Sunday, 2 August 2015

1st Dental Olympics




Kulliyyah of Dentistry, IIUM Kuantan menjadi satu tempat bersejarah yang wajar diingati kerana pertama kalinya dianjurkan pertandingan Dental Olympic bersempena 7th National Dental Students Scientific Conference (NDSSC) dengan kerjasama Malaysian Dental Student Association (MDSA).

Ya, inilah tujuan post ini ditulis. Jika tidak tuan rumah yang menulis, nanti sejarah akan dimamah usia. Ianya berlangsung pada 17 Mei 2015 iaitu hari ke-2 berlangsungnya 7th NDSSC di IIUM Kuantan.



Antara aktiviti yang dipertandingkan semasa Dental Olympic ini ialah
1) Radiograph interpretation (20 minit)
2) Veneer preparation (30 minit)
3) Class I amalgam cavity prep (30 minit)
4) Central incisor wax carving (45 minit)

Pertandingan ini disertai oleh 10 kumpulan yang terdiri daripada 5 buah universiti. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang. Terdapat 2 kumpulan wakil dari IIUM. Yuran penyertaan bernilai RM 30 (bagi yang bukan ahli MDSA), manakala RM 20 (bagi ahli MDSA).

Pendaftaran di hadapan makmal simulasi pelajar tahun 2 bermula seawal jam 10 pagi. Para peserta dibawa berjalan kaki dari OCD ke kulliyah sambil melawat beberapa tempat di kawasan kampus. Acara tamat sepenuhnya selepas penyerahan cenderahati kepada para juri dan sijil penyertaan kepada para peserta. Antara juri yang terlibat adalah:
1) Dr Kais Raad (Lecturer Cons, IIUM)
2) Dr Bo Bo Ko (Lecturer Oral Biology, IIUM)
3) Dr Haikal Halil (Lecturer Cons, IIUM)

Pemarkahan dikira secara kumulatif untuk kesemua aktiviti (1-4). Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang.


Peserta wakil dari IIUM  
Peserta wakil dari MMMC
Kedua-dua johan dan naib johan bagi 1st Dental Olympic kali ini dimenangi oleh MMMC. Syabas dan tahniah. Syabas juga buat para peserta yang gigih dan para penyokong yang bersungguh-sungguh memeriahkan pertandingan kali ini. Oh ya, tak lupa juga kepada para komiti yang bekerja keras bagi menjayakan pertandingan ini.

Ya, memang meriah sekali. Rugi bagi mereka yang tak turut sama semasa pertandingan ini berlangsung. Terasa seperti ramai para doktor-doktor gigi sedang bekerja serentak di tempat yang sama, terutamanya apabila diiringi simfoni handpiece yang sungguh merdu dan mengasyikkan. Semoga 2nd Dental Olympic sempena 8th NDSSC kelak akan lebih baik dari yang julung-julung kali diadakan ini!

Para peserta dan para komiti yang terlibat dalam menjayakan 1st Dental Olympic

No comments:

Post a Comment