tujuan penciptaan kita di muka bumi ini. Adakah matlamat hidup kita sama sahaja seperti haiwan-haiwan ini, atau adakah kita sedar akan tujuan utama kita di dunia ini. Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat sana adalah penentu segalanya.


One Big Family






11 comments:

  1. Tragedi semasa perjalanan pulang.. tittttt. *rahsia*

    ReplyDelete
  2. Hhaha, biarlah hanya orang2 yang mengalaminya sahaja yang tahu =.=

    ReplyDelete
  3. "Aku berfikir sejenak, sedangkan haiwan yang tidak berakal itu pun boleh mendengar kata tuannya"
    Haiwan memang tidak berakal, tetapi dia tidak terlepas untuk menjadi terbiasa dengan rutin.
    sbb haiwan2 yang membuat persembahan itu, mereka semua dilatih untuk berbuat sedemikian, bukannya mereka faham apa yang diberitahu oleh instructor di sana..

    Tapi walaupun mereka tetap bagus sbb berjaya menterjemahkan akhlak setelah mengalami proses "tarbiyah". Tidak perlu berfikir panjang, tergerak dengan sendirinya, automatik memproses, itulah akhlak :)
    WaAllahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice. teringat subjek UNGS 2050 dulu. Menurut Abd Qadir Al-Jurjani, akhlak ni “a deep (rasikha) state of the self (haya’a nafs) produces acts, behavior with ease with no need of sophisticate thinking and reflection (fikr wa rawiyah)”>>>>ni copy dari slide Dr. Aliza, lecturer subject ethics grup 2 kat gombak dulu.

      Walaupun kita tengok apa yg haiwan2 buat tu betul2 menepati definition akhlak di atas, x bermakna haiwan2 tu berakhlak,,sbb mrk xde faculty of intellect. Tapi drpd behaviour haiwan2 yg terlatih tu dapat kita ambil ibrah, yg mana apabila kita sudah terbiasa dgn sesuatu perkara by practising it frequently, secara automatik ia akan menjadi habit kita. Dan insyaAllah apabila sesuatu perkara baik itu telah pun menjadi habit ataupun rutin kita, perasaan riya' akan dapat dijauhkan di samping memupuk rasa ikhlas dalam diri

      Delete
  4. Dik..gmbr dr tgh treat haiwan tu sila remove ye..

    ReplyDelete
  5. I just want to say that, u guys r great. for the blog and the video. Love them. Coz this os what we need in the future to refresh our sweet memory together. Go eximius!

    ReplyDelete
  6. Ada accident. Ehem2 . Asiah comel

    ReplyDelete
  7. mr kontroversi1 May 2014 at 10:50

    korang ni tak baik buat gosip2 dkt sini okeh...hahaha

    ReplyDelete
  8. Pedot n amni?

    ReplyDelete