Monday, 10 August 2015

Annual Dinner Eximius 2.0

Oleh:  Himitsu
Klik disini untuk: [Annual Dinner Eximius 1.0]


Vroooom…. akhirnya  kami  sampai ke destinasi kami iaitu Mint Kuantan. Baru aku hendak melangkah keluar dari isi perut kereta, sudah ada yang memanggil untuk bergambar di pintu masuk sebagai bukti permulaan aktiviti kami. Memandangkan  tahun lepas kami mengadakan dinner dalam uia, tahun nie ada yang suruh up sikit untuk buat dinner di luar.


Berlandskapkan  pantai dan bertemakan open air, kami berpuas hati dengan lokasi dinner kami. Merehatkan minda sambil menikmati pemandangan ciptaan Illahi lantas melupakan pro exam yang kian menghampiri tika itu. One of our escapism.



Hye awak2 semua, kami dah ada dekat Mint  ni:)



Kami berwefie dulu ya disini...cantiknya pemandangan dekat sini..


Peace, memang best betul restoran ni, jom lah datang ke sini...

Aktiviti pertama kami adalah games yang dikendalikan oleh Ikram and the gang (read: dengan ahli-ahli biro dni nya).  kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan permainan “Ukhuwah” atau aka “Guess Who” pun bermula. Satu kumpulan membuat gaya atau tagline ahli batch mate kami manakala kumpulan lain meneka siapakah gerangan orang itu. Waktu ni la kita boleh tahu sama ada kenalkah kita akan kawan sekelas kita…

IKRAM on the stage...



Selepas diberi masa untuk berjalan di sisir pantai dan menunaikan solat maghrib, kami memulakan majlis dinner kami yang dihoskan  oleh mujahid dan amy.  Setelah menang dalam osom, brothers terlebih dahulu mengambil makanan. Well, no” ladies first” dalam  bab makanan ya.  Makanan kami pada malam itu nasi goreng, daging kambing, ayam, daging lembu serta buah dan sayur.



Yummy .... agak2nya satu talam ni berapa orang la dapat makan ya :P


As usual, brother akan selalu menang dalam bab makan ni...



Penat kitaorang nak tunggu brothers amik makanan ni..



Jadi,kita bergambar lah dulu ya sementara menunggu si abam2 tu ambil makanan..



Akhirnya, dapat juga melantak kambing dan ayam yang sedap ni>.<


Tengoklah ni keindahan lampu kerlipan di waktu malam...
            Seterusnya, kami meneruskan majlis dengan awards kepada ahli-ahli eximius yang bertuah yang telah diundi. Antara awardsnya adalah loud and cheerful, blurr, sleepyhead, sporting, charming, killer smile dan clumsy. Pemenangnya?? Hi-mit-su da (rahsia dalam bahasa jepun)
            



Eh,amboi2,Pengacara majlis malam tersebut :P
        


Salah seorang pemenang, kategori,emmm, rahsia...:P



Ni kenapa menang pun muka nampak sedih,kategori apa pula ni...


Ni patut la muka suka je, pemenang Sporting Guy rupanya..



Lawak ke mamat ni?? Lawaklah kot kalau dah menang kategori tu...


Eh, siapa ayah orang ni,oppps, Berkarisma tak dia?haha


Dia menang kategori apa ya, Lelaki paling hensem kot, eh tak lah, dah lupa pula :P


         Cenderahati diberikan kepada penolong dan ketua biro yang telah berkhidmat dengan baik. Seperti tahun lepas, biro yang dinobatkan  sebagai  biro terbaik adalah biro Akademik yang telah banyak menabur bakti kepada kami semua.
            

     Rasulullah telah bersabda bahawa “hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”. Oleh itu, kami telah bertukar hadiah sebagai acara terakhir kami. Setiap orang telah menyediakan wishlist hadiah, Antara wishlist hadiah adalah pen, coklat, bodyshop, perfume, handmade, duit, necktie, bakul baju and too many to name .Ada yang hajatnya ditunaikan dan ada juga yang pemberinya tidak  mampu ditunaikan. Yela memang tak la kan kalau orang tu request nak iphone6…
           


Abam2 hot eximius katanya...selalu jadi buah mulut:P

                           
                Dikesempatan yang ada juga, kami telah membuat sambutan hari lahir warga eximius yang  lahir pada bulan MEI, tu dia dapat sekali 2 biji kek secret recipe, Memang terbaik lah kan !!!

      

Secret Recipe in the house...


Insan2 bertuah malam tersebut, haha

      Benda pertama yang kami buat adalah selfie dan diakhiri juga dengan seisi fotografi.  Bergambar dengan semua ahli batchmates, roommates, islandmates, sekepala-mate just name it.  Setelah membungkuskan makanan yang berbaki, kami pun pulang ke mahallah di mana nota dan katil kami sedang menunggu kami semua…..
           



Beberapa sister yang paling awal sampai..

Maka 20 orang abam2 eximius mempamerkan posing mereka masing2


Moga kita semua terus berukhuwah sampai bila2 :)

No comments:

Post a Comment