Tuesday, 21 January 2014

End Of Block 2 Exam



Bismillahirrahmanirahim...assalamualaikum wbt
Haaa...sebut je pasal exam ni, mesti semua orang jadi resah dan gelisah, kan3? Sesungguhnya sistem pengajian dan peperiksaan yang dijalankan di KOD ini mempunyai sedikit persamaan dan berjuta perbezaan dengan sistem semester. Junior-junior di CFS kebanyakannya mesti nak tahu macam mana sistem ini dijalankan kan? Kami pun bila datang sini baru tahu pasal sistem ni.

1. Apakah perbezaan sistem blok dengan sistem semester?

Saya ringkaskan ia didalam jadual ini bagi memudahkan proses pernilaian dilakukan:-



PERKARA
SISTEM BLOK
SISTEM SEMESTER
TEMPOH PEMBELAJARAN
7- 9 Minggu
14 Minggu  
BREAK
Tiada
Ada
REVISION PERIOD
Tiada
Ada
MID TERM
Tiada
Ada
INTER SEM/BLOCK VACATION
Ada (selepas block 2 & 4 )
Ada ( Selepas 1 Semester )
*LAST MINUTE REVISON
Koma
Masih Selamat

*sila take note. hehe

2. Exam Blok yang Singkat dan Menyekat

Teringat lagi perasaan semasa exam first block tempoh hari. Kami punyalah cuak sebab itulah kali pertama kami menghadapi peperiksaan di KOD ini. Walaupun 10% saja dikira untuk setiap  block ( block 1 hingga 3 sahaja) , ia akan memberi impak pada markah keseluruhan. Lebih kurang 70% dikira untuk PROFESSIONAL EXAMINATION. (akhir block 4)


Tambahan, KOD tidak mempunyai study week seperti kuliah-kuliah lain dan kebiasaanya peperiksaan akan dijalankan selama 4 hari berturut-turut untuk keempat-empat subjek itu. Maknanya, tidak ada gap hari antara satu subjek dengan subjek yang lain. Masa yang disediakan untuk setiap paper adalah sama, iaitu satu jam sepuluh minit sahaja, (hanya untuk exam block 1-3 sahaja). Oleh itu, masa yang teramat terhad itu hendaklah digunakan dengan semaksimum mungkin untuk menjawab soalan-soalan yang banyak itu -.-


3. Professional Examination yang menguji kepakaran
Professional examination itu pula ialah satu peperiksaan yang dijalankan ketika Blok ke-4. Peperiksaan ini merangkumi kesemua topik dari blok pertama sehingga ke blok yang terakhir (Blok ke-4). Apa yang menariknya ialah lebih kurang 70% dikira untuk PROFESSIONAL EXAMINATION. Bayangkan betapa menggunungnya nanti nota yang perlu dibaca. 


Tidak hairan la, sepanjang tempoh itu, makan dengan buku, tidur dengan buku, berjalan pun dengan buku. Oleh yang demikian, proses-proses mengulangkaji nota dari blok-blok yang sebelumnya memerlukan segala macam kepakaran bermula daripada kepakaran membahagikan masa sehinggalah kepakaran menghubungkaitkan fakta dan cerita.


4. Protokol menghadiri ke dewan peperiksaan
Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, diwajibkan kepada setiap calon untuk membawa kad matrik. Sesiapa yang tidak membawanya, akan dikenakan saman. Tapi exam di sini  tak perlu bawa exam slip macam di CFS dulu. Cuma perlu sediakan jiwa dan raga sajaJ Tambahan, apa yang menarik ialah tempat duduk pula free seat dimana pelajar perlu mengambil kad  nombor secara rawak daripada pengawas peperiksaan. Hal ini supaya para pelajar tidak akn duduk dengan geng dan rakan-rakan mereka seterusnya mencegah daripada aktiviti tiru meniru,hehehe...


Setelah empat hari berturut-turut 'berperang' di auditorium, akhirnya kami dianugerahkan hadiah iaitu cuti selama 14 hari dan 14 malam di kampung halaman masing-masing. Alhamdulillah, terasa semua penat ini terbayar.

Say bye block 2, hi block 3 :D


Wajah2 sebelum masuk ke dewan peperiksaan



Tengok pula macam mana si brothers2 ni



Selesai menjawab, akhirnya...
Tulis apa la tu yea lepas exam...


No comments:

Post a Comment