Kenapa bukan semua akak-akak dan abang-abang ni ada set lengkap? Kenapa ada yang beli, ada yang tak beli? Sebenarnya, apa je barang yang perlu untuk year 3 nanti?
Okay, inilah skop post kali ini. Untuk memudahkan kita buat pembahagian ye. Tapi, tapi sebelum tu, amaran dan peringatan. Post ini bukan rasmi dari mana-mana pihak KOM atau KOD. Hanya secebis dari senior kepada junior sahaja. Tidak langsung bertujuan menjadi juru cakap mana mana pihak.
BUKU RUJUKAN
Nak tak nak, bila masuk je tahun 3 ni, haruslah berjinak-jinak untuk membaca buku. Dah tak boleh lagi bergantung kepada lecture notes kerana sudah terbukti kadang-kadang yang masuk exam akhirnya tak ada pun disebut dalam lecture notes. Jadi, rajin-rajinlah membaca buku kontemporari ini dan pilihlah untuk beli apabila ada buku yang berkenan dihati. Serius berbaloi.
Diingatkan sekali lagi, senarai disini hanyalah saranan, jadi, adik-adik bolehlah cuba pinjam dari library atau seniors atau baca dulu ebook yang ada; kemudian buatlah pembelian sekiranya adik-adik berselera dengan buku tersebut. Ianya bersifat personal preferance kadang-kadang tu.
Required:
1) GS - Browse's Introduction to Sign & Symptoms of Surgical Disease (highly recommended by most of GS lecturers. Mr Faidzal pernah berpesan kepada kami, dapatkanlah buku ini dengan apa cara sekalipun -- pinjam, beli atau curi -- nampak tak betapa pentingnya buku ini :-P )
2) GM/GS - Talley O'Connor Clinical Examination (highly recommended by most of GM lecturers)
3) GS - Garden (Davidson's series), Principle and Practice of Surgery (highly recommended by Mr Sharmizam)
Recommended:
1) GM - Harisson's Principle of Internal Medicine (Recommended by Dr Aida, GM lecturer) [link]
2) ENT - Dhingra's Disease of Ear, Nose & Throat (Recommended by Dr Shamim, ENT lecturer) [link]
3) GM - Oxford Handbook of Clinical Medicine (Recommended by Dr Pram) [link]
4) GM - Kumar & Clarks's Clinical Medicine [link]
5) GM - Davidson's series, Principle & Practice of Medicine [link]
6) GM/GS - Macleod's Clinical Examination (Recommended by Dr Pram) [link]
7) GM - Clinical Practive Guidelines (CPG) - pelbagai tajuk khas, terbitan KKM. Boleh download versi ebook di webpage KKM.
Helpful, but not really recommended by lecturers (tapi yang ni lah kegemaran banyak seniors >.<):
1) GM/GS - Alia's Physical Examination
2) GS - Doctrina Perpetua Clinical Surgery
3) GM - Inam Danish Internal Medicine
4) GM/GS - Notes senior medic IIUM (Najibah) etc etc dan lain lain yang fotostat - yang ni boleh dapat dari senior sendiri
Dental ebooks
1) Endo - Torabinejad Endotontic Principle & Practice (Recommended by Dr Haikal & Dr Imran) [link]
2) Endo - Cohen's Pathway of Pulp (Recommended by Dr Haikal) [link]
3) OS - Scully's Medical Problem in Dentistry (Recommended by most of OS lecturers) [link]
4) OS - Contemporary OMFS, James Hupp [link]
5) OS - Local Anesthesia in Dentistry [link]
6) OP - Neville Oral & Maxillofacial Histopathology (Recommended by Dr Omar) [link]
7) Ortho - An Introduction to Orthodontics [link]
8) Paeds - Paediatric Dentistry [link]
9) Perio - Carranza's Clinical Periodontology [link]
BARANG UNTUK PHYSICAL EXAMINATION (PE)
Barang untuk PE ni, tak dapat nak asingkan yang mana yang required atau recommended. Lagi best kalau ada yang sendiri, tak perlu pinjam-pinjam supaya tak ada isu tertukar, teringgal, terambil orang punya, terlupa nak pulangkan, rosak, dan macam-macam lah.
Kalau nak mudah, get ready semua set barang-barang ni dalam beg khas bila masuk ward. Bila jumpa je patient yang sesuai, terus dapat buat.
1) Stethoscope (apa-apa brand, asalkan boleh dengar dengupan jantung dah baik)
2) Tendon hammer
3) Tali inci
4) Pentorch
5) Neuro kit (lebih baik korang buat set sendiri je, mudah sangat. Jimat pun jimat okay)
6) White coat
7) Kertas hitam untuk test transillumination
8) 2 pembaris untuk check raised in JVP
No comments:
Post a Comment