Pada 12 Oktober 2014, seramai 30 orang peserta telah diberi peluang merasai pengalaman menunggang kuda melalui program Horse Riding anjuran DENSS. Program ini diadakan di Tanjung Lumpur, iaitu di Pusat Equestrian Pahang bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Kesemua peserta bergerak ke destinasi menaiki bas UIA. Setibanya di sana, kami diberi taklimat ringkas oleh penyelia tempat tersebut. Kami dikenalkan dengan beberapa perkara asas berkenaan aktiviti berkuda ini. Menurut penyelia tersebut yang selesa dengan panggilan ‘cikgu’, aktiviti berkuda merupakan aktiviti yang memerlukan kos yang tinggi. Tidak hairanlah aktiviti ini kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita walaupun ia merupakan aktiviti sunnah. Selain itu, cikgu juga memperingatkan kami berkenaan pantang larang apabila berinteraksi dengan kuda, salah satu daripadanya elakkan daripada lalu di belakang kuda kerana ia akan mengesan kita sebagai musuh,make akibatnya satu sepakan padu yang mungkin akan perolehi nanti.
Kemudian kami dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberi seekor kuda untuk digunakan sepanjang sesi. Kuda-kuda tersebut bernama :
Kaya
Sneeze
Chick
Goldie
SS
Makitta.
Saat saat kedatangan dan kegembiraan kami semua |
Aktiviti pertama yang perlu dilakukan adalah membersihkan bulu dan ladam kuda. Aktiviti ini diberi nama horse grooming. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua alat iaitu berus dan pencungkil kotoran. Setiap peserta diberi peluang untuk membersihkan bulu dan ladam kuda tersebut. Bermacam-macam gelagat dapat dilihat terutamanya semasa cubaan mengangkat kaki kuda. Ada yang sudah puas memujuk, namun tetap juga tidak diangkat kakinya. Ada juga yang terkena libasan ‘sayang’ ekor kuda semasa cubaan mengangkat kaki belakang kuda tersebut. Kasihan. Pastinya sebuah pengalaman yang baharu bagi setiap peserta program ini.
Sekali lagi, ahli eximius bersama kuda-kuda mereka yang jinak dan degil pun ada |
Aktiviti membusukkan diri...jom bersihkan apa yang patut! |
`Hurm, susah juga nak jaga kuda ni` -shah si baju merah- |
Sebelum mengakhiri liputan ini, jom kita dengarkan sedikit ulasan daripada para peserta kita...
‘Cuba sekali mesti nak try lagi (y) sangat fun and even beginner pun belajar dengan cepat dgn bantuan instructors yg sgt membantu’- Nur Shafiqah
‘Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, malah bukan sahaja boleh mencergaskan badan tapi juga sebahagian daripada sunnah rasulullah SAW’- Izzati
‘Bila kita dekat dengan kuda nie, timbul perasaan sayang sgt dekat dia.. satu perasaan persahabatan yg terjalin.. mcm best.. salah satu anugerah Allah bagi bila kita faham yg Allah jadikan semua ini utk manusia.. x sia-sia.. indah sgt ciptaan Allah.’ - Suhaili
‘Binatang pun punye hati dan perasaan’- Ajmal
‘Nk blajar tunggang kuda, kita perlu jangka masa yg lama..kalau salah teknik bole sakit pinggang.. Tapi kita reflect semula, pemimpin umat islam, ketua perang, ketua hakim dll..tp still ada masa nk belajar benda yg simple mcm ni even dh berumur..sbb dia bkn fikir utk diri sendiri..tp utk ummat..’- Shan
Terima kasih daripada kami...Horse Riding memang sentiasa di hati,,,>.< Tahun depan nak lagi !!! |
Sumber gambar: Dental Student Society Facebook
Abg Hafiz...>.<
ReplyDeleterindu nya kuda yang Goldie saya
ReplyDeleteSaya pun rindukankalian semua,jangan lupa datang sini lagi ya!
ReplyDeleteJemput lah datang lagi ke sini. Kuda kuda disini sentiasa menanti kehadiran kalian.:)
ReplyDelete