Saturday, 3 January 2015

Scientific Evening 2014

 Klik link bawah ini untuk memori Role Play tahun lepas



Scientific Evening atau lebih dikenali sebagai role play merupakan aktiviti tahunan KOD dalam mengasah bakat dan kreativiti pelajar pelajarnya dalam menyampaikan informasi tentang dunia pergigian kepada orang umum.

Jika tahun lepas kami telah berlakon, jadi tahun ini giliran junior kami pula mempersembahkan bakat mereka. Tapi itu tidak bermakna kami akan melihat sahaja lakonan mereka. Ini kerana kami telah diberikan amanah untuk mengendalikan program ini . Daripada A hingga ke Z dengan bantuan Dr Suhaila sebagai penasihat untuk program ini.




Untuk memberikan kelainan pada tahun ini, beberapa pembaharuan dan penambaikkan yang telah kami lakukan untuk memeriahkan lagi acara tahunan ini. Antara penambahan yang telah kami lakukan adalah seperti mewujudkan booth2 jualan, Pameran , sudut Games serta Photo booth yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebahagian booth jualan dan pameran di samping Games yang menguji kebijaksanaan pengunjung
Kak Afiqah penjual pakaian wanita...Boleh dapatkan harga murah dengan dia

Di hadapan lobi masuk KOD
Suasana sebelum bermulanya event malam tersebut.. Tema kami Merah hitam
Ni dia Photo booth .... bersama jejaka eximius yang hensem dan macho belaka...

Itu dia orang kuat Event ini...Sis SYariza, Dr suhaila dan Bro helmi


Besar sungguh instagram itu...

Acara pada malam tersebut bermula sekitar jam 8.30 dan berakhir pada jam 10.30 malam. Kehadiran pada malam tersebut menjangkau 250 orang penonton yang datangnya dari warga KOD dan warga Uia sekali. Staff , Lecturer, Student dan orang luar turut hadir memeriahkan program ini.
Pembaca doa serta Master of ceremony in the hall !!!
Bermulanya event disertai sesi cabutan bertuah yang disampaikan oleh Dr Basma dan Dr Hamoud



Seperti biasa, pada tahun ini, jumlah kumpulan yang bertanding tetap sama iaitu sebanyak 4 kumpulan.Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza-beza. Jadi terserahlah kepada mereka bagaimana untuk mengembangkan cerita mereka pada malam kejadian.
Persembahan mereka juga di selang selikan dengan sesi cabutan bertuah.
Group Pertama beraksi di atas pentas...Dengan cerita Hantu mereka...


Group Kedua meneruskan event malam tersebut dengan berlatarbelakangkan hutan

Giliran Group ketiga pula

Berkisar tentang rokok..Waw..

Dan kumpulan terakhir berlatar belakangkan kisah cinta..
>auch<
Untuk pengetahuan semua, pemenang Role play ini akan menjadi wakil untuk persembahan National Dental Student Conference yang akan diadakan di sini pada tahun ini. Oleh itu, mereka akan mempersembahkan kembali lakonan mereka pada hari yang berprestij tersebut.
Berikut merupakan pemenang untuk Role Play Scientific Evening 2014.


Tahniah buat kumpulan Oral Patology.. Semua buat yang lebih baik di national dental conference nanti

Tak kurang hebatnya group lain...Siap ada menang Best actor, Actress dan Props lagi




Well done Infinite 8 !


Demikian sahaja untuk kali ini, terima kasih kepada semua warga Eximius yang bertungkus lumus menjayakan program kita bersama. Tahniah juga kepada Infinite the eight yang telah berjaya mempersembahkan lakonan  yang mantap dan hebat!!!
Moga berjumpa tahun hadapan.

Akhir kata...terima kasih seluruh warga Eximius.Kita semua memang Awesome !!!


4 comments:

  1. Korang memang awesome lahh!!! Photobooth tu gempak giler! Gimmick plg best. Performances menghiburkan (y)
    Give urself a big clap *jjak**jjak*

    ReplyDelete
  2. Woah! Great Roleplay :-) I'm so proud because I have a fantastic fan that would like to be like me :-D let's hang out....hahahahahhaha

    ReplyDelete
  3. My name is Rain ni mesti si pidot 😝 maaf kalau salah πŸ˜‚

    ReplyDelete
  4. Gambar first yg 'scientific evening' tu cantik! Saper yg tangkap agaknya? Lawa angle tu (y)

    ReplyDelete