Sisters eximius bersama staff yang baik kerana paling banyak bersabar dengan kerenah year 3 ni.. hee |
Setelah berhari-hari demonstrasi tunjuk ajar di klinik, ditambah dengan lectures selama 2 jam setiap hari, maka tibalah saat-saat yang diketahui ramai, mampu meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah iaitu peperiksaan akhir blok 1 (End of Block aka EOB).
Kali ini, tahap susah ditingkatkan lagi. Well, life is more adventurous when it is decorated with challenges.
Jumlah subjek yang perlu dikuasai pada tahun ini ditambah daripada 6 (year 2) kepada 10 (year 3). Namun, kami sangat-sangat bersyukur kerana tidak lagi dipertemukan dengan GM dan GS dalam peperiksaan EOB 1 dan EOB 2.
FYI, dunia klinikal mempunyai cabaran yang berbeza di mana tekanannya terletak pada requirement kes yang perlu diselesaikan dalam setiap subjek. Pelajar perlu berada pada tahap yang tertentu untuk melayakkan diri ke peperiksaan akhir (3rd Professional Exam). Tetapi, kualiti rawatan juga perlu diutamakan. Treat the patients the way you are treating your family. Manage the schedule and arrange the appointment with your patients wisely to prevent wasting of the clinical slot. Every slots is very precious that it will not be replaced anymore.
CLINICAL REQUIREMENT
Bermula dari kami, batch ke-7 ini, jumlah clinical requirement dah berkurangan iaitu minimal clinical experience (MCE). Bak kata Dr Kais dulu, 50% discount dah. Pun begitu, masih terasa ke-senak-an perut semasa menyiapkan denture di lab. Episod balik lambat ke bilik setiap hari pukul 7 malam bermula setelah masuk je week 7 blok 1. Tu pun nasib baik technician halau kitorang balik. Kalau tak, alamatnya sampai 10-11 malam di lab lah agaknya. Tak dapat terbayang dek akal kami macam mana seniors boleh survive dengan 3 dentures dalam masa 3 blok di tahun 3 sebelum ini!
Prostho - 2 dentures
1 sharing case with you clinical partner, 1 case alone. Walaupun bunyi sikit, tapi serius jangan ambil mudah. Macam-macam boleh berlaku dalam mana-mana stage. Untuk selamat, jangan sengaja burnkan mana-mana sesi prostho terutamanya sengaja untuk siapkan kerja lab. Kisah benarnya, ada di kalangan kami yang kena ulang secondary impression saja sampai 3 visits. Try-in 2 visits. Issue 3 visits. Ataupun, ada tu dah okkk semua, tetiba di hari issue, denture bawah saja tak fit. So kena ulang semula semuaaaa langkah dari secondary impression. Boleh bayang berapa lagi extra visits untuk prostho?
Baik korang invest masa weekend ke, petang-petang setiap hari, untuk siapkan kerja prostho supaya dapat bersenang lenang dikemudian hari. Eh, bukan bersenang, tapi berfokus kepada GMGS jeeee nanti. Tapi jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah bebanyak sebab kadang tu, bukan sebab korang yang buat kerja lambat atau tak cekap, tapi banyak masalah "sumber" lain. Masalah tak de patient, bahan kat lab, material set tak cantik, denture porous, barang hilang, tertukarlah, berebut mesin, dan macam macam lahh. So don't too selfish, but don't forget yourself as well. Kadang-kadang boleh dapat "balasan" cash kot.
Benda yang jadi rebutan semasa prostho clinic |
Oral Surgery - 5 extraction
5 cabutan gigi, dan 1 kena ada kes inferior dental block injection. Klinik OS bermula agak lambat iaitu semasa block 2. Block 1 ada discussion yang asyik kena basuh dengan dr OS sebab banyakkk lupa anatomi yang dah belajar masa year 1. Heheh. So baik korang ulangkaji siap-siap anat head & neck terutamanya nerves tu sebelum sesi "klinik" OS di block 1. Serius berbaloi, sekurang-kurangnya jantung korang tak de la rushing sangat nak mengepam darah tu bila duduk depan dr KB. Heheh. Btw thanksss dr KB for your teaching style make us more motivated to study :-)
Lain macam je bila nampak forceps ni. Almaklumlah dulu tak guna kat simu lab kan. Hehe |
Biasakan dulu dengan posisi tangan untuk cabut gigi di model |
Praktis jahit suture antara requirement dalam OS juga |
Conservative Dentistry - 30% of all requirement
Cons kena tampal lebih kurang 12 batang gigi. Kena rawat sekurang-kurangnya 3 patients. Walaupun nampak macam sikit, tapi korang akan tahu betapa panjangggg proses E&D (examination & diagnosis) untuk cons. Kekadang boleh makan sampai 3 visits, just for E&D, guys. Huhu. Btw, plan dengan baik nak panggil patient apa utk hari mana.
DPH
2 patients utk OHI & OHE (4 visits to DHE room)
2 patients utk diet advise
2 patients utk topical fluoride
2 case utk fissure sealant
1 tobacco caessation
1 complete case (last visit plaque score kena kurang dari 30%)
DPH ni tak de clinic spesifik. Kena curi-curi pergi bilik DHE semasa klinik subjek lain. Walaupun nampak macam mudah, tapi jangan pantang sebelah mata. Tak mudah nak "paksa" patient untuk kurangkan plaque score tau! ;')
Akan ada beberapa siri demo terlebih dahulu sebelum mula klinik.. jadi kena simpan sikit excited tu hehe |
Periodontics - 5 case
Klinik perio biasanya year 3 akan handle kes gingivitis. Kena buat scaling & polishing untuk 5 orang patients. InsyaAllah clinic perio paling tak ada masalah bab requirement ni. Hee.
Pastikan komunikasi yang berkesan dengan partner klinik anda supaya tidak berlaku salah faham :P |
Paediatrics - No specific requirement
Klinik paediatric mula di block 4, tapi tak ada spesifik requirement yang kena kejar. Cuma jangan bazirkan ia sewenang-wenangnya supaya tidak menyesal dikemudian hari. Tapi block 4 tu semua orang macam tengah demam GMGS kan. Heee. Silap sepak batu boleh melatah keluar "oh.. GMGS" :P
Sesi demo demo demo di klinik paeds |
Orthodontics - No clinic
Wire bending free form, 1 upper hawley retainer, 2 upper removable appliance. -- yang ni kerja lab yang kena buat untuk subjek ortho. Walaupun tempoh masa macam lama untuk siapkan, tapi jangan buat last minit, sebab kerja bengkok-bengkok wire ni tak semudah yang disangka ye. Kekadang tengok technician buat nampak mudah tapi hakikatnyaaaa. Hmmm. Sekurang-kurang ada la 1-2 jari yang berdarah nanti tu. Haha
Dan yang menarik untuk ortho nanti kena buat 1 E&D untuk partner klinik. So korang akan ambil xray lateral ceph partner, impression & buat tracing bagai & present.
URA 1 |
Sorry KOD terbazir T.T . Huhu banyak betul wire yang diperlukan untuk buat Adam's Clasp ni ye |
Realiti tak seindah demonstrasi.. Oleh itu jangan bertangguh-tangguh kerja :P |
GMGS & OP EXAMINATION (Again, GMGS. Haha, still tak boleh move on kan :P)
Jeng jeng jeng.
Tibalah masa untuk EOB 3 atau nama lainnya Pre-Professional Exam 3. Kali ini, hanya 3 subjek yang akan diuji iaitu GM, GS dan OP dari segi teori. Yup. Only 3 subjects. But there is GM and GS
(p/s: please read in a frightening tone. Huhu).
Kena teropong benda benda ni bebanyak utk OSPE nanti |
Okay, so by the end of block 4, get ready with "beta blocker" if you want to maintain your heart rate, at least in these events:
1) Tunggu list name keluar untuk eligible tak, untuk masuk exam sekiranya tak sempat siap clinical requirement
2) Tunggu result viva OP
3) Tunggu result final OP
4) Tunggu list name keluar untuk giliran clinical exam for GMGS
5) Tunggu giliran di bilik pre-quarantin untuk masuk clinical exam for GMGS
6) Tunggu re-exam for clinical exam GMGS (if failed clinical component)
7) Tunggu result final either PASS or FAIL untuk GMGS
But please show your love to OP too. Bagi sesi kali ini, format clinical exam bagi subjek GMGS telah ditukar sedikit. Hanya ada 1 modified short case selama 20 minit untuk setiap subjek. There’ll be a brief clerking, physical examination and discussion. 2 examiners and 1 chaperone will be accompanying the student and the patient. Lup-dup-lup-dup. Kadang-kadang boleh dengar heart murmur diri sendiri kottt. Haha
Random listname of grouping will be given just before the day of exam. It will be held in two days. You’ll be quarantined while waiting for your turn. Dr Haikal was very supportive and he always gave us motivation while waiting. But then, the heartbeat won’t slow down.
Well, that was our very first experience of clinical exam as pre-pro only covers the theory part. The patients and examiners that you’ll get depends on Allah. So pray hard and do your best.
No comments:
Post a Comment