Monday, 24 February 2014

Berus Bersih Berkilat


       Saya yakin tiap seorang daripada kita mempunyai sekurang-kurangya satu berus gigi. Akan tetapi, bagaimana kita menggunakan berus gigi  untuk membersihkan gigi dan mulut ?Adakah kita menggunakan teknik yang betul  atau hanya memberus gigi mengikut mood dan keselesaan kita? Memang tidak dinafikan, secara kasar , mulut kita akan tampak bersih selepas memberus gigi, namun begitu, pernahkah anda terfikir tentang bakteria yang ada di dalam mulut kita? Adakah dengan hanya memberus sebegitu rupa dapat membunuh bakteria-bakteria ini. Oleh itu, mari kita bersama-sama berusaha untuk mengubah tabiat memberus gigi dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

             Untuk permulaan, pemilihan berus gigi amat penting. Mungkin kita akan rambang mata dan buntu untuk memilih berus gigi memandangkan terdapat banyak pilihan  di pasaran. Oleh itu, doktor-doktor pergigian telah mengesyorkan berus gigi jenis lembut (soft) . Saya pasti ramai daripada kalangan kita biasa menggunakan berus gigi jenis medium atau hard kerana beranggapan sisa-sisa makanan akan lebih mudah  hilang dan tertanggal daripada gigi.
Walaubagaimanapun, penggunaan berus gigi sebegitu boleh memberi kesan kepada gusi kita lebih- lebih lagi jika kita memberus gigi kita dengan kuat. Selain itu, penggunaan berus gigi soft dapat membantu membuang plak (tahi gigi) dibawah garisan gusi dengan lebih mudah.


                Jadi, bagaimana penggunaan  berus gigi soft dapat membantu untuk membersihkan mulut dan gigi kita dengan lebih efektif?  Mungkin anda tidak tahu, sebenarnya, kita disarankan untuk memberus gigi selama 2 minit. Saya yakin dan pasti ramai yang hanya memberus gigi mereka kurang dari satu minit. Sebab itulah mereka lebih suka untuk memberus gigi mereka dengan kuat. Jadi, ubah tabiat kita dari sekarang, pastikan anda memberus gigi 1 minit untuk bahagian gigi diatas dan 1 minit lagi untuk dibahagian bawah. Ini bertujuan untuk membenarkan proses mineralisasi fluorida dan fosfat dalam gigi kita. Maka secara tidak langsung, peluang untuk mendapat karies gigi dapat dikurangkan.

            Kita juga tidak disarankan untuk menggunakan ubat gigi terlalu banyak kerana ia hanya satu pembaziran sahaja. Cukup hanya mengenakan ubat gigi kita sepertiga atau separuh daripada berus gigi , kemudian ratakan ubat gigi tersebut. 

         Seterusnya, yang paling penting , pegang berus gigi di tangan anda dan letakkan ia 45 darjah pada gigi anda. Tidak dapat bayangkan, cuba ikut langkah-langkah di bawah.






        Teknik ini juga dapat membantu mencegah gusi daripada berdarah. Kita mungkin menghadapi sedikit kesukaran pada permulaan, tetapi sekiranya kita berterusan mengikuti langkah ini, InsyaAllah ia akan menjadi mudah. Selain daripada teknik ini, terdapat cara memberus gigi lain yang boleh diamalkan, tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor gigi sebelum mengamalkannya. Moga kita memperoleh sesuatu yang berguna. Mari bersama-sama menjaga kesihatan gigi dan mulut kita untuk kebaikan masa hadapan.

No comments:

Post a Comment