Monday 26 January 2015

32 Batang Gigi, 5 Tahun Kena Belajar ?!


Model ini diperbuat daripada gypsum
(Kredit: Senpai tunic merah)
"Apalah yang mereka belajar, sampai 5 tahun."

"Gigi cuma ada 32 batang. Kalau 32 bahagi 5, sama dengan lebih kurang 6-7 batang gigi setahun. Satu tahun belajar 6 batang gigi?"

Tiba-tiba di tahun pertama lagi, semua pembelajaran tentang anatomi gigi sudah lengkap. 16 batang gigi (darab 2; kanan dan kiri) hanya dihabiskan dalam masa setahun!

Hmmm... tinggal apa lagi untuk tahun 2, 3, 4 dan 5 nanti?


Gelak golek-golek kalau senpai baca pasal ni. Apalah kohai ni, ingat dentistry belajar bentuk gigi tu je ke? 5 tahun tu bukan sekejap tu. Seorang bayi  yang merangkak sudah boleh berjalan dengan stabil ke tadika tahu.


Sebenarnya, saya sendiri ada terdetik idelisma seperti ini semasa menengah rendah dulu. Ilmu asas berkenaan dengan pergigian diperingkat sekolah dahulu sangat terbatas. Jika bapa, ibu atau ahli keluarga yang bekerja apa-apa saja yang berkaitan dengan dental (dentist, dental nurse atau dental technician ke), memang telur ayam pasal ilmu dentistry ni. Dapat sebut plaque pun bunyi stylish habis dah. >.<

Bahkan tiada langsung pendedahan tentangnya secara formal di dalam bilik darjah. Oleh itu, tidak hairanlah ada dalam kalangan pelajar sekolah yang terlintas seperti situasi di atas ini.

Di sini, ingin saya kongsikan apakah subjek-subjek yang kami pelajari di tahun 2 ijazah sarjana muda pergigian ini. Tahun 2 masih lagi dikenali dengan tahun pra-klinikal, iaitulah masih belum masuk klinik. Semua proses pembelajaran diadakan di kelas atau di makmal simulasi sahaja. Jadi, kami masih selamat dari semua biohazard, insyaAllah :-P

PHARMACOLOGY
Pharmacology atau farmakologi (bunyi melayu sikit tu) adalah subjek asas medikal yang wajib dipelajari semasa tahun pra-klinik, iaitu tahun 2. Ianya berkaitan dengan ilmu asas tentang ubat-ubatan, bagaimana mekanisma sesuatu ubat bertindak ke atas badan. Dan juga bagaimana badan memberi reaksi kepada ubat-ubatan. Blok 1 yang lalu, kami belajar pasal anti-biotik. Menarik sangat, antara sebabnya pensyarah kami sangat bersemangat mengajar kami.

PATHOLOGY
Patologi juga subjek asas medikal yang wajib dipelajari semasa tahun 2. Patologi ni merupakan subjek yang menyelami bagaimana sesuatu penyakit itu terjadi ke akar umbi. Eh bukan ke akar umbi, tapi hingga ke dalam sel. Subjek ini banyak sambungan episodnya daripada fisiologi dan anatomi, iaitu subjek yang kami ambil semasa tahun 1.

MICROBIOLOGY
Mikrobiologi juga subjek asas medikal. Tapi, fokus kami adalah yang berkaitan dengan rawatan dental atau persekitaran yang terdedah dengan klinik dental. Subjek ni belajar pasal makhluk-makhluk Allah yang halus, iaitu bakteria, kulat, virus dan lain-lain. Bagaimana mereka hidup, bernafas, berkumuh, berehat, berpesta dan berperang; semuanya kami belajar tentang mereka. Yang seramnya bila dapat tahu pasal MRSA banyak di udara hospital!

Pesanan: Google sendiri kalau nak tahu apa itu MRSA. :-P

DENTAL MATERIAL
Dental material adalah subjek tentang ilmu material yang berkaitan dengan bahan-bahan dental. Apa saja bahan yang ada dan digunakan dalam dental, dipelajari dengan terperinci dalam subjek ini. Contohnya, gigi palsu diperbuat dari material apa, ubat gigi ada bahan apa untuk mencuci plaque dan banyak lagi lah. Bahan-bahan yang digunakan dalam prostodontik seperti Plaster of Paris (POP) juga ada belajar.

PROSTHODONTICS
Prosthodontics, atau nama glamournya 'prostho' adalah subjek kegemaran ramai dental student. Dalam prostho, kami belajar untuk mengembalikan struktur gigi atau oral cavity pesakit yang rosak
dengan mencipta benda asing yang baru untuk dimasukkan ke mulut pesakit. Fuh, retorik betul ayat ni. Ok lah, senang cerita, subjek ni kami belajar untuk buat gigi palsu (denture). Jadi, apa saja yang berkaitan dengan sekitar denture seperti struktur pemandangan dalam mulut semuanya ditelaah dengan aman damai sekali dengan bantuan tunjuk ajar dari Prof Bazirgan. Ecehh..

Di blok 1 & 2, prostodontik berkisar tentang penciptaan gigi palsu penuh (complete denture). Di blok 3 & 4, ianya berkisar sekitar penciptaan gigi palsu separuh (partial denture). Di akhir pengajian tahun 2, anda akan menghasilkan 1 set special tray, 1 set complete denture & 1 set partial denture.

 CONSERVATIVE DENTISTRY
Pendeknya, disebut cons saja. Cons adalah subjek untuk mengekalkan seboleh-bolehnya, semaksimum mungkin untuk gigi yang asal berada di dalam mulut dalam keadaan sihat sejahtera. Antara aktiviti dalam cons adalah menampal gigi,  membuat lubang dan banyak lagi aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan handpiece yang begitu mengujakan sekali!

2 comments:

  1. insan yang kekurangan skill :(14 February 2015 at 16:29

    Boleh tahu tak macam mana nak ada handskill yg mantop? Macam mana nak jadi dentist kalau fail buat cavity prep? Harap admin blog ni dapat membantu :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap sesuatu akan ada permulaan.. handskill akan bertambah baik setelah buat banyak latihan dalam masa yang tertentu. Yang penting kena rajin, minat & tak putus asa. :)

      Delete