Tuesday, 4 August 2015

Iftar Wida' - Year 2 2014/2015

oleh Camellia

Sesi istimewa bersama Dr Haikal semasa moreh
Alkisah, pada 10 Julai yang lalu, maka berlangsunglah sebuah majlis berbuka puasa Eximius bersama pensyarah-pensyarah yang disegani bertempat di Mahallah Activity Centre 1 (MAC 1). Walaupun keputusan untuk melaksanakannya dilakukan secara mendadak dan persiapan dibuat dengan sehabis baik berbekalkan segala kudrat yang ada, namun Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. 

Antara pensyarah yang dapat hadir bersama kami ialah Dr Haikal, Dr Imran sekeluarga, Dr Rustam sekeluarga dan Dr Lim Chin Choon. 

Pada hari tersebut juga telah diumumkan senarai pelajar yang terpilih untuk VIVA. Pelbagai perasaan bercampur-baur melanda, tidak kira sama ada diri terpilih atau tidak. Apa yang pasti, kami semua diserang tachycardia. Mana tidaknya, masing-masing belum tahu apakah nasib dalam second professional exam 2015 kali ini. Hanya mampu merintih dan meminta kepada Allah agar dikurniakan keputusan yang terbaik. 



Namun begitu, perasaan tersebut dihiraukan buat sementara waktu. Semua orang melaksanakan tugas masing-masing dan saling melengkapi untuk melancarkan majlis iftar ini. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Ada insan-insan eximius yang dalam sembunyi, menghulurkan derma (orang putih cakap sponsor). Jadi, semua orang dapat merasai aneka juadah berbuka dan moreh yang sangat menarik lagi mengenyangkan tanpa perlu membuat kutipan yuran dari setiap orang. Banyaknya pahala apabila memberi makanan untuk orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. 


Dr Imran yang tidak pernah jemu ajarkan kami kepentingan adab terhadap ilmu
Pada jam 7.23 petang, berkumandanglah azan maghrib menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi daerah Kuantan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Juadah disantap bersama-sama, menjadikan makanan lebih lazat dan mengenyangkan apabila dinikmati bersama-sama. Then, solat Maghrib didirikan, diimami oleh Dr Imran. 

Setelah itu, Dr Imran menyampaikan tazkirah yang meruntun jiwa-jiwa yang mendengar, penuh dengan ibrah dan peringatan untuk memperbaiki diri. Antara isi tazkirah beliau buat kami semua terutamanya bagi yang akan menghadapi VIVA ialah: 
Don’t degrade yourself too much. Ini semua ujian Allah supaya kita akan jadi mukmin yang lebih baik. Ucapkan Alhamdulillah, Allah selamatkan kita daripada situasi yang lebih teruk iaitu resit. Kalau apa yang kita baca tak keluar pun tapi yang kita tak baca keluar, our action is not in vain. InsyaAllah usaha kita tu ada nilainya di sisi Allah.

Apabila azan berkumandang, kami bersiap siaga untuk mendirikan solat Isya’, diikuti dengan solat terawih dan solat witir yang diimami oleh ahli-ahli eximius sendiri. Antara yang menariknya lagi dalam majlis iftar kami ialah waktu moreh kami dihiasi dengan tips-tips menjawab VIVA oleh Dr Haikal yang mantap lagi berpengalaman. Pelbagai teknik yang berguna dan bermakna yang dicurahkan kepada kami. 


Dr Haikal yang tak pernah penat support kami, hingga ke titisan yang terakhir :')
Antaranya ialah: 
  1. For these remaining days, instead of stuffing yourself reading the notes alone, try to VIVA simulation by asking questions to each other. Focus on basic things and questions from the professional exam that you can’t really answer
  2. When the examiners ask questions, don’t get so excited to answer them immediately. Ask for their permission politely to give a short time for you to write the key points on another piece of paper so that you can explain the answers in organized sentences. Plus, you can use up as much time as possible to answer a question so that the examiners do not have enough time to ask many questions.
    Eg: what is direct retainer (IR)? IR is a component of partial denture, (list down the other components and briefly give their functions), then elaborate about IR.
  3. Rather than only following the flow, if possible, try to lead the examiners to ask questions that we can answer by narrowing the scope of the questions.
    Eg: what is acrylic denture? ….mention that acrylic denture has a few disadvantages that lead to the preference of chrome cobalt denture over acrylic. The examiner might ask about the disadvantages and about chrome cobalt denture after that.
  4. For external examiners, try to focus on their specialty and interest. So, get to know your external examiner before the VIVA. 

Kalau nak tahu, moreh kami lain dari yang lain tau. Kami dapat makan aiskrim masa moreh!


















Moga bertemu lagi ramadhan tahun hadapan:)

2 comments: