Sunday, 1 February 2015

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 1

Tunjuk ajar dari para technician yang dedikasi.
Lokasi: Makmal plaster, Kulliyyah of Dentistry, UIAM
Tahukah anda? Gigi palsu penuh (complete denture) yang dibuat untuk mereka yang langsung tiada gigi (edentulous) mempunyai beberapa langkah yang panjang. Oleh itu, tidak hairanlah proses pembuatannya mengambil masa yang lama. Walaupun di klinik swasta, biasanya memakan masa 1 bulan.

Dalam subjek prosthodontics, kami mula berjinak-jinak dengan proses pembuatan gigi palsu penuh ini. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti langkah-langkah ini.

Untuk memudahkan bicara, apa kata bayangkan anda seorang pesakit yang nak buat gigi palsu penuh ini. Anda datang ke klinik gigi. Apa yang doktor akan buat?

Sekurang-kurangnya, anda memerlukan 4 kali lawatan!


LAWATAN PERTAMA
1) Pengambilan latar belakang berkaitan dengan kesihatan, ubat-ubatan dan sebagainya yang berkaitan
2) Rancangan rawatan - jika perlu membuat gigi palsu penuh, maka pengambilan impresi yang pertama akan dilakukan.
3) Pengambilan impresi pertama (primary impression).

Proses pembuatan replika pertama. Untuk latihan, kami gunakan mould saja, bukan stock tray.
Impresi pertama dilakukan dengan memasukkan dulang tekap (stock tray) yang berisi dengan bahan impresi (impression material) ke dalam mulut pesakit, bahagian atas (maxillary) dan bawah (mandibular). Bahan impresi pada mulanya lembut, kemudian akan mengeras dalam mulut pesakit sekitar 1-2 minit; bergantung kepada pemilihan bahan. Apabila telah mendapat impresi bentuk mulut pesakit, dulang ini akan dibawa ke makmal plaster untuk membuat replika pertama (primary cast).

Setelah selesai replika pertama, dulang spesial (special tray) akan dicipta pula untuk kepadanan yang maksimum dengan saiz mulut pesakit itu sendiri. Dulang spesial ini mempunyai bentuk yang unik, di mana ianya tidak boleh dikongsi dengan pesakit lain, kerana bentuknya hanya sesuai dengan seorang sahaja.

Penyediaan dulang spesial yang memakan masa kira-kira hampir 2 minggu untuk disiapkan
(warna kuning) bagi kami yang baru belajar ni T.T
Antara langkah-langkah yg perlu dibuat dalam penghasilan dulang spesial. Iaitu 'trimming'

LAWATAN KEDUA
1) Mengambil impresi kali ke-2 (secondary impression) atau dikenali dengan impresi terakhir (final impression). Bahan impresi ke-2 ini diletakkan di atas dulang spesial, lalu ditekap ke dalam mulut pesakit. Kali ini, pemerhatian terhadap ketepatan struktur dalam mulut perlu lebih teliti berbanding semasa lawatan pertama.

2) Dulang spesial yang telah siap bersama rakaman impresi dibawa ke makmal untuk membuat replika master (master cast).

3) Di makmal juga, tapak sementara (temporary base) akan disiapkan berdasarkan replika master. Tapak sementara itu kemudiannya akan diletakkan lilin pemodel (modelling wax) di atasnya untuk membentuk gigitan rim (bite rim).

Replika master sama seperti replika pertama. Cuma bahannya berbeza, iaitu berwarna hijau (dental stone).
Ianya lebih keras berbanding yang berwarna putih (plaster of paris).

Replika master (hijau) dan tapak sementara bersama gigitan rim
LAWATAN KETIGA
1) Percubaan gigitan rim di dalam mulut. Pesakit diarahkan untuk mengigit, kemudian garisan senyum (smile line) akan direkodkan di lilin itu.
2) Ukuran dan dimensi muka serta yang berkaitan diambil untuk mendapat saiz gigi palsu (denture) yang tepat dan serasi dengan saiz mulut pesakit.
3) Pesakit akan diberi pilihan warna impian untuk gigi yang bakal dipakainya. Dan, bahan gigi juga boleh diminta diperingkat ini, sama ada nak yang mahal atau yang murah.
4) Kemudiannya, gigitan rim dibawa ke makmal. Ukuran akan diterjemahkan ke articulator (tak tahu nak terjemah apa) untuk proses pemasangan gigi (setting teeth).

Gigi palsu yang belum dipasang
Proses pemasangan gigi

LAWATAN KEEMPAT
1) Percubaan gigitan rim yang telah siap dipasang gigi kepada mulut pesakit.
2) Pengolahan dan segala ubah suai serta pembaikian terakhir akan dilakukan diperingkat ini.
3) Setelah selesai semuanya, gigitan rim bergigi akan dibawa ke makmal untuk proses memasak.

Antara alatan yang digunakan

Dan, dan dan... bersambunglah di post akan datang. Pengajian kami di block 1 terhenti di sini.

No comments:

Post a Comment