Sunday, 25 May 2014

Komuniti Servis Di Zoo Mini Teruntum

            24 Mei 2015,Sabtu: ‘Kalau adik nak tahu, muka abang ni pernah masuk surat khabar . Sinar Harian, Metro , Berita Harian semua ada. Ada siap kata abang ni mati hidup semula.’ Ujar seorang penjaga zoo kepada kami. Perjalanan yang mengambil masa selama 15 minit dari Uia Kuantan telah membawa kami seramai 25 orang komiti bagi program khidmat masyarakat di mini zoo Teruntum. Zoo ini sangat hampir dengan salah satu pusat tarikan di Pahang iaitu Teluk Cempedak. Kedudukannya yang bersebelahan padang golf serta dikelilingi hutan menjadikan ia salah satu tempat yang menarik untuk dituju sebelum ke pantai teluk cempedak. Yang paling penting, tiada bayaran dikenakan kepada para pengunjung di sini.

             Aktiviti khidmat masyarakat ini telah memberi satu pengalaman yang baru kepada kami, melihat zoo dari perspektif yang berbeza dari sebelum ini. Jika sebelum ini hanya melihat haiwan dari jauh, kali ni dapat juga kami masuk ke dalam sangkar/kandang merekauntuk melihat lebih dekat. Setibanya kami di sini, kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan telah ditugas untuk membersihkan kawasan kandang dan sangkar haiwan yang berbeza-beza.



Sebelum bermula Program


Kumpulan 1 : Sangkar Ular & Buaya
Kumpulan 2: Kandang Banting, Angsa , Pelanduk & Banir
Kumpulan 3: Sangkar Burung Helang
Kumpulan 4: Sangkar memerang , Kura-kura & Landak
Kumpulan 5: Sangkar Burung


           Kerja-kerja menyapu, memotong ,membasuh, memberus, memberi makan merupakan antara rutin harian penjaga zoo di sini. Makanya, kehadiran kami sudah semestinya untuk membantu  mereka dalam menjalankan tugasan tersebut. Jujur kami katakan, kerja sebagai penjaga zoo ini amat mencabar kerana setiap hari mereka akan sentiasa berhadapan dengan risiko yang besar. Pelbagai cerita serta pengalaman mereka telah kami dengari. Penjaga zoo disini sangat peramah dan mesra. Tidak kering gusi kami dibuatnya. Ada sahaja benda untuk dikongsikan bersama. Namun apa yang membuatkan kami sedikit tersentuh  tatkala mendengar kisah pahit mereka disini. Boleh dikatakan hampir kesemua penjaga zoo di sini pernah tercedera disebabkan haiwan-haiwan ini.


Kerajinan terserlah 

Berada di Sangkar masing-masing...

Bergembira sambil bekerja 


Jom bagi mereka makan....
                Salah seorang daripada penjaga zoo, Bro. Jamil merupakan antara mangsa serangan ular berbisa. Bro. Jamil telah menceritakan kepada kami kisahnya yang telah dipatuk ular sebanyak 5 kali sepanjang bekerja disini. Apa yang lebih memeranjatkan kami, patukan ular yang kali kelima merupakan patukan yang paling teruk pernah dialami kerana hampir mengundang ajalnya. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang sibuk menjalankan rutin kerja beliau membersihkan sangkar ular . Khabarnya, beliau telah koma selama 16 hari dan tangan kiri beliau telah cacat sepenuhnya. Pada mulanya, sangkaan kami apabila melihat tangan kirinya yang berbalut adalah disebabkan kemalangan atau kebakaran memandangkan kulitnya kelihatan seperti melecur, rupa-rupanya ia merupakan kesan patukan ular berbisa. Balutan itu sudah hampir 2 tahun melilit di tangannya.  Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan minat beraksi dan berjinak-jinak dengan ular. Selepas kejadian itu, wajahnya telah tersiar di dada-dada akhbar. Pelbagai nama , gelaran dan tajuk berita telah dibuat oleh pihak media. Ada yang mengatakan beliau ‘Penjinak Ular Bertangan Satu’, ‘ Manusia Yang Mati Hidup Semula’ dan bermacam-macam lagi. Walaubagaimanapun, beliau berpesan kepada kami agar sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah. Jika kita rasa sakit, ingatlah ada orang yang lebih sakit dari kita, dan jika kita rasa kita susah, ada orang yang lagi susah daripada kita.


Saat menarik bersama ular.....Siapa ada pertunjukan dari Bro Jamil lagi...

Masa ni la nak tengok siapa yang berani,haha

              Kisahnya yang menyentuh hati  telah membuka mata serta meletakkan penjaga zoo ke suatu tahap yang lebih tinggi di mata kami. Walaupun berbahaya , mereka tetap komited menjalankan tugas menjaga dan memelihara  haiwan-haiwan ini daripada ancaman manusia dan haiwan lain. Meskipun kerja ini amat berisiko tinggi, kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap haiwan-haiwan ini telah mengubah segalanya.  Kami mendoakan agar semua penjaga zoo sentiasa diberikan kekuatan utuk mengharungi cabaran dan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka selama ini.

Brother-brother yang kacak !

Ahli-ahli kumpulan...



Welfieeee.....



Ahli Leadership Group 20

       Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada coordinator kumpulan kami iaitu Kak Ju yang telah banyak membantu kami menguruskan program ini. Tidak dilupakan juga kepada beberapa pihak penaja iaitu:
  •       Nasi Kukus Mama
  •         Eyra Creative Media & Event
  •     Keluarga Syazana

    Terima kasih atas sumbangan nasi kukus yang sangat SEDAP & LAZAT untuk makanan tengahari kami. Tak lupa juga sumbangan button badge  yang sangat COMEL dari Eyra Creative Media & Event. Moga perniagaan pihak tuan/puan akan lebih berkembang dan maju di masa hadapan.Tidak ketinggalan salah seorang ahli komiti kami iaitu Syazana yang telah menyediakan sarapan pagi nasi goreng telur mata untuk permulaan hari kami. Sekian sahaja untuk coretan kali ini. Sayangilah haiwan, jika bukan anda siapa lagi? Katakan ‘TIDAK’ kepada KEPUPUSAN !


Ni lah dia Program Manager bersama Bro Jamil, tengoklah tangan beliau..masih berbalut..:(


Penaja Rasmi : Nasi kukus mama murah & marvellous



Penaja rasmi: Eyra Creative Media & Event





23 comments:

  1. What a great experience ! 👍

    ReplyDelete
  2. Hopefully the other group also will have a good journey and experience :)

    ReplyDelete
  3. tak kan lupa pengalaman ni:D thanks k ju, k zana&family n nasi kukus mama

    ReplyDelete
  4. tde kak amni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak amni group lain, dia ada komuniti servis yang lain, nnti akan di update tentang komuniti servis yang lagi satu...nantikan

      Delete
  5. takleh nak blah blog post ni LOL

    NICE ONE! one of the best experiences~

    ReplyDelete
  6. Abang jamil hensem :-)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih la menerima tetamu yg x diundang ni~siap dpt button lagi ^_^

    ReplyDelete
  8. Best owh community service ni!! Dpt nasi kukus mama, dpt msk kandang haiwan. Siap jmpa Messi lagi ♥♥♥

    ReplyDelete
  9. Xpuas lagi pegang ularrr...
    Tp serius berat betul ular tu.
    Mcmana la adlin kuat letak kat bahu...

    ReplyDelete
  10. Best2! Seronok :-D

    ReplyDelete
  11. bagus aktiviti ni.keep it up.from bro nasri (medical radiographer) at k.o.d

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro nasri,tak sangka pula staff K.O.D pun baca blog kami ni....=]

      Delete
  12. catering mantap...hariz mantap... semua kenyang kan...haha!
    Haiwan2 pn kenyang kan...hehehe

    ReplyDelete
  13. Mcm mana bro jamil tu kena patuk ular? Dia main2 ke dgn ular tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya masa dia tengah bersihkan sangkar....mungkin masa tengah alihkan ular...mungkin...

      Delete
  14. Bro mna ntah yg x pegang ular langsung... Ngeh3~

    ReplyDelete
  15. Blog eximius memang kuat main ke? Macam x professional ja. Ini ke kulliyah of Dentistry yang dipandang tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud awak kuat main? Kami buat program ni sbg projek utk subjek leadership. Dan lagi satu, kalau professional yg awak maksudkan adalah hanya belajar dalam kelas, tu bukanlah professional pada pndgn kami. Kami taknak jadi mahasiswa yg lemah dan tak menyumbang kpd masyarakat. Harap dapat betulkan persepsi awak tu ye :)

      Delete
  16. Terima kasih anon (17.21) sebab sudi baca dan komen dkt blog ni. Mungkin boleh kongsi apa yg anda maksudkan dgn professional. Kalau ada cadangan penambah baikan sangat2 kami alu-alukan. Terima kasih.
    P/s: Oh, sekadar peringatan, ini blog ya, bukan website rasmi Kulliyah of Dentistry IIUM ;-)

    ReplyDelete
  17. Maaf, saya tidak menyebelah mana2 pihak,saya faham apa yang cuba disampaikan oleh anon tu, tapi apa yang para pembaca perlu tahu, blog ini bukan lah blog rasmi kulliyyah of dentistry, ini adalah blog batch kami..kami hanya berkongsi aktiviti2 yang berkaitan dengan bactch kami... Apa yang orang luar harus tahu adalah kami baru pelajar tahun pertama, kami masih tidak lagi didedahkan kepada dunia pergigian secara menyeluruh... Kami lebih kepada pembelajaran secara teori,masih lagi tiada kerja amali, oleh itu itu kami mempunyai banyak masa yang terluang lagi .Saya faham ramai yang kata pelajar dentist ni sibuk..Tetapi di sini kesibukan itu biasanya akan kami alami ketika di tahun 2 dan ke atas. Tahun pertama ni kami lebihkan kepada aktiviti2 luar untuk meningkatkan softskill kami sebelum ke alam klinikal bersama pesakit2... Moga masyarakat luar faham akan tujuan blog ini dan tidak hanya melihat course dentistry ini hanya adalah course yang serius...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih la kepada Nasi kukus mama@En Azman , mmg terbaik la

      Delete