Thursday, 27 February 2014

Kamilah Juara Explorace Masterchef!! (Recipes Included)


            22hb Februari 2014 menjadi tanggal yang tidak terjangkau di fikiran 5 orang wakil IIUM Kuantan yang telah menerima jemputan Universiti Malaysia Terengganu (melalui SRC IIUM Kuantan) untuk menyertai Explorace Masterchef. Program ini dianjurkan sempena acara tahunan mereka, TWEET@KSII, mungkin analog kepada I-KOD bagi warga IIUM Kuantan.

Apa yang menariknya, mereka turut menjemput wakil IPTA kawasan pantai timur yang lain seperti UMP, Unimap, UniSZA, UITM Pahang, UITM Dungun, dan beberapa institut lain.

            Buat pengetahuan, ini kali kedua UMT menjemput IIUM Kuantan, namun ini kali pertama kita berpeluang menyahut jemputan mereka. Apa yang sangat unik untuk ExploraceMasterchefs kali ini, kesemua lima orang wakil IIUM adalah dalam kalangan pelajar Kulliyyah of Dentistry, batch of Eximius! Iyalah, kalau bukan KOD, atau Eximius, takkan masuk blog ini! Tambahan pula, 4 orang yang asalnya memang bermastautin di Terengganu (seorang dari Kelantan)! Ah, alangkah bagusnya kalau awal-awal lagi yang masuk explorace memang sudah ngam dengan selok-belok kawasan UMT. Tapi, mungkin kalau dah tahu kami akan cepat bosan dan rasa tak tercabar langsung.


            SESI PAGI : EXPLORACE

           Sebagai penjelasan, ExploraceMasterchef ini melibatkan 5 orang peserta dan terbahagi kepada dua sesi. Bermulanya sesi pertama, pada pukul 9pagi-12.30 tengah hari, 3 orang peserta harus berusaha untuk mencari bahan untuk masakan dalam 10 checkpoint. Dalam setiap checkpoint, kami dikehendaki untuk menyiapkan task dalam masa yang diperuntukkan. Sekiranya kami Berjaya menyiapkan task, kami dapat memilih sendiri bahan masakan, jika gagal, maka tiada markah untuk kami, dan kami terpaksa memilih bahan masakan secara rawak.

Wallaaaa! Memanglah 10 checkpoint untuk explorace itu satu kebiasaan, namun tidak di UMT! Kerana keluasaannya sangat abnormal, mungkin sesuai dengan statusnya sebagai satu-satunya pusat penyelidikan maritim di semenanjung Malaysia yang sangat dekat dengan pantai. Kami terpaksa berjalan kaki merentas bangunan-bangunan penyelidikan, melalui kawasan pembiakan ikan, jalan biawak, paya bakau, hatches aquatrope.


Walaupun kami hanya mampu melepasi 7 checkpoint dek kesuntukan masa dan perjalanan yang jauh, kami berasa sangat beruntung kerana banyak pengalaman yang berharga yang tak mungkin kami dapat di UIA. Kami belajar cara membuat pukat, cara handle belut, mengasingkan minyak, rumput dan air, mengira lampu kalimantan sejauh 2 km dalam masa 5 minit (74 semuanya!!)

Alhamdulillah, kami adalah antara kumpulan yang dapat menyelesaikan checkpoint yang terbanyak, second to team UMT sendiri!

SESI PETANG : MASTERCHEF

Tepat pukul 2.00pm, kami berkumpul di dewan Kolej Siswa II bersama-sama 10 pasukan yang lain. Kami ditugaskan untuk memasak dua jenis hidangan iaitu hidangan wajib ; ketupat sotong Terengganu dan hidangan bebas berdasarkan bahan yang diperolehi semasa explorace. Bahan mentah yang kami dapat semasa explorace adalah ikan bilis, sotong, ayam, mee kuning, kuey teow, telur masin, telur puyuh, cili padi, cili besar, rempah ratus, rempah sup.

Selepas itu, kami mengerahkan idea untuk mencari juadah yang membolehkan kami menggunakan bahan mentah tersebut. Akhirnya, kami memutuskan untuk memasak mee gulung special walaupun kami mengalami beberapa kesukaran. Alhamdulillah, akhirnya kesukaran itu dapat diatasi dengan bantuan salah seorang peserta masterchef dari UMP. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk kami menyediakan makanan dan menghias juadah adalah selama 1 jam 45 minit sahaja

Kami semakin menggelabah apabila pergerakan kami diperhatikan oleh dua orang juri yang kami kira sangat hebat. Manakan tidak, seorang chef dari hotel terkemuka Terengganu beserta seorang katerer yang tersohor. Antara tip-tip yang kami perolehi daripada salah seorang juri adalah jangan sesekali mencampurkan ayam mentah bersama bawang kerana dikhuatiri ia menjadi racun. Soooo, kepada bakal ibu bapa di luar sana, jangan lupa tips ini!♥♥♥  

                                                                                                                                                      



RESEPI KETUPAT SOTONG BESUT TERENGGANU



Bahan-bahan :
Beras pulut
Santan
Sotong
Serai
Gula Melaka
Halia
Halba
Garam
Gula
Bawang merah

Cara-cara
1. Rendam beras pulut bersama santan dan garam selama 30minit
     (rendam semalaman lagi bagus).
2. Bersihkan sotong sebersih-bersihnya (buang gigi ya adik-adik)
3. Sumbat beras pulut yang direndam ke dalam sotong sebanyak 3/4.
    Kemudian masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Rebus sotong tadi dengan air dan santan sehingga menggelegak.
5. Masukkan baki santan, bawang merah, halba, halia,serai,gula merah,
    garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan baki beras pulut ke dalam kuah. (Jangan kacau terlalu kuat
    kerana sotong akan PECAH TERSEMBURR)
7. Selepas beras pulut masak, siap dihidang


         RESEPI MEE GULUNG CAMPUR
 

Bahan-bahan:
 ★Bahan A
Mee kuning
Ayam
Bawang putih
Minyak masakan rempah sup
Garam
★Bahan B
Telur ayam (Terima kasih UMP!!)
Garam
Bawang merah*dicincang halus
★Bahan C
Telur puyuh *direbus
Rempah sup
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Cili padi
Cili besar
Sos tiram
Garam
Minyak masakan
Serai
Halia

Cara-cara:


1. Tumis bawang putih dan masukkan ayam. Kemudian masukkan mee
    kuning dan perasakan dengan garam secukup rasa. Seterusnya, tambah sedikit air.
2. Goreng telur dan tebarkan di atas permukaan yang rata. Balut mee
    yang telah digoreng ke dalam telur goreng.
3. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar sehingga garing. Masukkan ayam                    sehingga masak. Kemudian masukkan kesemua cili, halia, serai, sos tiram dan kacau                    sehingga  sebati. Akhir sekali masukkan sotong dan tutup api. Dah siappppp..
4. Tuangkan kuah tadi ke atas mee gulung. (Pastikan  kuah banyak, barulah ummpphhh) 
   Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!!

1 comment:

  1. wah, dah jadi blog masakan pula, hehehehe :P

    ReplyDelete