Monday, 4 November 2013

Tiada Lagi Sistem semester, Cuma hanya ada sistem Block???

         
Mungkin anda telah lali dengan perkataan semester, yes, itu lah sistem yang biasa diguna pakai di semua universiti dan juga mungkin di mrsm kan, tapi kenapa saya katakan kami block.Sebenarnya, pergigian di UIA menggunakan sistem BLOCK yang menggantikan sistem Semester .

            Jadi apa bezanya sistem ini daripada sistem yang lain. Di dalam sistem ini



  • 1 tahun dibahagikan kepada 4 block
  • 1 block dalam lingkungan 2 hingga 3 bulan
  • Setiap penghujung block 1,2 dan 3 akan ada 'End of Block Examination
  • Penghujung block 4 pula akan ada 'Professional Exam'
          Apa yang menariknya tentang sistem ini, kami tidak mempunyai pointer.  Jadi bagaimana kami di nilai?. Kami hanya akan ada status 'pass' or 'fail' sahaja. Nampak mudah bukan. Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Ehhh... nak lulus bukan suatu perkara yang mudah jika dalam bidang pergigian. Kerja keras dan keazaman yang tinggi amat di perlukan. Serious talk. It not an easy course. But,it is interesting to learn about the teeth. 

           Bercerita tentang peperiksaan pula, 'end of block 1,2 & 3' formatnya sama sahaja. Apa yang kita belajar dalam satu block tu akan ditanya dalam end of block. Akan tetapi, untuk 'Professional Exam' anda akan disoal bermula topik daripada Block 1 hingga block 4... Haa, nampak tak cabaran di situ, betapa banyak yang perlu anda ingat dan faham. Untuk pemarkahan pula:






  • End of Bock 1 Examination = 10 %
  • End of Bock 2 Examination = 10 %
  • End of Bock 3 Examination = 10 %
  • Professional Examination = 70 %

  •       

             Jadi secara konklusinya di sini, sudah terang lagi bersuluh, kalau tidak bersedia dari awal block satu lagi, mungkin anda akan bermasalah untuk Professional exam. Kerana itu lah, jangan mudah untuk lupa apa yang telah pelajari, jangan hanya sekadar belajar semata-mata untuk peperiksaan sahaja. Mempelajari bidang pergigian ini memerlukan semangat yang tinggi serta ketahanan mental. Namun begitu, jadilah seorang pelajar yang bijak membahagikan masa dan menyeimbangkan diri kita dari segala aspek.

                               Academic calendar for Year 1

               Walau apa pun jurusan yang kita ambil, tajdidkan kembali niat kita, semua ini hanyalah untuk mencari Keredhaan Illahi, bukan untuk status , pangkat , nama dan sebagainya kerana itu semua tidak akan dibawa dalam kubur kita. Bawalah amal kebaikan serta wariskanlah ilmu yang kita ada kepada orang lain agar ia menjadi amal jariyah untuk diri kita nanti.  Syukran ^^ -Assalamualaikum-



    No comments:

    Post a Comment