Monday 20 January 2014

Tunik Itu Unik

APAKAH ITU TUNIK?

Jika kita membuka kamus elektronik Oxford, kita akan mendapati “tunic” sendiri memberi banyak maksud dan pengertian yang mana daripada segi lughah/bahasa;
  1.       Jaket ketat yang dipakai sebagai sebahagian pakaian seragam oleh pegawai polis, askar dsb
  2.       Pakaian luar yang longgar ( biasanya tanpa lengan ) yang sampai ke lutut dan kadang-kadang          beropol di pinggang dengan adanya tali pinggang, seperti yang dipakai oleh orang Yunani dan Rom    kuno
  3.      Pakaian yang serupa yang sampai ke punggung dengan lengan yang terbuka yang dipakai di atas seluar atau skirt oleh wanita atau gadis
Tetapi dari segi istilahnya di dalam konteks Kuliyyah Of Dentistry, ia memberi maksud:

Baju yang dipakai sebagai pakaian seragam oleh pelajar dan staf KOD yang dipakai atas seluar oleh lelaki mahupun perempuan.


APAKAH CIRINYA?

  1.        Baju yang seragam reka bentuknya. Walaupun ia berwarna warni, tetapi ia membawa satu reka bentuk yang sama. Ia secara tidak langsung menunjukkan satu bentuk wehdatul fikr dan wehdatul amal antara penghuni dan penduduk KOD.
  2.     Baju yang berwarna-warni. Bukannya dalam satu custom itu ada warna merah, hijau dan ungu sekaligus, tetapi warnanya adalah berbeda untuk setiap batch dan staf. Sebagai contoh:-

First Batch(MAROON)

Second Batch(PURPLE)

Third Batch (DARK BLUE)

Third Batch (DARK BLUE)
Fourth Batch (YELLOW)

Fifth Batch(TURQUOISE)

Sixth Batch(RED)



First, Second & Third Batch , Its looks nice right, so colourful =]

          Kelebihannya:
a.       Ia mengelakkan white coat syndrome kepada pesakit sekaligus mewujudkan satu suasana yang riang dan gembira apabila berjumpa dengan doctor gigi.
b.      Ia merupakan identity card" bagi setiap batch. Apabila kesemua pelajar berada di dalam makmal, ia memudahkan proses pengecaman dilakukan oleh pensyarah.
c.       Bonus bagi kaum Hawa, kerana pemakaian tunik ialah "express attire" kerana ini memudahkan proses pemilihan baju untuk ke kelas. Kalian tidak perlu lagi membuka loker dan merenung jauh untuk memikirkan apakah baju yang sesuai untuk dipakai pada hari ini kerana baju itu adalah tunik sahaja. Titik.
Kekurangannya:
a.       Memberi satu kesan psikologi yang parah kepada pelajar yang extend atau repeat tahun pengajian apabila si pesakit kerap bertanya: “ Kenapa baju awak warna ini, sedangkan yang lain berwarna itu.?”


    3.  Potongan baju dan seluar  adalah mengikut keselesaan pemakai. Tidak terlalu ketat    sehingga menampakkan bentuk badan (terutamanya perempuan) mahupun tidak telalu          longgar sehingga meyekat kemudahan menggunakan peralatan makmal/klinik.

                 Tambahan, pemakaian tudung mahupun scarf bagi kalangan pelajar perempuan perlu dimasukkan ke dalam tunik. Ini kerana:

a.       Menjaga keselamatan pelajar terutamanya di dalam makmal. Ini kerana, di dalam makmal sendiri, banyak perkara yang mencabar bakal dilakukan oleh pelajar seperti menggunakan api  dan mengendalikan rotary  instrument. Oleh itu, ia memerlukan satu pemakaian yang sesuai untuk mengelakkan apa-apa kemalangan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran Surah An- Nur ayat 31, Allah taala ada menyebut :

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan  kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya  (auratnya) melainkan kepada suami mereka...”

Sesungguhnya Islam ini  thabat dalam syariatnya dan murunah dalam pelaksanaannya.  Sebagai umat Islam yang taat, kita perlu kreatif dan bijak dalam memastikan syariat Allah itu terlaksana mengikut keadaan semasa dan tempat yang kita diami. InsyaAllah , di sini saya mahu mengemukan beberapa tips yang boleh diguna pakai bagi kaum hawa dalam memastikan dadanya ditutup ketika memakai tunik, antaranya ;

  •        Menempah tunik dengan ukuran sedikit longgar supaya tidak menampakkan bentuk badan dan sesuai dipakai dalam jangka masa yang panjang walaupun si pemakai mengalamai proses naik turun berat badan.
  •       Mengeluarkan tudung ke luar tunik apabila sesi makmal selesai kerana pemakaian tudung di dalam tunik hanya mendesak ketika proses-proses di dalam makmal.
  •          Mengenakan sweater mahupun jaket di luar. Bukan sahaja nampak bergaya, tetapi tetap menjaga maruah sebagai seorang muslimah walau di mana sahaja berada.

Tambahan, pepatah Melayu ade mengatakan, alah membeli menang memakai. Oleh kerana kos yang diperlukan untuk mendapatakan set lengkap tunik  tahunan ini agak mahal ( RM500++ beserta dengan sst, dan mungkin bertambah dengan gst.hehehe), perlunya untuk pelajar
i.    memilih warna yang sesuai,
ii.   potongan yang terbaik mengikut syariat Allah yang mana valid sehingga tahun ke 5 
iii.  beserta material yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik dalam mengharung dunia pergigian yang panjang.

Wa Allahu a'alam..


Sumber:
Al Quran Tajwid dan Terjemahan beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik, Humaira Bookstore Enterprise
Oxford Compact Advance Learner’s English Malay Dictionary
Senior-senior dan sahabat-sahabat  daripada Kuliyyah Of Dentistry



12 comments:

  1. waahhh! macam best je...first year sekarang ni seventh batch kan? korang punya tunik warna apa?
    warna tu lecturer yg tentukan ke student yang decide sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap,kami batch ke-7.. Dalam perancangan warna yang kami rancang adalah warna Hijau...Mungkin sama seperti gambar baju hijau tu... Warna kami yang tentukan sendiri , Tapi kena dapat persetujuan daripada lecturer=]

      Delete
  2. mantap!!! suke sgt bace blog ni!! keep this up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan sis Lani, moga terus menyokong blog kami ni... Mungkin sis Lani boleh sumbangkan beberapa idea untuk kami nukilkan=] InsyAllah lebih meriah blog ini nanti

      Delete
  3. moga sisters tsabat pakai sweater/jacket/ape2 seangkatan dengannya... ramai dah skang ni tengok tak pakai... TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. mungkin mereka lupa ataupun x sedar. kita yg tau ni insyaAllah boleh sama2 ingatkan. moga tunic ni x menjadi asbab kemurkaan Allah ke atas KOD. na'uzubillahi min zalik

      Delete
  4. Hmm, tsabat dan murunah itu apakah? Maaf, saya budak baru belajar.
    Btw, insightful entry it is. Keep up da good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara ringkasnya,
      tsabat : tetap
      murunah : anjal / fleksibel

      ikut apa yg sy belajar, tsabat ni berkait dgn aspek aqidah. maksudnya, dalam perkara yg berkaitan dgn aqidah, tiada tolak ansur dibenarkan

      manakal murunah pula berkait dgn aspek pelaksanaan syariah Islam. maksudnya, as long as we obey syariat yg Allah tetapkan, it is okay regardless how we do it. kalau nak relate dgn artikel di atas, Allah suruh wanita untuk tutup aurat dgn sempurna. cara nak tutup aurat tu adalah fleksibel (murunah) sbb Allah x pernah pun cakap yg jubah etc adalah satu2nya wasilah utk wanita tutup aurat.. so kita perlu cari alternatif utk tutup aurat dgn sempurna, walaupun dgn memakai tunic.

      harap penjelasan di atas jelas. btw, sy bukanlah penulis post di atas. penulisnya asst DnT DENSS, Sarah Shafinaz. jadi kalau ada apa2 yg salah harap betulkan. =)

      Delete
  5. great guys!! keep up the good work :)

    ReplyDelete
  6. Tak sabarnyee nak masuk main camp ! skg kat asasi amik kos medik, taktau la boleh tukar dentistry ke tak bila masuk main camp nanti :-|

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sabar ye dik.. tinggal berapa bulan je ni.
      nak tuka kos ke? aritu pegi x iv dentist?

      Delete