Friday 27 December 2013

InterBatch 2013



Kulliyyah Of Dentistry Interbatch 2013

      Year 1,Year 1,Year1... G double O D J O B, GOODJOB GOODJOB GOODJOB... Itulah sorakan yang sering berkumandang tatkala setiap perlawanan antara batch kami dengan batch lain... Bukan pemain sahaja yang bersemangat penyokong pun mestilah lebih bersemangat untuk menaikan semangat rakan-rakan mereka yang sedang berjuang bukan.

     Tanggal 19,20 & 21 Disember 2013 telah berlangsung Interbatch sport tournament  atau erti kata lain seperti hari sukan antara setiap batch. Namun , Interbatch dalam Kulliyyah of Dentistry ini ada kelainan sedikit kerana staff juga turut menyertai dalam tournament ini. Maka terdapat 6 kontinjen yang bertanding untuk merebut Kejuaraan yang dinanti-nanti setiap tahun. Batch manakah yang paling hebat untuk tahun ini?Haa, nantikan.... Namun begitu , bukan kemenangan yang kita cari tetapi apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan dan ukuwah yang terjalin antara para pelajar dan staff... 


Kontinjen Interbatch 2013.

       Memandangkan masa yang terhad dan singkat, jadi, hanya beberapa acara yang dapat dipertandingkan untuk kali ini... antaranya:
  • BADMINTON (SINGLE & DOUBLE) (BROTHERS & SISTERS)
  • TABLE TENNIS (SINGLE & DOUBLE) (BROTHERS & SISTERS)
  • VOLLEYBALL (BROTHERS &SISTERS)
  • BASKETBALL (BROTHERS &SISTERS)
  • NETBALL (SISTERS)
  • FUTSAL (BROTHERS &SISTERS)

Acara yang dipertandingkan untuk tahun ini..

       Jadi secara keseluruhannya, 15 pingat emas bakal direbut oleh 6 kontinjen yang bertanding. Berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kerjasama pasukan yang jitu, siapakah yang bakal bersinar dan bergemerlapan untuk tahun ini?. Walaupun kami baru tahun pertama, namun ia bukan menjadi penghalang kepada kami untuk terus berjuang dan bersaing dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman. 

      Berkampung selama tiga hari di Sport Complex merupakan pengalaman yang terindah buat kami, walaupun penat dan letih dengan pelbagai cabaran dan masalah, namun itulah benda yang paling manis bila kami kenangkan. Berlatih bersama senior-senior kami juga antara detik-detik indah yang tidak dapat kami gambarkan. Kami sudah diibaratkan seperti sebuah keluarga yang besar yang saling membantu antara satu sama lain. Walaupun kami berbeza kontinjen,namun senior-senior kami tidak sombong dan kedekut untuk berkongsi ilmu dan teknik. Moga ukhuwah yag terjalin sesama kita akan berkekalan hingga ke akhirnya.

      Baiklah, saat yang dinantikan telah tiba, keputusan penuh untuk Interbatch 2013.... apa yang berlaku ada hikmahnya.. 'The Champion for Interbatch 2013 goes to YEAR 5'...... wawwwww ! seperti yang dijangka dari awal lagi, Year 5 telah berjaya mengungguli carta pungutan pingat untuk tahun ini. Akan tetapi, seperti yang tidak disangka, 'Second Place goes to YEAR 1'... wooooooo ! Walaupun baru kali pertama menyertai Interbatch 2013, kami telah berjaya mendapat naib juara keseluruhan dengan 3 Emas, 3 Perak & 5 Gangsa.. Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan penyokong setia ... haha... sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang & kalah.... tahun depan cuba lagi...

                                                 Keputusan Akhir Interbatch 2013


        Nak tahu acara apa yang telah kami menangi... jom lihat saja gambar di bawah ini,  Hehehehe...^^

                                                    3 Emas, 3 Perak, 5 Gangsa... Permulaan yang Baik !


              Mungkin ucapan terima kasih tidak dapat membalas segala keringat penat lelah pihak penganjur,walau apa pun kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengajur yang terlibat secara langsung atau tidak terutama sekali kepada Second Year kami (6 Xanthron) yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini walaupun mereka sangat sibuk dengan jadual pembelajaran yang sangat padat jika dibandingkan dengan kami. Moga apa kalian berikan bernilai di sisi Allah .... InsyAllah, tahun depan kami pula yang akan mengambil alih tugas kalian... Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! kepada semua komiti, pemain,penykong dan semuanya... Jumpa lagi tahun hadapan ...InsyaAllah=)

Ping pong


Basketball

Volleyball

Futsal

Futsal lagi

Random

More random
Zzzzz..

Closing Ceremony


SISTERS










OUR WINNERS !!
1. Pingpong (Silver)
2. Pingpong (Silver)
3. Badminton (Gold)
4. Futsal (Bronze)
5. Volleyball (Bronze)
6. Futsal (Gold)

1. Pingpong (Silver)
2. Badminton (Bronze)
3. Badminton (Bronze)
4. Pingpong (Gold)
5. Badminton (Bronze)

Ini dia,  video persediaan kami serta penyokong-penyokong kami...





Akhir sekali, video atlet-atlet serta penyokong-penyokong setia:)



5 comments:

  1. terbaik la eximius..
    akak bangga dengan korang..
    gen emas kod nih..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. kami pun bangga dgn kak anonymous XD

      Delete
  2. Moga KOD tahun ni boleh bagi saingan utk ISCAR nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ~ Kalau ada rezeki insyaAllah kami juara tahun ni.. =D

      Delete