Friday, 14 August 2015

Konvoi Raya Eximius 1.0 - Day 1

oleh BudakBaruBelajar

Assalamualaikum wbt.

Kawan-kawan.
Cuti dah berbaki dua minggu. 

Okay. Sorry to spoil the holiday mood. Biasalah. Killjoy. _へ__(‾◡◝ )>

So this time, nak berkisah tentang konvoi Raya Day 1. This is actually the first time we ever came out with this kind of idea. It's actually from the sisters' side. More specifically it's Afiqah's idea.

Sebenarnya idea ni diutarakan sebelum proexam lagi. Dan diuatarakan semula waktu revision week, dengan otak masing-masing stress, maka keluarlah macam-macam idea untuk redakan stress. Y'know, exam. Anything sounds fun would be waaaayy more interesting than books. Tak bermaksud tak suka belajar, cuma tak suka stress exam. I know you know.

At first, ingatkan tak jadi. Since everyone must have their own agenda. Biasanya time cutilah nak habiskan masa dengan keluarga. Alhamdulillah, berkat usaha ketua konvoi yang tak pernah berputus asa, akhirnya jadi juga konvoi raya tahun ni. Walaupun macam-macam hal timbul, pasal transport, rumah siapa yang nak diziarah, siapa yang nak join, tarikh apa yang sesuai untuk semua.

Tambah rasa terharu dan bersemangat bila ada kawan-kawan yang sanggup turun KL jauh dari Kedah, Kelantan, Pahang semata nak beraya sama-sama. Bila lagi nak melawat rumah kawan-kawan kan? So probably next year kita pula merantau ke negeri orang.

Konvoi ini diadakan untuk 2 hari yang berbeza disebabkan jarak yang agak jauh dari satu rumah ke satu rumah. Target kami nak ziarah 5 atau 6 rumah dalam sehari bergantung pada traffic dan cuaca. Lagipun tak semua sanggup nak beraya sampai ke tengah malam.



DAY 1 (01.08.2015)

Plan untuk hari pertama adalah menziarahi rumah sahabat-sahabat di sekitar kawasan Gombak dan Subang. Each house was planned according to the routes that we're taking.

Rumah pertama - rumah Ain Liyana. 17 orang sahaja yang menyertai konvoi raya Day 1. Nampak sikit tapi masih terasa havoc juga setiap rumah yang kami kunjungi.

Kami dijamu dengan laksa dan makanan wajib hasil air tangan tuan rumah sendiri semestinya kek batik dan brownies.

 Rumah kedua - rumah Firdaus
Kami dijamu dengan Spaghetti. Rajin pula kawan-kawan kita ni kat rumah Pidot. Siap tolong basuh pinggan lagi.


Rumah ketiga - rumah Kak Aisyah
Kak Aisyah buat open house jadinya macam-macam makanan dihidangkan. Nasib baik ada brothers tolong makan. Sisters pula hampir sejam planning for that night and for tomorrow's plan (open house di rumah Amy) nasiblah sempat menjamah sate dan air cocktail. 


Rumah keempat - rumah Farahin.
Dari KL, kami beraya pula ke Subang. Disebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan Wangsa Maju, kami berhenti solat dahulu di masjid yang berdekatan. Sampai sahaja di Subang, ziarah kami ditemani oleh hujan yang agak lebat. Makanya, kami berada di rumah Farahin sehinggalah Asar (sambil menunggu hingga hujan lebat reda) sebelum bergerak ke rumah seterusnya. Kami dijamu dengan soto, roti dan kuah durian (ah, cakap saja dah start rasa lapar ^^'' )


Rumah terakhir - rumah Nasrul Shahmi
Kami dijamu dengan nasi kerabu hasil air tangan adik-beradik Nasrul. Ada di antara kami yang terpaksa balik awal  disebabkan rumah mereka yang agak jauh dari kawasan Subang. Rata-ratanya menumpang tidur di rumah sahabat di sini. Alhamdulillah konvoi hari pertama berjalan dengan lancar, dan berakhir sebelum waktu maghrib. 



Even dah nak masuk tahun 3 (inshaAllah September ini), masih banyak lagi yang kami tidak tahu tentang satu sama lain. Konvoi kali ini telah merapatkan lagi ukhuwah dan inshaAllah berkekalan hingga hujung nyawa.

Day 2 will be updated later! 

No comments:

Post a Comment