Thursday 12 November 2015

[Laporan Aktiviti] Iftar & Solat Hajat Blok 1, Tahun 3


oleh Camellia


Ahli eximius yang semakin meriah :-)

Saat ini, salah satu tanda kiamat yang paling dirasai ialah masa yang terasa amat singkat. Pejam celik pejam celik, ehh, dah masuk tahun 3 rupanya. Tadaaa, end of block 1 exam dah pon berakhir.
Ceritanya, biro dakwah dan tarbiah eximius yang mantap (biro lain pun tak kurang hebatnya) dengan gigihnya menganjurkan majlis iftar dan solat hajat untuk sama-sama mendoakan kecemerlangan dan merapatkan kizuna. Ahli-ahli biro dibahagikan dan tulang empat kerat  dikerah untuk menjayakan program. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu sama ada secara terus atau di belakang tabir.


Usai solat maghrib berjemaah, kami dihidangkan dengan santapan rohani oleh ketua batch kami yang disegani iaitu brother Amnan.  Perut dah makan, hati pun dan makan. Masuk waktu isyak, terus kami semua solat berjemaah.

Event yang paling cun ialah sewaktu letter exchange. Kredit untuk orang yang mencadangkan. Excited semua orang bila dapat surat masing-masing. Ada yang terkejut, gembira, sentap dan macam-macam lagi. Konsepnya, semua orang akan cabut satu nama dan tulis surat untuk support orang berkenaan dan masukkan ke dalam sampul surat khas tanpa  perlu mendedahkan identiti pengarang surat. Style kan? Masa ni la bakat-bakat kreatif mencurah-curah. Buktinya….



Rasa jealous pun ada juga pabila melihat surat-surat orang lain yang comel-comel tapi, isinya lebih berharga dari rupanya. Bonus bagi mereka yang dapat surat comel. Akhirul kalam, biro dakwah boleh la plan untuk buat lagi program ni. Kita ada 3 blok lagi untuk tahun ni. Jom Berjaya dengan cemerlang diiringi berkat Allah.











No comments:

Post a Comment