Thursday, 12 November 2015

[Laporan Aktiviti] Iftar & Solat Hajat Blok 1, Tahun 3


oleh Camellia


Ahli eximius yang semakin meriah :-)

Saat ini, salah satu tanda kiamat yang paling dirasai ialah masa yang terasa amat singkat. Pejam celik pejam celik, ehh, dah masuk tahun 3 rupanya. Tadaaa, end of block 1 exam dah pon berakhir.
Ceritanya, biro dakwah dan tarbiah eximius yang mantap (biro lain pun tak kurang hebatnya) dengan gigihnya menganjurkan majlis iftar dan solat hajat untuk sama-sama mendoakan kecemerlangan dan merapatkan kizuna. Ahli-ahli biro dibahagikan dan tulang empat kerat  dikerah untuk menjayakan program. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu sama ada secara terus atau di belakang tabir.