Sunday 12 January 2014

Pensyarah Kami [TAHUN PERTAMA]

[Oleh: Puterikalimah Ahk]
Dr Hamoud

Sedang seorang pensyarah memulakan kelasnya dengan tazkirah dan membuat refleksi keunikan ciptaan Allah, pintu kelas di ketuk. Lalu, masuk seorang pelajar ke dalam kelas.

“Late,” beliau menjegilkan matanya.

“I’m sorry,” kata pelajar yang kelewatan itu.

“Its okay, but if in first year you are late 5 minutes, then in second year you will late 10 minutes. What happen if in the fifth year?”

Itu Dr. Hamoud; berasal dari Yaman, pensyarah subjek anatomi yang kami segani. Beliau pantang jika ada pelajar datang lambat ke kelasnya. Beliau sangat menepati masa. Jika kelas bermula pada 10.30 pagi, beliau akan tiba 5 minit sebelum atau tepat pada masanya.


PENSYARAH ANATOMI

Sehingga ke hari ini, setelah tamatnya 2 blok (4 bulan, bersamaan 1 semester), jumlah pensyarah yang mengajar kami Anatomi berjumlah 4 orang, iaitu Dr Hamoud, Dr Emad, Dr Saad dan Dr Nazih.
Aktiviti mewarna di dalam kelas histologi
Dr Hamoud mengajarkan kami bahagian histologi serta beberapa topic daripada anatomi. Kelas di makmal histologi akan diselia sepenuhnya oleh beliau. Histologi adalah subjek yang berkaitan dengan pemerhatian struktur peringkat tisu. Apa yang dilakukan kami semasa berada di makmal histologi adalah memerhatikan sturuktur itu menggunakan mikroskop. Perlu diingati, Dr Hamoud sangat menggemari laporan lukisan histologi yang berwarna warni. Jadi, jangan lupa bawa pensil warna bersama-sama ke kulliyyah jika ada kelas histologi.

Dr Emad mencurahkan ilmu beliau kepada kami subjek yang berkaitan dengan anatomi. Beliau berasal dari Mesir. Beliau juga merupakan pensyarah yang diimport khas dari Kulliyyah of Medicine (KoM) untuk pelajar KoD. Pantang larang beliau adalah: jangan tidur semasa beliau sedang bersyarah, walaupun memejamkan mata. Jika anda berbuat demikian, sudah tentu akan mendapat hadiah laser ditujukan ke muka serta merta.

Dr Saad, mengajar anatomi juga. Kebiasaannya, beliau tidak akan memberikan ‘lecture note’ kepada pelajar KoM, tetapi beliau bermurah hati untuk memberikan kepada pelajar KoD.

Dr Nazih pula pernah mengajar kami hanya satu topic, iaitu Trigeminal Nerve. Suaranya sangat jelas, seperti suara pengacara TV. Masya Allah. Walaupun satu sesi sahaja bersama Dr Nazih, nota syarahan yang diperoleh melebihi 90 slides, tetapi kelas hanya 1 jam!



Bersama Dr Emad....

Bersama Dr Hamoud


PENSYARAH ORAL BIOLOGY

Dr Widya
“What do you think if this kind of patient comes to your clinic?” Dr Widya memberi peluang kami berfikir dengan advance ketika menunjukkan gambar mulut ternganga yang mengandungi ciri-ciri penuaan; iaitu gigi berwarna kuning, ada hakisan dan kaviti.

Dr Widya; berasal dari Indonesia. Beliau sangat rapat dengan para pelajar. Buat pengetahuan anda, pensyarah-pensyarah yang mengajar pelajar tahun 1 tiada yang berwarganegara Malaysia, apatah lagi berbangsa Melayu. Hal ini sedikit sebanyak mengehadkan komunikasi dua hala antara pelajar dan pensyarah, jika anda tidak fasih berbahasa inggeris. Tetapi, ianya tidak menjadi masalah, jika anda berurusan & berinteraksi dengan Dr Widya; kerana beliau memahami Bahasa Melayu!

Dr Bo Bo Ko; berasal dari Myanmar. Dr sangat spoting untuk melayan soalan-soalan yang ditanya oleh para pelajar. Beliau juga sangat spoting ketika mengendalikan kelas. Dan… juga spoting kalau terserempak diluar kelas. Juga… kalau kelas bermula 8 pagi, kami boleh minta untuk dilewatkan ke pukul 9 pagi. Pendek kata Dr Bo Bo dan spoting, memang sinonim!


Bersama Dr Bobo & Widya...


PENSYARAH PHYSIOLOGY

Physiology merupakan satu-satunya subjek yang hanya ada SATU pensyarah. Dr Thida Cho; berasal dari Mynmar, sangat bersungguh-sungguh mengajarkan kami walaupun beliau hanya bersendirian. Katanya, walaupun sakit kepada beliau hadir juga mengajarkan kami kerana tiada pensyarah lain yang dapat menggantikannya.

Semasa sesi kelas physiology, setiap perkataan yang dituturkan oleh Dr Thida mengandungi fakta. Maka, ianya adalah satu sesi yang berat untuk mereka yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Sebagai manusia, kita punya masa terhad untuk memberikan penumpuan yang optimum; mungkin sekitar 15-30 minit per sesi sahaja. Sedangkan, tempoh kelas minimum adalah 1 jam. Oleh itu, anda haruslah kreatif berfikir bagaimana cara untuk menggantikan kelemahan itu, supaya tidak tertinggal fakta yang diberitahu.


Bersama Dr Thidacho


PENSYARAH BIOCHEMISTRY

Dr Sola (kiri sekali)
“Dentist is not only 10cm doctor,” itulah pesan Dr Solachuddin, atau lebih mesra dipanggil Dr Sola.
Pesan itu sentiasa diulang-ulang pada awal-awal tahun kerana beliau hendak membetulkan persepsi kami. Menjadi seorang doctor gigi, tidak bermaksud untuk meninggalkan bahagian biokimia; kerana kesan daripada ketidaktahuan ilmu biokimia boleh menyebabkan kematian seseorang pesakit.

Dr Sola; berasal dari Indonesia, sentiasa bergaya dengan laptop Applenya di dalam kelas. Susun atur slides beliau yang kemas memudahkan kami untuk membaca dan membuat rujukan.

Seorang lagi pensyarah yang mengajar kami biokimia ialah Dr Basma. Beliau merupakan isteri kepada Dr Nazih. Seperti suaminya, suara beliau juga sangat jelas seperti suara pembaca berita; tiada alasan untuk anda tidak faham apa yang disyarahkannya di dalam kelas.

7 comments:

  1. wow, looks soo interesting :DD
    planning to send my children to study here soon !

    ReplyDelete
  2. eh, 2 subjek je ke?

    ReplyDelete
  3. Ingatkan sape lah dr nazee tu.. Rupa2 nya prof nazih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! camtu ke eja nama dy? kat timetable kami ditulis Dr Nazee.. x tau la.. kami budak baru.. lagipun sekali je Dr masuk kelas kami..

      Delete
  4. Gambar2 lecturer lain mana? tak ada ke, hehehe

    ReplyDelete