Friday, 7 August 2015

ViVa (The Scariest things after Pro Exam>.<)

By:
TehAisBungkus










PENGALAMAN MENDUDUKI VIVA
Bismillahirrahmanirrahim.
So, merujuk kepada tajuk di atas, hari ni nak citer pasal experience abam dan hakak yang pernah melalui  viva ni . Sebelum tu mari kita flashback flow peperiksaan di KOD ni.




Flow Examination

As usual, before exam of course la akan ada study week kan. Tak mampu tulang empat kerat kami nak jawab exam tanpa ada study week. Masa kitorang year 1 dulu, study week 2 minggu. For year 1 syllabuses of which consist 4 subjects, it is actually more than enough. Akan tetapi tahun ni dorang bagi 1 minggu je untuk study 6 subjek yang bertimbun tu. Tambahan pula, jadual exam yang padat dan tak ada gap. Cer bayangkan.

Nak kata sebab GST, tak ada kaitan pulak. Hahahaa. Actually, dorang nak kejar semula jadual yang semakin hampir dengan hari raya. Disebabkan cuti antara blok dipanjangkan selama seminggu, so jadual pun dah makin ke depan. Whatever la.

Lepas exam, akan ada satu session ni. Session berdoa sepenuh hati, bertawakal kepada Allah dan cakap antara satu sama lain “wehh..cuak la esok keluar result”. Result biasanya keluar sehari selepas OSPE exam. Tu pun bukan the whole result yang keluar. Diorang just bagitau sape yang akan kena viva je, be it distinction or borderline.

Yang dapat distinction tu alhamdulillah. Dah confirm lulus. Yang dapat borderline pun alhamdulillah, at least korang tak direct fail dan kena resit exam. So tinggallah mereka-mereka yang tak tersenarai dalam viva ni. Mundar-mandir memikirkan. “Aku pass atau direct fail?” Rasa terseksa sangat menunggu full result bila nak keluar.

 Namun, hari-hari itu dipenuhi dengan doa,tawakal dan ibadah yang lain sebab nak cover balik ibadah yang tertinggal dek kerana sibuk study. Ye lah. Bulan ramadhan kan. Daripada merenung apakah result exam yang bakal diterima baik tilawah quran.
Ok. Baru mukaddimah. Tak perasan.




Pebende viva ni??

So viva ni lebih kurang macam interview. Tujuannya nak bantu korang untuk pass (bagi yang borderline). Bagi viva borderline, markah korang dalam range 45-49. Sikiiiitttt lagi nak pass. Takkanlah sebab satu markah korang kena belajar balik the whole 6 subjects kan?? So bersyukurlah kalian yang diberi peluang ni. And please don’t take this chance for granted. Memang korang akan rasa susah masa ni. Lagi-lagi bila member pergi release stress, hashtag foodporn la bagai, korang pulak study untuk viva.

Tapi ingatlah bahawa “Seorang mukmin takkan jatuh ke lubang yang sama dua kali”. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Untuk soalan viva borderline biasanya examiner akan tanya yang basic je. Sangat-sangat basic. Fokus kat topic-topik yang berkaitan dengan dental. Examiner pun ada hati perut jugak.  Tapi kalau korang tak dapat jawab yang basic memang “sakitnya tuh disini” jugak la. Tapi sebenarnya bergantung dengan examiner jugak. Sebab certain subjek akan invite external examiner dari university lain. So “beliau” la yang perlu kita risaukan. Kita tak dapat nak expect soalan apa dia akan tanya. Biasanya, subject yang ada external examiner ni kitorang akan try investigate.
 Sape dorang ni sebenarnya? Hahaha.




Ist tips: Try tanya lecturer bagaimana orangnya. Sebab kadang-kadang external examiner ni orang yang sama setiap tahun. Kadang bertukar-tukar. Bergantung. Kalau external examiner sama macam tahun lepas, lecturer subject tu boleh la kot share serba sedikit pasal beliau. Andai kata external examiner baru, sila baca tips kedua.


2nd tips: Try usha info dorang kat lawan web rasmi universiti. Masa ni la skill “stalking” anda sangat-sangat berguna. Try tengok master and PhD dia pengkhususan dalam bab apa. So korang dah boleh expect dia tanya soalan apa. Try jugak tanya member yang study di universiti tu, mana la tahu examiner tu lecturer dia kan.

Untuk yang viva distinction tu, kami sendiri pun tak tau berapa markah dorang ni sebenarnya. Power sangat kan. Sampai ada hijab. Hahaa. Tapi markah dorang ni memang gempak la. So soalan viva pun gempak jugak la. Tujuan viva distinction ni nak menetukan korang layak dapat distinction atau tak. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah sebab korang lulus.





Hari kejadian.
Be punctual. Well prepared. Relax. Doa. Tawakal.

Be punctual. Dah la viva borderline, berani pulak datang lambat. Banyak cantik. Hahahaa. Tapi seyes. Datang awal. Walaupun giliran anda lambat lagi. Giliran biasanya akan ikut list name viva tu. Sorang viva 15 minit. So walaupun giliran korang lama lagi, datang je awal. Sebab korang kena duduk dalam bilik kuarantin. Kat situ dikumpulkan semua yang kena viva. Masa ni korang jangan bodoh sombong. Korang buatlah discussion. Discuss benda-benda basic. Buat mock interview pun apa salahnya. Masa ni korang tak perlu baca notes pun. Buat serabut je. Tapi bawak je la notes tu sebagai rujukan. Kot kot la dalam discussion tu kena pulak satu soalan tu, sorang pun tak dapat jawab. “Tak pe. Examiner tak kan tanya.” Tup tup. Tu soalan first dia tanya. Menangis tak berlagu la jawabnya. Pastu, kat dalam bilik kuarantin tu tak boleh pegang phone. Phone kena serahkan kat staff yang jaga viva tu. So tak bole nak selfie, tak bole nak bajet-bajet nervous kat instagram, tak bole update status -----feeling nervous.


Itu sahajalah coretan sebagai manusia yang pernah menghadapi viva, sebenarnya ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini, esok lusa tahun hadapan atau seterusnya kita tak tahu nasib kita macam mana,so, be prepared untuk segalanya dan berusahalah hingga sehabis boleh...Jangan aim untuk viva, jangan aim juga untuk resit paper, tapi kalau nak aim untuk viva distinction bolehhh...sekian , jumpa lagi:D




No comments:

Post a Comment