Thursday 6 February 2014

Role Play Scientific Evening 2014



   


               Walaupun jasad sudah disini, namun jiwa kami masih disana, di kampung halaman tercinta. Selamat tinggal rumahku, Selamat datang blok baru. Kini, bermulalah kembali perjuangan kami di bumi UIA Kuantan ini. Namun begitu, minggu pertama blok ke-3 ini merupakan minggu yang sangat sibuk buat kami terutamanya untuk persiapan Role Play yang bakal menjelang dalam minggu pertama ini.

      Pelbagai spekulasi dan tafsiran yang diberikan kepada kulliyyah kami. Ada mengatakan kami sebagai Kulliyyah of Drama . Mungkin Role Play ini merupakan salah satu sebab mengapa kami dikenali sebegitu rupa.

  Role Play???
   
       Role Play merupakan aktiviti tahunan K.O.D. Ia merupakan salah satu aktiviti yang mencungkil dan menggilap bakat serta kreativiti pelajar-pelajar tahun satu untuk berlakon dan menyampaikan maklumat tentang dunia pergigian melalui persembahan lakonan disamping meningkatkan keyakinan diri berhadapan dengan khalayak ramai. Selain daripada itu, ia merupakan satu platform untuk memilih wakil bagi membuat persembahan sewaktu Dental Conference yang bakal diadakan pada bulan ini.


       Untuk kali ini, kami dibahagikan kepada empat kumpulan berserta tema yang berbeza. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 15-16 orang. Tidak dilupakan, setiap kumpulan dibekalkan wang bernilai RM 100 untuk membeli barang-barang keperluan untuk persembahan masing-masing.


4 Kumpulan 4 Tema Berbeza : Prosthodontic, Dental Public Health , Pediatric & Oral surgery
     
       Pada asalnya, Role Play ini  dijadualkan pada tahun lepas lagi, namun disebabkan faktor-faktor dalaman dan luaran, ia ditunda ke tarikh 29 Januari 2014. Maka boleh dikatakan kami mempunyai masa hampir 2 bulan setengah untuk berlatih dan mempersiapkan jiwa raga untuk berlakon di atas pentas nanti.

       Agak berbeza seperti tahun lalu, pada tahun ini, semua warga dalam dan luar Uia dijemput untuk bersama-sama menghadiri program ini tidak kira sama ada mereka sebahagian daripada warga K.O.D ataupun tidak .  Ini adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan Kulliyah kami.

        Mungkin ada dalam kalangan kita yang berfikiran aktiviti seperti ini hanya membazirkan masa dan tenaga sahaja. Memang tidak dinafikan, banyak masa dan tenaga yang telah kami korbankan untuk program ini., akan tetapi pengalaman pahit getir serta penat lelah yang dilalui adalah satu memori indah yang akan kami ingati sampai bila-bila.

         Melalui aktiviti ini, ia telah merapatkan hubungan sesama kami dan menguatkan ikatan ukhuwah yang telah terjalin. Semangat satu batch juga turut terasa tatkala semua ahli batch bertungkus lumus memberikan komitmen dan kerjasama yang jitu dalam menjayakan lakonan dan persembahan masing-masing. Walaupun ini merupakan satu pertandingan empat penjuru, namun kami tidak kisah siapa yang bakal memenanginya.

        Tidak dilupakan, setiap kumpulan akan dibantu oleh ‘Supervisor’ iaitu kakak-kakak serta abang-abang Second Year (Xanthron Batch) kami untuk memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada kami memandangkan mereka telah berlakon dahulu sebelum kami. Pendek kata, untuk berkongsi pengalaman mereka dan memberikan tips-tips untuk menghasilkan persembahan yang mantap gitu. Jadi tidak hairanlah jika kami katakan, Role Play ini juga telah merapatkan hubungan kami dengan mereka. Moga ikatan yang  terjalin ini tidak akan terputus dan kekal selamanya.

        Bukan itu sahaja, supervisor kami juga telah ditugaskan untuk mengelola dan mengendalikan program ini dari mula hingga habis. Kiranya, kami hanya diberikan tugas untuk berlakon sahaja pada malam itu. Terima Kasih atas jasa kalian , moga Xanthron terus membara dan mara.

         Kami juga telah berkerjasama dengan mereka untuk mempromosikan program ini melalui laman sosial. Berikut merupakan beberapa bahan promosi kami memandangkan  Role Play kali ini terbuka kepada orang luar.


Cover Photo di Facebook


Poster Promosi


Video Promosi Role Play 2014

          Tanggal 29 Januari 2014 merupakan tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan kami semua. Inilah dia malam yang dinanti- nantikan oleh semua warga KOD untuk berhimpun dan bergelak ketawa bersama-sama. Seperti yang dijangkakan, malam tersebut sangat meriah dengan kehadiran warga KOD serta tetamu-tetamu daripada luar terutama rakan-rakan kami dari Kulliyyah of Medic memandangkan pada ketika itu hanya pelajar medic sahaja yang ada di UIA. Maklumlah, pada ketika itu masih lagi minggu cuti semester. Terima kasih pada yang hadir, hampir penuh rasanya kerusi pada malam tersebut.




Pada malam tersebut juga, bukan sahaja persembahan lakonan daripada kami, bahkan beberapa tayangan video serta cabutan bertuah telah diadakan. Majlis telah berlangsung seawal jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.




           Mungkin anda tertanya –tanya konsep lakonan yang telah kami bawakan pada malam tersebut, mari kita tinjau serba sedikit konsep mereka:
  • Prosthodontic: Kisah yang  berlatarbelakangkan london pada abad ke 18. Mereka mengambil inspirasi daripada cerita Sherlock Holmes yang perlu menyelesaikan kes pembunuhan dua orang pemakai gigi palsu. Maka tercetuslah adegan Sherlock dan rakannya,Watson dalam menghalang pembunuhan seterusnya membongkar dalang sebenar kepada pembunuhan ini.
  • Dental Public Health: Berkisarkan 3 orang doktor gigi yang berjaya memenangi Dental Noble Award. Di dalam majlis tersebut mereka telah bercerita bagaimana perjalanan dan sumbangan meraka dalam bidang Dental Public Health terutama di bandar mereka iaitu Townsville. Mereka telah menghadapi pelbagai cabaran dalam memberi kesedaran kepada penduduk di bandar tersebut. Maka timbulah pelbagai idea mereka untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan kebersihan gigi penduduk Townsville.
  • Pediatric : Mengadaptasi lakonan mereka berdasarkan filem 'Secret' di mana menceritakan seorang pelajar bernama Alex yang yang telah ke masa silam secara tidak sengaja setelah bermain sebuah piano di sekolahnya. Pada masa silam itu,beliau ternampak Emma pada waktu kecil yang suka makan coklat dan tidak menjaga kebersihan gigi. Disebabkan itu, baru Alex tahu mengapa Emma sangat hodoh pada masa kini. Jadi beliau telah berusaha untuk mencari jalan untuk mencantikkan semula wajah dan gigi Emma supaya beliau dapat pergi ke Masquarade Night bersama Emma yang anggun jelita. Maka bermulalah pengembaraan Alex di masa lampau untuk mencari solusi kepada permasalahan tersebut.
  • Oral Surgery: Memaparkan kisah Dr DEJ  yang telah dibawa ke sebuah kampung yang aneh iaitu Kampung Cingulum setelah beliau pengsan selepas kemalangan . Beliau berasa aneh dengan penduduk kampung tersebut yang menghadapi masalah gigi bongsu mereka. Beliau baru menyedari bahawa itu semua angkara seorang bomoh disitu yang telah membawa ajaran yang karut kepada penduduk kampung tersebut. Jadi Dr DEJ telah berusaha untuk memrubah keadaan kampung itu kepada normal dengan menerangkan perkara sebenar tentang gigi bongsu  tersebut dan tidak lagi mempercayai ajaran bomoh tersebut.

Sekarang, mari kita lihat pemenang untuk ROLE PLAY 2014 kali ini:

Keputusan Penuh Role Play 2014



                                  Anugerah Tambahan, Milik Pediatric dan Dental Public Health


Keadaan di dalam Auditorium

Candid... di mana mana


Pengacara majlis [formal & santai]

Sesi Cabutan Bertuah 


Gimik Penyerahan Keputusan

Juri- juri Role Play



Kumpulan Oral Surgery


Kumpulan Prosthodontic
Kumpulan Pediatric
Kumpulan Dental Public Health

Tempat keempat [Oral Surgery]

Tempat Ketiga [ Prosthodontic ]

Tempat Kedua [ Pediatric]
Pelakon Lelaki Terbaik [ Aidid sebagai Alex]
Pelakon Wanita Terbaik [ Hazwani sebagai Emma]


Tempat Pertama  &
 Anugerah Props Terbaik
[Dental Public Heatlh]

           Demikianlah sahaja serba sedikit coretan pengalaman yang telah kami lalui dan tempuhi..   Buat bakal junior kami, bersiap sedia! Giliran kalian pula akan menanti. Moga anda semua mampu menyerlahkan kreativiti dan lakonan anda pada Role Play akan datang  yang dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini. Buat para lecturer, staff dan senior, diharapkan kalian terhibur dengan persembahan kami. Sekalung tahniah buat semua yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian. Jumpa lagi pada Role Play yang seterusnya, mungkin kali ini kami pula yang akan menjadi penganjurnya. Keep Calm and enjoy this video.  Best of The Best Scene!

Best Of The best scene



Behind The scene



Opening Scientific Video

Sumber Gambar : Dental Students Society Facebook




5 comments:

  1. Thumbs up for the video. It is soo going to be our most precious treasure !!

    ReplyDelete
  2. Video: Two thumbs up!
    Good post. \(^^)/

    ReplyDelete
  3. Semua new Comers kena buat ke, OMG...HUH

    ReplyDelete