Friday, 17 July 2015

All About Year 2, 2014/2015

Semasa demo penghasilan metal RPD framework
Bagi yang masih belum baca post-post yang berkaitan dengan aktiviti akademik di tahun 2 ni, jemput ke post berikut:
Part I - Subjects year 2 [1]
Part II - Prosthodontics laboratory works [1] [2]
Part III - Conservative dentistry - on dummy teeth [1]

Selamat datang ke tahun ke-2 pengajian di Kulliyyah of Dentistry.
Tahniah kepada adik-adik junior yang berjaya melepasi tahun 1 selepas menduduki peperiksaan professional baru-baru ini. Kepada yang masih belum pass, anda masih ada peluang ke-2. Jangan terlalu sedih, dibimbangi fokus terhadap kertas seterusnya terganggu pula nanti.

Apapun, diucapkan selamat hari raya aidilfitr terlebih dahulu. Post ini bertujuan nak titipkan beberapa pesanan buat adik-adik junior, walaupun yang menulis ini bukanlah yang terbaik dalam kalangan eximius the seventh.

5 NASIHAT SENPAI BUAT KOHAI

Pertama,
Adik-adik berhak rasa sedikit excited nak naik tahun 2. Pengalaman pertama bermain handpiece, sembur-sembur triple air syringe kat muka kawan atau muka sendiri, dapat pegang instrument yang banyak tu, memang mengujakan. Mana tidaknya, semasa tahun 1 dulu, cuma jenguk-jenguk makmal simulasi dari luar saja. Bahkan pengajian hanya terbatas di dua tempat je, iaitu kelas bilik darjah dan makmal untuk histologi. Di tahun 2, ada pertambahan 2 tempat yang boleh diterokai iaitu makmal simulasi dan curing room. Pun begitu, sentiasalah berusaha menjaga kebersihan dan kekemasan semasa bekerja, kerana anda akan berkongsi plaster room dengan senior lain juga. Bahkan, kalau dah jadi senior pun nanti, kebersihan tetap kena jaga.

Kelengkapan semasa pertandingan dental olympic NDSSC 2015

Kedua,
Sentiasa melakukan persiapan awal. Contoh, mula kumpul gigi-gigi sebanyak mungkin dari klinik yang dapat dicapai. Kalau lebih lagi bagus, berkongsilah dengan kawan-kawan yang tak ada. Pun begitu, ini tidak bermaksud untuk duduk goyang kaki tunggu ihsan dari kawan-kawan nak bagi free gigi tu. Usaha dulu. Tanamkan dalam minda, yang memberi itu sentiasa lebih baik dari yang hanya menerima.
 
Ketiga,
Semasa di tahun 2 ini, adik-adik perlu bermula pengukuhan jati diri dan nilai-nilai murni terutamanya seperti tidak mementingkan diri sendiri. Tinggikan common sense. Apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat. Tolong kawan-kawan yang lambat bergerak, bukannya mendabik dada andalah orang pertama yang siap sesuatu tugasan. Jangan suka bertangguh kerja, dan jangan asyik harapkan bantuan dari kawan-kawan sebatch. Walaupun kawan-kawan sentiasa menghulurkan bantuan sekalipun, akhirnya ilmu di dada sendiri dan segala kemahiran dihujung jari sendiri jua akhirnya.

Makmal simulasi, khas untuk pelajar tahun 2 pergigian

Keempat,
Di tahun ke-2, bermulalah pintu gerbang ke dunia sedikit kedentalan, berbanding dengan tahun 1. Barang-barang inventory yang dapat pun banyak. Jaga barang-barang itu sebaik mungkin, ianya amanah. Jangan guna barang orang lain sesuka hati tanpa kebenaran. Jika barang anda hilang, jangan curi barang orang lain sesuka hati...

Kelima,
Sentiasalah hormati pensyarah yang mengajar, terutamanya pensyarah-pensyarah penasihat di makmal simulasi. Percanggahan pendapat antara pensyarah-pensyarah biasa je akan berlaku, kerana kepelbagaian itu ada. Apa yang penting sebagai penuntut ilmu, terima dan dapatkan rasional disebalik sesuatu kemudian peganglah ia sebagai prinsip. Pun begitu, bersedialah mengubahnya jika ada penerangan yang lebih asoh.

Temporary crown fabrication

PENSYARAH-PENSYARAH KAMI...
Kami titipkan nama-nama pensyarah disini untuk rekod ingatan kami buat mereka..
Hari-hari terakhir di makmal simulasi bersama lecturers

Cons & Fixed Prosthodontics
1) Dr Haikal Halil
2) Dr Anisa
3) Dr Way
4) Dr Kyaw
5) Dr Wan Nik Nor Nazayan
6) Dr Wan Azila
7) Dr Hikmah
8) Dr Syuwari - trainee lecturer
9) Dr Rustam - trainee lecturer
10) Dr Imran - trainee lecturer

Prosthodontics
1) Prof Bazirgan
2) Dr Anis Zafirah
3) Dr Karimah Wahida
4) Dr Wan Nor Hayati
5) Dr Sulhi - trainee lecturer

Dental Material
1) Dr Thulfiqar Ali
2) Dr Haidil Akmal

Pathology
1) Dr Ghasak Ghazi
2) Prof Aung Gyi

Pharmacology
1) Dr Basma Ezzat
2) Dr Lim Chin Choon
3) Prof Syed Zahir Idid

Microbiology & Immunology
1) Dr Sola
2) Dr Basma Ezzat

*P/s: Doakan kami yang masih bergelut dengan kertas peperiksaan re-seat ogos ini dan tempuhi tahun 3 dengan jayanya pula..

6 comments:

  1. Prosthodontic :
    Dr Sulhi (trainee)

    ReplyDelete
  2. satu lagi nak tambah. datang awal lab! sebab jam tu cepat drpd jam normal. kalau lambat... bersedia untuk dihukum haha.
    apa-apa pun berusahalah tepati masa tak kira apa2 event pun, kelas, meeting, function etc kerana masa adalah amanah dan salah satu ciri-ciri mukmin sejati adalah yang menjaga amanahnya :)

    ReplyDelete
  3. Arigatou gozaimasu senpai ������
    Akiraminai ����

    ReplyDelete
  4. Nak tmbah, staff nurse yg incharge utk simulation lab ada 2 org, satff nurse fatimah dgn zainab. Staff nurse fatimah blh panggil 'staff nurse imah'. Pastikan jgn panggik kak imah, dia x suka.
    Utk technician prosto pulak, yg korang kena kenal, Pak Cad (Haji Arshad), En.Asri, Bro Mukhlis, Bro Jef, Kak Fatin. En. Asri jgn panggil dia Bro Asri, panggil 'Encik Asri'
    Harapnya, staff yg incharge ni x berubah la bila time korang. Kalau bertukar org pun, respect kena jaga, diorg ada kuasa utk bg demerit kalau ada buat salah. Karang, x pasal2 x blh msk lab seminggu
    All the best year2 nnt ✌✌✌

    ReplyDelete
  5. Pak Cad nak bersara dah bulan 8 ni

    ReplyDelete