Showing posts with label Academic. Show all posts
Showing posts with label Academic. Show all posts

Monday, 8 August 2016

[Part III] General Medicine & General Surgery

Suasana IIUM Teaching Hospital yang sungguh selesa

Disebabkan GM & GS ini adalah nadi untuk tahun 3, makanya, diadakan satu pos khas untuk kongsikan suka duka pengalaman kami dengan adik-adik semua. GMGS dikatakan denyut nadi kami kerana jika tidak lulus, maka tiadalah year 4 -- year 3 dan year 3 lah lagi alamatnya. Bahkan, peperiksaaan teori GMGS ini hanya dibenarkan 1 kali percubaan sahaja. Keputusannya muktamad. PASS atau FAIL. Stay in year 3 or proceed to year 4. Tak ada tengah-tengah okay.

Antara komponen GMGS ini ialah clerking - bedside teaching - PE - seminar - tutorial - quiz.

Buat pengetahuan anda, apa yang diceritakan di sini dilaksanakan semasa sesi kami (2015/2016), kemungkinan akan/bakal dipinda untuk tahun adik-adik nanti.

Sunday, 7 August 2016

[Part II] Senarai Semak Persediaan Tahun 3



Sesi lelong lelong barang senior macam dah mula je bila adik-adik infinite dah start PM akak-akak lady gigi untuk beli barang GM GS ni.

Kenapa bukan semua akak-akak dan abang-abang ni ada set lengkap? Kenapa ada yang beli, ada yang tak beli? Sebenarnya, apa je barang yang perlu untuk year 3 nanti?

Okay, inilah skop post kali ini. Untuk memudahkan kita buat pembahagian ye. Tapi, tapi sebelum tu, amaran dan peringatan. Post ini bukan rasmi dari mana-mana pihak KOM atau KOD.  Hanya secebis dari senior kepada junior sahaja. Tidak langsung bertujuan menjadi juru cakap mana mana pihak.

Saturday, 6 August 2016

[Part I] Kurikulum Tahun 3 BDS

Antara tugasan dalam subjek DPH:
Uruskan program OHE untuk kanak-kanak yang datang ke KOD
Selamat datang sesi penggal baru, tahun 3; iaitu tahun pertama menempuh alam klinikal. Suasana yang agak berbeza berbanding pra-klinikal.

Selamat tinggal makmal simulasi. Juga si dummy yang bukan saja tiada lidah, tiada air liur bahkan penuh sabar membuka mulutnya sebesar besar alam tanpa dipinta. Tahniah juga buat adik-adik yang berjaya melepasi tahun 2. Yang masih kena resit exam tu, jangan berputus asa. Masih ada peluang buat anda untuk menjejaki alam klinikal bulan 9 nanti. Anda boleh!

Bahagian pendahuluan ni, eloklah saya ceritakan dulu berkenaan kurikulum tahun 3 dari perspektif sebagai seorang senior (bukan formal dari KoD). Serius sikit. Secara keseluruhan, ada 10 subjek yang dipelajari di tahun 3, dibahagikan mengikut tema iaitu 2 medical & 8 dental:

Sunday, 4 October 2015

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rawatan Di Klinik Pergigian UIAM

oleh Otesudesu

Kaunter Pendaftaran di Polyclinic Kulliyyah of Dentistry (KOD)
Assalamua'alaikum kepada semua pembaca blog ini. Harap semua masih bernyawa disaat debu jerebu mengelabu awan yang tak berapa biru.

Alhamdulillah, pertamanya kami panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah masih menrezekikan semua ahli-ahli eximius yang re-sit exam pro haritu semuanya PASS!

Terima kasih kepada para pensyarah yang memberi sokongan tidak putus-putus buat mereka terutamanya Dr Haikal yang tak mengira apa musim pun (re-sit yang lalu sejurus selepas hari raya aidilfitr) untuk membantu kami.

Makanya, telahpun menjejaki sang tunic-tunic hijau ini ke dalam polyclinic sejak bulan september yang lalu, walaupun belum lagi bermula episod memanggil, melayan, merapport dan sebagainya dengan pesakit. Dalam fasa 2 bulan pertama ini, kami praktis dengan kawan-kawan je dulu.

Ok, nak masuk tujuan asal menulis.

Friday, 7 August 2015

ViVa (The Scariest things after Pro Exam>.<)

By:
TehAisBungkus










PENGALAMAN MENDUDUKI VIVA
Bismillahirrahmanirrahim.
So, merujuk kepada tajuk di atas, hari ni nak citer pasal experience abam dan hakak yang pernah melalui  viva ni . Sebelum tu mari kita flashback flow peperiksaan di KOD ni.


Friday, 17 July 2015

All About Year 2, 2014/2015

Semasa demo penghasilan metal RPD framework
Bagi yang masih belum baca post-post yang berkaitan dengan aktiviti akademik di tahun 2 ni, jemput ke post berikut:
Part I - Subjects year 2 [1]
Part II - Prosthodontics laboratory works [1] [2]
Part III - Conservative dentistry - on dummy teeth [1]

Selamat datang ke tahun ke-2 pengajian di Kulliyyah of Dentistry.
Tahniah kepada adik-adik junior yang berjaya melepasi tahun 1 selepas menduduki peperiksaan professional baru-baru ini. Kepada yang masih belum pass, anda masih ada peluang ke-2. Jangan terlalu sedih, dibimbangi fokus terhadap kertas seterusnya terganggu pula nanti.

Apapun, diucapkan selamat hari raya aidilfitr terlebih dahulu. Post ini bertujuan nak titipkan beberapa pesanan buat adik-adik junior, walaupun yang menulis ini bukanlah yang terbaik dalam kalangan eximius the seventh.

Sunday, 1 February 2015

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 1

Tunjuk ajar dari para technician yang dedikasi.
Lokasi: Makmal plaster, Kulliyyah of Dentistry, UIAM
Tahukah anda? Gigi palsu penuh (complete denture) yang dibuat untuk mereka yang langsung tiada gigi (edentulous) mempunyai beberapa langkah yang panjang. Oleh itu, tidak hairanlah proses pembuatannya mengambil masa yang lama. Walaupun di klinik swasta, biasanya memakan masa 1 bulan.

Dalam subjek prosthodontics, kami mula berjinak-jinak dengan proses pembuatan gigi palsu penuh ini. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti langkah-langkah ini.

Untuk memudahkan bicara, apa kata bayangkan anda seorang pesakit yang nak buat gigi palsu penuh ini. Anda datang ke klinik gigi. Apa yang doktor akan buat?

Sekurang-kurangnya, anda memerlukan 4 kali lawatan!


Saturday, 31 January 2015

Rawatan Pergigian Untuk Dummies - Part 1

Barang-barang di makmal simulasi akan menjadi hak milik kami
sepanjang satu tahun bermula hari inventori
Post kali ini, saya nak bercerita tentang aktiviti/rawatan yang berkaitan subjek cons(rawatan melubangkan gigi dan tampal gigi dalam erti lebih mudah (rujuk post yang lalu) yang kami buat sepanjang blok 1 tahun 2. Rawatan-rawatan yang melibatkan conservative (cons) ini biasanya akan menggunakan senjata utamanya, iaitu handpiece.

Semasa kali pertama dapat tekan pedal suis handpiece, memang mengujakan. Main sembur air, sembur angin. Sembur angin kat muka sendiri, sembur kat muka kawan sebelah! Maklumlah, benda baru dapat sentuh. Dulu pernah tengok di klinik je, tak berani nak pegang-pegang pun, apalagi nak main picit-picit. Sekarang akhirnya bertemu peluang, sudah pasti tidak dilepaskan.

Apa yang menjadi tulang belakang proses pembelajaran subjek ini ialah... gigi-gigi orang yang dikutip dari klinik. Ya, gigi yang asli. Setiap pelajar perlu menyediakan sendiri gigi yang sesuai untuk latihan sebelum tiba masanya. T.T

Friday, 30 January 2015

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - Part 2

[Artikel ini bersambung dari siri lepas]

Selesai memperbetul susunan gigi, kini denture ini menunggu untuk diukir bentuk gusi pula
(Gambar selepas diukir adalah hakcipta abadi penulis, jadi tak diupload di sini)

Telahpun menjadi lumrah kehidupan, semakin banyak yang didedahkan, semakin banyak pula selok beloknya. Cuba kita ingat kembali zaman tadika. Hanya tahu sebut huruf A hingga Z. Dan akhirnya kita menyambung huruf-huruf itu menjadi satu perkataan. Pada awalnya seperti tiada signifikan, tetapi lama-kelamaan fahamlah kita barisan ayat dibentuk adalah untuk bekalan makna fasa pembelajaran yang seterusnya...

Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.

Monday, 26 January 2015

32 Batang Gigi, 5 Tahun Kena Belajar ?!


Model ini diperbuat daripada gypsum
(Kredit: Senpai tunic merah)
"Apalah yang mereka belajar, sampai 5 tahun."

"Gigi cuma ada 32 batang. Kalau 32 bahagi 5, sama dengan lebih kurang 6-7 batang gigi setahun. Satu tahun belajar 6 batang gigi?"

Tiba-tiba di tahun pertama lagi, semua pembelajaran tentang anatomi gigi sudah lengkap. 16 batang gigi (darab 2; kanan dan kiri) hanya dihabiskan dalam masa setahun!

Hmmm... tinggal apa lagi untuk tahun 2, 3, 4 dan 5 nanti?


Wednesday, 9 July 2014

Penamat Episod I, Kulliyyah of Dentistry...

Dewan Peperiksaan Yang Tenang dan Damai
Sejak celik saja ke dunia, kita akan berhadapan dengan pelbagai fasa peperiksaan.

Tadika ada 'ujian' akhir tahun.
Sekolah rendah ada UPSR.
Sekolah menengah rendah ada PMR; walaupun kini telah pun dimansuhkan.
Sekolah menengah atas ada SPM.

Kemudian kita menginjak fasa hidup ke menara gading, juga ada peperiksaan. Begitulah hakikat kehidupan ini. Kita sentiasa ada sistem yang sentiasa menganalisa pencapaian. Bahkan, seluruh hidup kita ini adalah sistem peperiksaan yang dikendalikan oleh Allah. Resultnya menanti setelah kita meninggalkan dunia ini.

Ehemm.. boring pula muqaddimah ni kan. Err. Ok, bagi anda yang tidak cukup kuat untuk tahu apakah peperiksaan yang bakal dilalui sepanjang di KoD tahun pertama, maka boleh lah menghentikan pembacaan di sini. Zzzz. Bagi yang eager sangat nak tahu... hah. Andalah calon distinction yang kami cari! :-)

Saturday, 17 May 2014

UNGS: “Bainal Jannah wal Jahannam” (Antara Syurga dan Neraka)

Assalamualaikum,ayuh kita mendalami satu episod pengajian yang sangat unik di UIAM; 
UNGS di UIAM Gombak



Credit to: Yong Rahimah Saharul Rahman
Saya yakin skrip UNGS ini pastinya berulang untuk generasi yang seterusnya,
 bedanya hanya pada watak.

APAKAH ITU UNGS?

UNGS (baca: unggas) maksudnya Universal General Studies yang merupakan university required course IIUM . Nama lagi university required course, maksudnya semua pelajar UIAM wajib mengkhatamkan silibus ini sebelum mereka grad. Yang seronoknya, subjeknya hanyalah tiga

Tuesday, 8 April 2014

Lawatan Belajar ke Zoo Negara


17 March 2014


           Kringggg,,Tingtong,TwitTwit,Domm..... bunyi penggera telefon dari pelbagai arah telah memecahkan lenaku, haa, baru jam 4.15 pagi, kenapa cerah semacam je pagi ni... itu lah yang berlaku di bilik jejaka-jejaka eximius, seawal 4 pagi kami telah bangun untuk bersiap ke lawatan sambil belajar di zoo negara. Setelah selesai bersiap, kami menaiki kenderaan berpacu empat roda ke UIA untuk berkumpul disana bersama puteri-puteri eximius. Kelihatan ada bas yang sedang menunggu kami di mahallah maimunah bersama staff-staff serta Dr Bobo & Dr Widya sebagai pengiring. Memandangkan ada dua bas yang akan membawa kami kesana, kami dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Bas pertama dinaiki kumpulan 1,2,3 manakala bas kedua untuk kumpulan 4,5,6. Secara rasminya, kami telah meninggalkan Uia kuantan sekitar 5.15 pagi.

            Sebelum lawatan ini diadakan, kami telah diberikan tugasan untuk mencari maklumat tentang ciri-ciri umum gigi haiwan mengikut kumpulan mereka sepert karnivor, ikan, serangga dan lain-lain. Jadi tidaklah kami ke zoo ini hanya untuk bersuka ria sahaja. Program ini adalah program tahunan kepada semua pelajar tahun satu. Pulang sahaja ke Uia nanti , kami akan diberikan masa untuk membuat pembentangan mengenai tugasan yang telah diberikan. Doktor kata akan ada markah untuk pembentangan ni dan mungkin akan ada hadiah juga, tapi saya tak pasti lagi kesahihannya lagi.

Tuesday, 21 January 2014

End Of Block 2 Exam



Bismillahirrahmanirahim...assalamualaikum wbt
Haaa...sebut je pasal exam ni, mesti semua orang jadi resah dan gelisah, kan3? Sesungguhnya sistem pengajian dan peperiksaan yang dijalankan di KOD ini mempunyai sedikit persamaan dan berjuta perbezaan dengan sistem semester. Junior-junior di CFS kebanyakannya mesti nak tahu macam mana sistem ini dijalankan kan? Kami pun bila datang sini baru tahu pasal sistem ni.

1. Apakah perbezaan sistem blok dengan sistem semester?

Saya ringkaskan ia didalam jadual ini bagi memudahkan proses pernilaian dilakukan:-

Monday, 20 January 2014

Tunik Itu Unik

APAKAH ITU TUNIK?

Jika kita membuka kamus elektronik Oxford, kita akan mendapati “tunic” sendiri memberi banyak maksud dan pengertian yang mana daripada segi lughah/bahasa;
  1.       Jaket ketat yang dipakai sebagai sebahagian pakaian seragam oleh pegawai polis, askar dsb
  2.       Pakaian luar yang longgar ( biasanya tanpa lengan ) yang sampai ke lutut dan kadang-kadang          beropol di pinggang dengan adanya tali pinggang, seperti yang dipakai oleh orang Yunani dan Rom    kuno
  3.      Pakaian yang serupa yang sampai ke punggung dengan lengan yang terbuka yang dipakai di atas seluar atau skirt oleh wanita atau gadis
Tetapi dari segi istilahnya di dalam konteks Kuliyyah Of Dentistry, ia memberi maksud:

Sunday, 12 January 2014

Pensyarah Kami [TAHUN PERTAMA]

[Oleh: Puterikalimah Ahk]
Dr Hamoud

Sedang seorang pensyarah memulakan kelasnya dengan tazkirah dan membuat refleksi keunikan ciptaan Allah, pintu kelas di ketuk. Lalu, masuk seorang pelajar ke dalam kelas.

“Late,” beliau menjegilkan matanya.

“I’m sorry,” kata pelajar yang kelewatan itu.

“Its okay, but if in first year you are late 5 minutes, then in second year you will late 10 minutes. What happen if in the fifth year?”

Itu Dr. Hamoud; berasal dari Yaman, pensyarah subjek anatomi yang kami segani. Beliau pantang jika ada pelajar datang lambat ke kelasnya. Beliau sangat menepati masa. Jika kelas bermula pada 10.30 pagi, beliau akan tiba 5 minit sebelum atau tepat pada masanya.

Tuesday, 24 December 2013

HeLLO mR. sKULL !



     Say hello to our new friend, Mr skull... You know what... All of us are given one set of Mr.Skull . So that, we can learn and understand about the structure of our skull. It is so fun to learn the name and structure of the skull although there are a lot of weird names, but once you already memorized it, you will be so excited to learn more. That is what we call anatomy, you just need to read, remember and memorize. Most of the people say anatomy is so boring, but for me, it actually depends on how we make it interesting right... Everyone have their own passion .. So it is up to you how to manage yourself. Ok, that is all for now.. We will keep you posted! InsyAllah....^^

Tuesday, 26 November 2013

Lakarkan Gigimu


              Dunia pergigian tidak dapat dipisahkan dengan nilai artistic serta seni. Ini adalah salah satu kemahiran yang anda harus ada untuk menjadi seorang doctor gigi. Yeah ! anda kene pandai melukis gigi. Tapi jangan risau bagi yang tidak pandai melukis, pada peringkat awal ini anda akan melukis di atas kertas graph. Anda akan dibekalkan satu contoh lukisan sebagai panduan untuk melukis.

             Lukisan-lukisan ini dapat membantu para pelajar untuk lebih mengenali morfologi gigi (anatomi gigi), bagaimana bentuk, saiz, ukuran sebatang gigi. Untuk sebatang gigi, anda akan ditugaskan untuk melukis 5 pandangan . Wah ! banyak bukan ! dah macam arkitek pula… Setiap lukisan ini akan diberikan markah per 10 . Markah ini akan dikumpul serta dicampur dengan markah peperiksaan. Lupa untuk saya nyatakan, lukisan gigi ini termasuk di dalam subjek Oral Biology, subjek yang hanya diambil oleh pelajar pergigian.

Dua buah buku diperlukan.
Satu untuk bahagian Gigi atas (Maxillary teeth)
Satu untuk bahagian Gigi bawah (Mandibular teeth)
                                                                                                                                                                          

Mengukir sebatang gigi [CARVING TIME !]

CARVING TEETH (UKIRAN GIGI)



          Mengukir gigi adalah salah satu daripada perkara asas yang wajib  dilakukan  setiap pelajar pergigian. Ini adalah salah satu cabaran yang harus anda tempuh dalam tahun pertama sebagai pelajar pergigian. Ia tidak sesenang dan tidak semudah yang disangka. Kemahiran mengukir gigi ini memerlukan kesabaran yang tinggi serta nilai kreativiti yang tinggi. Jurusan pergigian adalah jurusan yang mengabungkan ilmu sains dan seni. Menarik bukan !. Namun jika anda rasa anda tidak berseni, usah takut dan gusar kerana kemahiran seni ini boleh diasah serta digilap dari masa ke semasa, yang penting jangan berputus dan terus bersemangat untuk melakukan sesuatu.