Yang Patah Tumbuh Yang Hilang
Berganti.Itulah antara ayat yang dapat diungkapkan tiap kali kemasukan pelajar
baru. Cepat sungguh masa berlalu,pejam celik, sudah setahun lebih kami berada
disini,meniti hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Legasi kami
diteruskan dengan kemasukan batch ke-8 pada 2/9/2014 . Hebat-hebat belaka
mereka semua ni. Macam macam jenis muka ada, high educated ada, nerd pun ada,
serius pun ada, muka ala ala mak orang pun ada, macam artis pun ada dan paling
penting macam senior kami pun ada…hehe..
Overview sekitar majlis... |
Majlis meraikan Pelajar Baru merupakan
antara tradisi yang sering diadakan di K.O.D berkurun lamanya. Biasanya pelajar
year 2 akan meneruskan tradisi ini memandangkan kamilah antara orang yang paling rapat dengan mereka nanti
memandangkan jarak kami hanya setahun sahaja. Nanti masa masuk tahun klinikal ,
kami lah juga yang akan selalu menjadi tempat rujukan mereka.Pendek kata di
K.O.D semua pelajarnya akan saling
memerlukan. Nak pinjam barang, tukar pesakit, tukar gigi, minta gigi dan macam
macam lagi nanti.
Majlis ini telah diadakan pada 8/9/2014
iaitu pada hari pertama kelas year 1 bermula. Tujuan utamanya semestinya untuk
saling mengenali antara satu sama lain kerana year 1 dan year 2 la yang bakal
menjadi nadi penggerak aktiviti di K.O.D.. Jadi, mestilah lah kena berkenalan
dulu, baru mudah untuk berkomunikasi nanti. Bak kata pelajar-pelajar Uia, `Tak kenal Maka Taaruf’.
Antara adik-adik junior yang memperkenalkan diri... |
Majlis bermula sekitar 8.15pm. Antara pengisian di dalam majlis ini
termasuklah sesi taaruf antara pelajar year
1 dan year 2. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah.
Banyak juga hadiah yang disediakan pada malam tersebut.Ada yang dapat buku,
baucer Kfc, cawan, cermin gigi dan yang paling penting buku graph pun ada orang
dapat. Jangan risau ye, semua benda-benda tu
ada manfaatnya terutamanya buku graph tu. Boleh la kongsi dengan yang
lain, dapat banyak kan. Siapalah si penerima tu, tak sempat si pengarang nak
berkenalan. Kepada yang bertuah tu, simpan dan gunakanlah hadiah tu sebaik-baiknya,
semua hadiah tu hasil sumbangan ikhlas daripada abang-abang dan kakak-kakak ni.
Muka muka yang bertuah sangat malam tu... |
Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi
sharing moment .Sambil menjamu nasi goreng yang enak lagi lazat ,masa inilah
kami berkongsi petua-petua untuk belajar di K.O.D, cara hidup disini dan paling
penting cara nak menambat hati lecturer-lecturer year 1. Semua lecturer year 1
baik-baik belaka taw, jangan buat mereka marah ya. Tak lupa juga ada juga yang
berkongsi tips untuk berlakon dan menari. Yelah, masa year 1 ni kalian akan
menjadi artis sekejap,kejap menyanyi, kejap berlakon, kejap menari. Boleh
mengalahkan Artis ni!!
Majlis turut diserikan dengan
permainan `BIBO’. Sebenarnya permainan
ini diadaptasi dari permainan tahun lepas sewaktu year 2(kini mereka berada di
year 3) meraikan kami. Barulah orang kata meneruskan legasi. Kalau tahun lepas
Brother Afif yang telah merangkul kejuaraan , tetapi tahun ini gelaran tersebut
telah jatuh ke tangan Sister Azyan apabila telah menewaskan Brother Hazim di
pusingan akhir. Tahniah diucapkan atas kepantasan dan kepekaan beliau bermain
permainan ini. Mungkin tahun depan boleh la teruskan lagi , tengok siapa pula
juara kali ni, adakah Sister lagi ataupun akan kembali kepada Brother?.
Sesi sharing moment dengan abam--abam & kakak - kakak yang ramah lagi mesra alam... |
Setelah selesai permainan tersebut, slot
terakhir diisi dengan persembahan multimedia dari batch kami yang memaparkan
sebahagian daripada aktiviti batch yang telah dijalankan sewaktu kami berada di
year 1. Rindu sungguh rasanya mengenangkan detik detik tersebut.
Akak-akak 2nd year pun nakberposing juga.... |
Majlis diakhiri dengan ucapan dari ketua
batch year 1 iaitu Brother Aiman Hizami yang tampak sangat segak dan
berkarisma. Ada orang kata nampak ciri-ciri Pencetus Ummah di situ, kenapalah
tak pergi ujibakat dekat Uia Kuantan ni hari tu. Akhirnya majlis selesai sekitar jam 10.15
malam.
Tu dia Aiman Hizami berucap... Berkarisma tak? |
Akhir kata,kami berharap agar kalian akan
menjadi seorang dentist yang bukan hanya pada nama sahaja, tetapi jadilah
seorang dentist yang mampu memberikan sesuatu yang boleh memberikan impak yang besar
kepada masyarakat dan Ummah.Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal hingga
keakhirnya. Jangan segan silu nak tegur dan minta tolong dari kami., InsyAllah
kami akan membantu kerana hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain
untuk berjaya. Bersatu teguh bercerai roboh. Terima kasih~~~
No comments:
Post a Comment