[Artikel ini bersambung dari siri lepas]
Telahpun
menjadi lumrah kehidupan, semakin banyak yang didedahkan, semakin
banyak pula selok beloknya. Cuba kita ingat kembali zaman tadika. Hanya
tahu sebut huruf A hingga Z. Dan akhirnya kita menyambung huruf-huruf
itu menjadi satu perkataan. Pada awalnya seperti tiada signifikan,
tetapi lama-kelamaan fahamlah kita barisan ayat dibentuk adalah untuk
bekalan makna fasa pembelajaran yang seterusnya...
Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.
PASCA LAWATAN KE-4
Topping (flasking)
1) Selepas berpuas hati dengan hasil ukiran kerja gusi (gum work), denture berserta batu hijau (master cast) akan diletakkan di dalam bekas tembaga (flask) seperti dalam gambar.
2) Plaster of paris (cuba google alien apa ni) dibancuh, kemudian ditoppingkan (macam nak buat topping kek gula ising je cara dia). Bezanya, plaster ni pada awalnya lembut gebu macam gula ising, tetapi selepas beberapa minit, ianya akan mengeras seperti batu. Pasti tak boleh potong macam potong kek lagi.
Selesai memperbetul susunan gigi, kini denture ini menunggu untuk diukir bentuk gusi pula (Gambar selepas diukir adalah hakcipta abadi penulis, jadi tak diupload di sini) |
Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.
PASCA LAWATAN KE-4
Topping (flasking)
1) Selepas berpuas hati dengan hasil ukiran kerja gusi (gum work), denture berserta batu hijau (master cast) akan diletakkan di dalam bekas tembaga (flask) seperti dalam gambar.
2) Plaster of paris (cuba google alien apa ni) dibancuh, kemudian ditoppingkan (macam nak buat topping kek gula ising je cara dia). Bezanya, plaster ni pada awalnya lembut gebu macam gula ising, tetapi selepas beberapa minit, ianya akan mengeras seperti batu. Pasti tak boleh potong macam potong kek lagi.
Bekas tembaga untuk memasak denture |
Bakar dalam oven (deflasking & dewaxing)
1) Setelah dibakar dan mencairnya lilin, tapak sementara (temporary base) dibuang.
2) Lebihan lilin dicuci dan dibilas menggunakan air panas
Proses membersihkan lebihan lilin menggunakan air panas |
Bersedia diletakkan acrylic kekal (packing)
1) Setelah bersih dari sebarang lilin, bahan pemisah seperti vaselin atau cold mould seal disapu pada batu hijau (master cast).
2) Acrylic hot cure
(bahan sebenar denture) dibancuh hingga menjadi doh, kemudian
diletakkan di dalam ruang bagi menggantikan lilin yang telah dibuang
tadi.
3) Setelah ditekan dengan tekanan yang bersesuaian, maka bersedialah tembaga ini dimasak lagi, selama 3 jam.
Rupa selepas disapu cold mould seal. Berkilat macam sapu air gula. Anggap je lab ni macam dapur... ok? |
Pecahkan batu topping
Setelah
siap masak, batu putih (plaster of paris) dan juga batu hijau (master
cast) diasingkan dari denture, caranya mengetuk bekas tembaga dengan
penukul.
Denture yang hampir siap, hanya perlu ditrim saja lagi |
LAWATAN KE-5
1) Setelah siap digilap dan dilicinkan, gigi palsu sudahpun tersedia untuk pesakit.
2)
Dalam lawatan ini, pesakit akan mencuba. Antara aspek yang diuji
adalah, fonetik (suara), estetik (kecantikan), fungsi (pengunyahan) dan
perlindungan terhadap tisu lembut. Jika ada masalah, kena baiki. Jika
ok, maka dah boleh bawa pulang denture.
3) Pesakit diminta untuk rendam denture dalam air sekiranya tidak memakainya di malam hari
Pemilihan warna gigi (shade) yang sedikit kekuningan penting, alasannya untuk kelihatan lebih natural kepada patient yang berusia |
Rendam dalam air untuk elakkan pengecutan
Demikian sahaja sedikit pengalaman yang dapat kami kongsikan bersama..kami masih budak baru belajar,masih banyak lagi yang perlu diterokai dan dipelajari..Apa yang penting kena sentiasa kuat semangat untuk berjaya. Sebelum mengakhiri entry kali ini, ingin sekali kami kongsikan bersama luahan seorang abang senior kami. Tiap butir kata-kata beliau sungguh mendalam maknanya kepada kami..
|
"Kod student bila dah masuk clinical years:
Kamilah dentist, start dari end treatment, management, semua kami buat.
Kamilah dental nurse, prepare chair, instrument, disinfect, berlari cari dr, dsa bagai, call patient, buat appointment, susun kemas file.
Kamilah dental technician, 12 denture sahaja, start dari end sampai review, kadang2 ada patient give up x nak dtg sebelum review, buat kes baru lg, kerja kat lab overtime, azan magrib baru nak start moto balik asrama, tu pun bawak balik gigi nak susun kat bilik.
Kamilah medical student, kena blajar anatomy, physio, biochem, gmgs, pharmaco dll. Kalau gagal exam gmgs xpe, jumpa lg tahun depan.
Dulu kami cuti 2 mggu setiap 2 block, xde study week, xde gap antara paper, 8 paper sahaja, kalau bleh x nak cuti sebab nak kejar requirement.
Tp kami bersyukur, benda2 tu lah ajar kami jadi dentist muslim yang berjaya satu hari nanti. Minta maaf kepada siapa yang terasa hati kata kami sombong, mungkin kami penat x sempat layan semua."
No comments:
Post a Comment