Antara tugasan dalam subjek DPH: Uruskan program OHE untuk kanak-kanak yang datang ke KOD |
Selamat tinggal makmal simulasi. Juga si dummy yang bukan saja tiada lidah, tiada air liur bahkan penuh sabar membuka mulutnya sebesar besar alam tanpa dipinta. Tahniah juga buat adik-adik yang berjaya melepasi tahun 2. Yang masih kena resit exam tu, jangan berputus asa. Masih ada peluang buat anda untuk menjejaki alam klinikal bulan 9 nanti. Anda boleh!
Bahagian pendahuluan ni, eloklah saya ceritakan dulu berkenaan kurikulum tahun 3 dari perspektif sebagai seorang senior (bukan formal dari KoD). Serius sikit. Secara keseluruhan, ada 10 subjek yang dipelajari di tahun 3, dibahagikan mengikut tema iaitu 2 medical & 8 dental:
Kategori ini terdiri daripada 2 subjek utama, iaitu GM & GS. Kalau yang adik adik selalu dengar kami sebut GMGS GMGS tu, haa. Sebenarnya, GMGS tu 2 subjek yang berasingan. Tapi kerana setting nya lebih kurang sama, maka sebab tu selalu sebut serentak, iaitu GMGS. Manakala subjek ENT pula adalah sub-speciality dibawah GS, tetapi akan dibimbing oleh pensyarah specialist ENT. Sewaktu sesi 2015/2016 & 2014/2015, tahun 3 belajar ENT semasa block 3 sahaja.
Kedua-dua subjek ini dikendalikan oleh pensyarah dari Kulliyyah of Medicine. GM lebih dikenali dalam kalangan student medic dengan panggilan Internal Medicine (IM). So, kalau adik adik nak cakap dengan kawan-kawan medic, sebut je IM, jangan sebut GM (diorg tak biasa guna istilah ni). Kalau GS pula, diorg biasa panggil "Surgery" je.
Untuk dental, kita panggil "General" sebab kita ada Medicine yang tak general iaitu Oral Medicine dan ada subjek Surgery yang tak general juga, iaitu Oral Surgery.
Biasanya kedua-dua subjek ini akan dipelajari satu hari saja dalam 1 minggu, iaitu hari Rabu. Idealnya (seperti dalam jadual) akan ada kelas lecture di JHC pada pukul jam 8-9 am (utk GS) dan 9-10 am (utk GM). Selepas masa itu, adalah free! Ehh, banyak lah ko nak sesi free, tapi sesi bedside teaching. Lebih lanjut berkenaan bedside teaching ni akan diceritakan dalam pos yang akan datang.
DENTAL
Untuk subjek dental, adik-adik tahun 2 dah familiar dengan cons, prostho & DPH, kan? So kami tak nak cerita dah subjek tu disini. Pasal petua-petua klinik, insyaAllah akan ada lagi post akan datang.
Periodontics adalah subjek berkaitan dengan soft tissue. Soft tissue yang utama dalam mulut adalah gusi. Periodontics ni subjek yang belajar pasal kesihatan gusi. Fokus rawatan utama dalam periodontic ni selain oral hygiene education (OHE) & oral hygiene instruction (OHI), adalah scaling. So, bila nampak akak-akak dan abang-abang tengah scaling dan polish dengan semangat dalam klinik, maksudnya diorg tengah clinic periolah tu.
Lecturer yang specialist in perio: Dr Suhaila, Dr Munirah & Dr Wido
Paediatric dentistry adalah subjek yang deal dengan kanak-kanak (kalau kat kod boleh start dengan yg berusia 5 tahun hingga 12 tahun). Disebabkan semasa di year 2, kita tak praktis dengan gigi susu lagi, maka di tahun 3, adik-adik dapat la masuk simulation lab lagi untuk praktis dengan saiz gigi yang kecil tu. Dah block 4 nanti baru boleh start panggil patient kanak-kanak. So, tak payahlah nak rindu sangat dengan simu lab tu, okay? ;-)
Lecturer yang specialist in paeds: Dr Asilah, Dr Yunita, Dr Susi, Dr Faisal, Dr Zaiti
Nissin Jaw model untuk paeds |
Lecturer yang specialist in OP: Dr Omar, Dr Muhannad
Oral Surgery (OS) subjek yang agak menarikkk tapi seram sebenarnya. Haha. Inilah masa dan ketikanya nak berlagak jadi hero macam dalam movie tu sikit-sikit. :P Boleh cabut gigi orang, dan kalau anda orang terpilih, dapat la assist specialist yang buat surgery on the spot tanpa diduga. (Hehe, anda akan faham ayat ni bila dah start cabut gigi nanti)
Lecturer yang specialist in OS: Dr Adilah, Dr Haszelini, Dr Khairul Bariah, Dr Pram, Dr Dato Tee
Kepuasan mencabut gigi hanya si pelaku yang tahu. Gambar sudah dapat keizinan patient |
Lecturer yang specialist in ortho: Dr Noraini, Dr Hajjar, Dr Iswan
Antara projek untuk ortho. Get ready juniors! Hehe |
Hari rabu = hari warung aja, hoho
ReplyDeleteOrang kata kalau bab makan ni tak perlu pesan haha. Tapi memang Wajib singgah warung aja lepas balik dari HTAA. Pelbagai Kalau tak sempat, singgah makan nasi ayam di kantin hospital pun bestt juga.
Delete