Thursday, 11 August 2016

[Part IV] Clinical Requirement & Peperiksaan

Sisters eximius bersama staff yang baik kerana paling banyak bersabar dengan kerenah year 3 ni.. hee

Setelah berhari-hari demonstrasi tunjuk ajar di klinik, ditambah dengan lectures selama 2 jam setiap hari, maka tibalah saat-saat yang diketahui ramai, mampu meningkatkan kadar degupan jantung dan tekanan darah iaitu peperiksaan akhir blok 1 (End of Block aka EOB). 

Kali ini, tahap susah ditingkatkan lagi. Well, life is more adventurous when it is decorated with challenges. 

Jumlah subjek yang perlu dikuasai pada tahun ini ditambah daripada 6 (year 2) kepada 10 (year 3). Namun, kami sangat-sangat bersyukur kerana tidak lagi dipertemukan dengan GM dan GS dalam peperiksaan EOB 1 dan EOB 2. 

Monday, 8 August 2016

[Part III] General Medicine & General Surgery

Suasana IIUM Teaching Hospital yang sungguh selesa

Disebabkan GM & GS ini adalah nadi untuk tahun 3, makanya, diadakan satu pos khas untuk kongsikan suka duka pengalaman kami dengan adik-adik semua. GMGS dikatakan denyut nadi kami kerana jika tidak lulus, maka tiadalah year 4 -- year 3 dan year 3 lah lagi alamatnya. Bahkan, peperiksaaan teori GMGS ini hanya dibenarkan 1 kali percubaan sahaja. Keputusannya muktamad. PASS atau FAIL. Stay in year 3 or proceed to year 4. Tak ada tengah-tengah okay.

Antara komponen GMGS ini ialah clerking - bedside teaching - PE - seminar - tutorial - quiz.

Buat pengetahuan anda, apa yang diceritakan di sini dilaksanakan semasa sesi kami (2015/2016), kemungkinan akan/bakal dipinda untuk tahun adik-adik nanti.

Sunday, 7 August 2016

[Part II] Senarai Semak Persediaan Tahun 3



Sesi lelong lelong barang senior macam dah mula je bila adik-adik infinite dah start PM akak-akak lady gigi untuk beli barang GM GS ni.

Kenapa bukan semua akak-akak dan abang-abang ni ada set lengkap? Kenapa ada yang beli, ada yang tak beli? Sebenarnya, apa je barang yang perlu untuk year 3 nanti?

Okay, inilah skop post kali ini. Untuk memudahkan kita buat pembahagian ye. Tapi, tapi sebelum tu, amaran dan peringatan. Post ini bukan rasmi dari mana-mana pihak KOM atau KOD.  Hanya secebis dari senior kepada junior sahaja. Tidak langsung bertujuan menjadi juru cakap mana mana pihak.

Saturday, 6 August 2016

[Part I] Kurikulum Tahun 3 BDS

Antara tugasan dalam subjek DPH:
Uruskan program OHE untuk kanak-kanak yang datang ke KOD
Selamat datang sesi penggal baru, tahun 3; iaitu tahun pertama menempuh alam klinikal. Suasana yang agak berbeza berbanding pra-klinikal.

Selamat tinggal makmal simulasi. Juga si dummy yang bukan saja tiada lidah, tiada air liur bahkan penuh sabar membuka mulutnya sebesar besar alam tanpa dipinta. Tahniah juga buat adik-adik yang berjaya melepasi tahun 2. Yang masih kena resit exam tu, jangan berputus asa. Masih ada peluang buat anda untuk menjejaki alam klinikal bulan 9 nanti. Anda boleh!

Bahagian pendahuluan ni, eloklah saya ceritakan dulu berkenaan kurikulum tahun 3 dari perspektif sebagai seorang senior (bukan formal dari KoD). Serius sikit. Secara keseluruhan, ada 10 subjek yang dipelajari di tahun 3, dibahagikan mengikut tema iaitu 2 medical & 8 dental:

Thursday, 12 November 2015

[Laporan Aktiviti] Iftar & Solat Hajat Blok 1, Tahun 3


oleh Camellia


Ahli eximius yang semakin meriah :-)

Saat ini, salah satu tanda kiamat yang paling dirasai ialah masa yang terasa amat singkat. Pejam celik pejam celik, ehh, dah masuk tahun 3 rupanya. Tadaaa, end of block 1 exam dah pon berakhir.
Ceritanya, biro dakwah dan tarbiah eximius yang mantap (biro lain pun tak kurang hebatnya) dengan gigihnya menganjurkan majlis iftar dan solat hajat untuk sama-sama mendoakan kecemerlangan dan merapatkan kizuna. Ahli-ahli biro dibahagikan dan tulang empat kerat  dikerah untuk menjayakan program. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu sama ada secara terus atau di belakang tabir.

Sunday, 4 October 2015

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rawatan Di Klinik Pergigian UIAM

oleh Otesudesu

Kaunter Pendaftaran di Polyclinic Kulliyyah of Dentistry (KOD)
Assalamua'alaikum kepada semua pembaca blog ini. Harap semua masih bernyawa disaat debu jerebu mengelabu awan yang tak berapa biru.

Alhamdulillah, pertamanya kami panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah masih menrezekikan semua ahli-ahli eximius yang re-sit exam pro haritu semuanya PASS!

Terima kasih kepada para pensyarah yang memberi sokongan tidak putus-putus buat mereka terutamanya Dr Haikal yang tak mengira apa musim pun (re-sit yang lalu sejurus selepas hari raya aidilfitr) untuk membantu kami.

Makanya, telahpun menjejaki sang tunic-tunic hijau ini ke dalam polyclinic sejak bulan september yang lalu, walaupun belum lagi bermula episod memanggil, melayan, merapport dan sebagainya dengan pesakit. Dalam fasa 2 bulan pertama ini, kami praktis dengan kawan-kawan je dulu.

Ok, nak masuk tujuan asal menulis.

Thursday, 20 August 2015

10 Soalan Yang Kerap Ditanya Kepada Pelajar Dental

oleh Sturdevant & Otesudesu


Polyclinic - IIUM Dental Clinic
Assalamu'alaikum. Segmen dental informasi kembali lagi. Emm macam ayat TV pendidikan :P

Apabila anda mula menceburi dunia pergigian, anda mesti pernah (atau akan) ditanya oleh para sahabat handai, ahli keluarga atau saudara mara yang lain, sekurang-kurangnya 10 soalan ini.

Soalan 1. Boleh ke nak putihkan gigi? Apa caranya?
Sebelum tu, buat pengetahuan anda, putihkan gigi ni bukanlah satu prosedur yang menambahkan kesihatan atau fungsi gigi. Gigi yang berbayang (shade) cerah tidak semestinya lebih sihat dari gigi yang berbayang gelap. Kebiasaannya, rawatan ini perlu apabila melibatkan psikologi seperti seseorang yang rendah keyakinan diri kerana warna gigi yang gelap.