Sunday, 3 November 2013

Bukit Pelindung, Banyak Hikmah Terselindung


06/10/2013


Aku serta dua orang sahabat menuju ke arah kereta Swift berwarna merah. Seusai sampai, lantas kami melabukan kedudukan di atas kusyen yang empuk itu.Alhamdulillah!! aku menarik nafas panjang setelah penat mengembara di alam ciptaan tuhan di sebuah bukit bernama Pelindung. Sepanjang perjalanan pulang ke IIUM Kuantan Kampus Indera Mahkota,mendengarkan lagu dendangan Hafiz Hamidun.

“ Bagai awan biru,
ku melakar kata-kata,
bagai langit cerah,
ku panah semua cerita,
dengarlah mentari,
Suaraku hatiku menyanyi,
Berterbangan jiwa merentasi pelangi...

Aku tiba-tiba terdiam dan merenung kembali peristiwa yang berlaku tadi.

Masin Garam Mematangkan.


Uncle Zulkifli ketika memberi briefing

Pastinya aku tidak akan melupai sebatang figura berstatus ayah datang menemui kumpulan kami. Tak pernah menemui, tak pernah bersua dan tak pernah berbual-bual tapi dia telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna kepada aku.

“..Nanti, bila turun dari Bukit Pelindung, kalian akan menemui pantai Teluk Cempedak. Pantai itu tersangatlah cantik dan nampak tenang, tapi, kalian jangan menyangka ketenangan itu tidak pernah menggila. Pernah dulu ada kes orang yang ditelan dengan ketenangan itu dek aliran seperti elektrik di dalamnya. Jika kalian berada di situasi orang yang yang ditarik, jangan pernah nak membuat active transport (against electrical gradient ) la tapi ikutlah passive transport...”
                Nasihat itulah  yang telah memberi aku satu guideline untuk tidak membahayakan diri dan menempah bahana. Hanya gigi air yang di sentuh. Alhmdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Pendakian Satu Perjalanan
Kepenatan bukan asbab futur

                Tidak sampai sepuluh minit kami mendaki ( mendaki sangat la kan.huhu) bukit tersebut, tiba-tiba ade salah seorang dalam kalangan kami, terjatuh dan pitam. Sahabat-sahabat di sekelilingnya menjadi cuak dan kelam kabut. Sangat tersentuh bila ada dalam kalangan mereka yang sanggup melupakan hasratnya mendaki bukit semata-mata mahu menjaga sahabat yang sakit di pinggiran bukit. Pasti Allah ganti peluang itu dengan ganjaran yang lagi besar di sisiNya. InsyaAllah.

                Aku juga melihat ada daun yang masih seri hijaunya, segar bugar kondisinya,  terbang dan telah jatuh berguguran di tanah. Nampak sangat, keperangan dan tua itu bukan syarat si daun itu mati. Daun itu sebenarnya kiasan daripada Allah kepada pengakhiran manusia, aku terscrew. SubhanaAllah!
SERIUS, kadang-kadang ni aku banyak sangat merancang apa yang aku akan miliki dan perolehi dalam masa sepuluh tahun masa akan datang yang mana ia bersifat tidakpasti, tetapi berapa kerapkah aku menyiapakan diri untuk sesuatu yang pasti  ( iaitu kematian ).
Alangkah bahagianya orang itu bilamana dia mampu menjadikan dunia ini sebagai medan untuk dia bercucuk tanam, dan akhirat sana sebagai tempat dai menuai hasil. Sangat beruntung.. Lets tajdid (perbaharui) niat supaya setiap amalan harian kita dikira sebagai ibadat.

“ Katakanlah (wahai Muhammad): “ Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kami akan kembali kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)” (Al Jumu’ah)

                Selingan keinsafan tadi berkalih kepada sedikit jenaka  daripada reaksi seorang mak cik  yang berbaju sukan dan bertaraf nenek tadi. Dia melompat-lompat sambil memberitahu kami : “ Tengok mak cik ni, dah 50 tahun, masih lagi sihat!!”
“ Sesuai jadi model Anlene,” bisik hati kecilku.

Rehat Selepas Sakit Adalah Nikmat

"Kebahagiaan bukan bermakna bila kita kaya.."


                Terminal perhentian berlokasi separuh daripada kemuncak bukit begitu melegakan aku. Iklan “ribena” daripada seorang brother  menghilangkan lelah kami. Mana tidaknya, aksi keanak-anakanya membawa tema kebahagian dan pelangi siang  sepanjang kerehatan kami. Namun, di sebalik keceriaan di sebalik wajahnya, rasa kagum pula timbul..
Bagaimana orang yang baru ditimpa cubaan daripada Allah mampu mengukirkan senyuman sehingga terserlah caninenya ( terover la pulak) saat ini??

Jawapannya  kepada persoalan aku juga dalam Quran :
“ Dan sesungguhnya akan kami beri cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Al Baqarah : 155)

Nasi Dagang di Medan Pendakian

" The Badangs"


                Jika di Perang Yarmuk kita telah menyaksikan satu kisah sejarah yang sangat menyentuh hati mengenai 3 orang sahabat ; Harits bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahl, Iyash bin Abi Rabiah. Erti sebuah persahabtan dan itsar (mendahulukan saudaranya daripada dirinya sendiri) pada mereka. Apabila seorang sahabat, Abu Jahim bin Huzaifah berlari-lari ke arah saudara sepupunya yang berlumuran darah untuk memberikan air, diisyaratkan kepadanya untuk memberikan air tersebut kepada sahabatnya yang lain. Dan dilakukan perkara yang sama untuk sahabat yang ketiga, sehinggalah ketiga-tiga mereka syahid tanpa seteguk air dari gelas tersebut.

                Tetapi, hari ini aku melihat secara live apa yang dimaksudkan dengan makna itsar itu. Kedatangan 5 orang Pak Badangs bersama  “nasi dagang”  ternyata membuat hatiku bertiok (menangis). LUARBIASA! Aku yang mendaki membawa badan sendiri memanjat bukit yang curam,dah macam separuh nyawa tinggal, inikan pula ditambah dengan bebanan nasi?? Sejauh mana aku mampu memikirkan kemaslahatan sahabat lain ketika mana aku sendiri merasa susah??

Ehhhhhhhh!! Suara itu mengejutkan lamunanku. 
" Lain kali, bawa la kereta tu elok sikit, jangan main redah jer.." nasihat sister itu dalam nada yang serius.
Ahmdulillah, Allah selamatkan kami.


Muka2 kecerian sebelum mendaki,
lps mendaki muka tak tahu nak ckp mcm mana,haha

Sebelum tu meh streching dulu, 
baru lah tak de siapa yang pengsan

Ok, mari pilih jejaka anda, single lagi semua ni=D

Sister2 ni pun boleh tahan juga posing mereka :P

Ha, sambil turun bukit, mstilah bergambar dgn kehijauan alam sekitar

Tu dia, sambil mendaki sambil belajar nama2 pokok taw

Tengok tu,siap kene tarik tali lagi nak naik, 
agak2 ade tak sesiapa yg jatuh








Akhiran taip, hadith ini sekali lagi kembali bermain di fikiran aku...

Al Hikmah adalah barang yang hilang dari orang Mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi)

We are The Eximius 7th Batch

Salam Ukhuwwah,
Meroket ke Langit Ilahi


4 comments:

  1. insyaAllah di beri masa dan peluang,
    aktiviti seterusnya akan menyusul :)
    amin
    ( mengharapkan perancangan kita selari dengan perancangan Allah )

    ReplyDelete
  2. Thumbs up kpd penulis blog ni! Bagus hasil tulisan dia, penuh kata2 hikmah & ayat2 yg memberi pengajaran ^_^
    Harap aktiviti seperti ni dilakukan lagi pada masa akan dtg~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2! setuju..author entry ni mmg hebat la! mcm baca buku cerita pun ada :) GOOD JOB EXIMIUS FOR THE GREAT BLOG!

      Delete